MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Ogo 2008

Anwar didakwa suka sama suka


Dr Novandri Hasan Basri

Pendakwa Raya tersilap dakwa Anwar Ibrahim? Inilah persoalan yang bermain di kepala penulis apabila mengikuti perkembangan terbaru mengenai kes liwat di antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari

Dan isu ini sebenarnya juga bakal menimbulkan pelbagai lagi persoalan yang pasti dibincang, didebat dan dikritik di sepanjang minggu dan bulan ini sehinggalah tarikh prosiding mahkamah 10hb September 2008 dan seterusnya.

Seperti yang kita sudah ketahui, peguam cara Negara, Datuk Idrus Harun yang mengetuai pasukan pendakwaan telah mendakwa Anwar Ibrahim melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 337B kanun Keseksaan.

Idrus mengendalikan pendakwaan bersama Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden; Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Operasi), Mohamad Hanafiah Zakaria dan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Shamsul Sulaiman.

Jika kita merujuk kepada doktrin undang-undang negara:-

Seksyen 377B mengatakan bahawa sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan. (anyone who voluntarily commits carnal intercourse against the order of nature, which is punishable by jail term which may extend to 20 years, and whipping).

Jika kita faham mengenai seksyen 337B ini, sepatutnya bukan Anwar Ibrahim sahaja yang patut didakwa tetapi juga Saiful Bukhari.

Inilah pengertian yang perlu kita tahu dan ianya juga bermaksud bahawa Saiful Bukhari turut merelakan dirinya terlibat di dalam aktiviti seks songsang ini.

Dalam konteks dakwaan tersebut, ini juga bermaksud bahawa perjumpaan Saiful Bukhari dengan Anwar Ibrahim (didakwa sebanyak 6 kali), mereka berdua sebenarnya 'saling rela-merelakan' atau 'senang-menyenangkan' melakukan aktiviti seks luar tabii itu.

Dan walau pun untuk kita semua mahu menyebutkan 'perbuatan seks luar tabii' itu sendiri pun akan menyebabkan kita berasa mahu geli dan muntah isi perut ini! Ini merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, walau pun anda penyokong Anwar Ibrahim atau pun tidak.

Dan jika benar aktiviti seks luar tabii itu dilakukan secara 'rela-merelakan' atau 'senang menyenangkan', ianya menguatkan lagi kebenaran hasil pemeriksaan doktor di Hospital Pusrawi dan kenyataan penulis sebelum ini.

Jika surfers telah membaca artikel penulis sebelum ini, penulis telah menerangkan :-

"Untuk pengetahuan semua, apabila seseorang itu diliwat, perbuatan tersebut tidak semestinya menyebabkan kulit anus koyak atau pun pendarahan yang aktif terutamanya jika perbuatan itu telah dilakukan berulang kali.

Tetapi jika berlaku paksaan yang agresif, perasaan takut yang dialami oleh mangsa itu berkemungkinan besar akan menyebabkan anus pesakit tidak relax dan tercedera atau pun berdarah." (klik di sini)

Ironinya, jika kita benar-benar mengikuti isu ini, penulis pasti kita semua beranggapan bahawa isu Anwar Ibrahim ini berkisar kepada aktiviti seks songsang yang berlaku di sebabkan oleh paksaan atau pun ugutan.

Dalam erti kata yang lain, Saiful Bukhari terpaksa atau dipaksa untuk melakukannya. Dan jika isu ini adalah seperti yang kita anggap, ordinan jenayah yang patut digunakan ialah Seksyen 337C kanun Keseksaan dan bukannya Seksyen 337B kanun Keseksaan.

Seksyen 377C bermaksud sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii tanpa persetujuan atau memaksa, sebagai contoh mengugut untuk membunuh atau mencederakan yang seorang lagi, akan dihukum penjara tidak kurang daripada 5 tahun sehingga maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. (someone commits carnal intercourse against the order of nature on another person without the consent or against the will of the other person, for instance by putting the other person in fear of death or hurt a minimum jail term of not less than five years, and not more than 20 years, and shall also be liable to whipping) - (rujukannya....)

Dan jika prosiding mahkamah tetap menggunakan seksyen 377B sebagai reference nya, Saiful Bukhari patut bersedia untuk didakwa bersama-sama Anwar Ibrahim. Kita akan perhatikan seterusnya.

Dan seperti kata penulis kepada sahabat penulis, "Let this 2 lovebirds together again in a cage like the rest of the birds. And in this case, the cage is called a jail."

baca artikel asal : novandri.blogspot.com

2 ulasan:

NORA berkata...

Assalaumualaikum wrt.wbt

Perkara ni memang dah ada difikiran Joyah dari mula Saiful membuat laporan polis lagi. Secara logiknya kalau saiful dipaksa, dia dah boleh melawan dari awal-awal. Dengan fizikal yang memang kelakian, tak mustahil dia boleh mempertahankan dirinya. Tapi itu tidak berlaku. Mungkin pada masa itu suka sama suka. Dan semasa laporan dibuat, dah tukar jadi suka sama tak suka. Sebabnya, kita fikir sendiri.

Saiful kini bermain dengan api walaupun jika benar Anwar meliwat.

R@duan berkata...

Agaknya janji Anuar tak ditunaikan tak? Itulah sebabnya selepas menyontot yang ke enam baru Saifool lapor polis.!