MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

31 Jul 2008

Senjata Akhir Anwar Ibrahim: Bertanding di Permatang Pauh


Senjata Akhir Anwar Ibrahim: Bertanding di Permatang Pauh

3.00 petang, 31 Julai 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) telah mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pemimpin De Facto PKR) bertanding dalam pilihanraya kecil. Surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini. Wan Azizah menang besar dengan majoriti 13,388 dalam PRU12.

Dalam pilihanraya 2004, Wan Azizah menang tipis dengan majoriti 590 undi. Sebelum ini, Anwar sebut nak bertanding di Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Kuala Kangsar.

Rupa-rupanya sekali lagi Anwar berdalih dengan mengatakan akan bertanding di Permatang Pauh. Nampaknya Anwar takut untuk bertanding di tempat yang berisiko untuk kalah. Jalan mudah yang diambil ialah meminta isterinya mengosongkan jawatan dan bertanding di tempat asalnya iaitu Permatang Pauh. Mengumumkan untuk bertanding adalah senjata akhir Anwar untuk ke Parlimen.

>(Gambar: Hadi Awang nampaknya lebih selesa berpeluk dengan kafir harbi daripada bersatu demi perpaduan orang Melayu).

Sementara itu, PAS juga menolak pakatan dengan UMNO untuk membentuk kerajaan di Perak dan Selangor. “PAS menolak sebarang kerjasama dengan Umno atau BN bagi membentuk kerajaan campuran sama ada di peringkat negeri atau pusat” Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS).

Pertemuan khas hampir lima jam 50 barisan pemimpin tertinggi PAS di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur memutuskan bahawa PAS akan tetap bekerjasama dengan kafir harbi seperti Kit Siang, Karpal Singh, Guan Eng dan Teresa Kok. Biarpun Karpal secara terbuka mengecam PAS dan mempertikaikan keahlian PAS dalam Pakatan Rakyat, tetapi PAS nampaknya masih mahu kekal di bawah ketiak Karpal dan Kit Siang. PAS sanggup melihat DAP bermaharajalela di Perak dan Selangor. Sanggup membiarkan Nizar dikotak katik oleh 6 orang Exco DAP. Sampai hati PAS lihat perpaduan Melayu tidak menjadi kenyataan.

(Gambar: PAS lebih rela berpakat dengan Pakata Rakyat. Sedarkah PAS bahawa mereka rugi dan terus ditipu dalam diam oleh PKR dan DAP?)

Tamparan terbesar buat Pakatan Rakyat semalam ialah penafian, Dr. Kamaruddin Ahmad (Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi) dalam Buletin Utama TV3 yang memberitahu Dr. Muhamad Osman hanyalah doktor biasa dan beliau hanya menasihatkan pesakit. Malah laporan sodomi dua halaman yang disebarkan juga dinafikan oleh Pusrawi.

Dr. Kamaruddin menjelaskan, dari segi amalan kedoktoran, pemeriksaan mana-mana kes berkaitan liwat perlu dijalankan oleh doktor pakar kerana ia tidak boleh ditentukan melalui kesan luaran saja. Ini bermakna laporan oleh Dr Muhammad Osman kurang kredibiiltinya disebabkan beliau hanyalah doktor biasa sahaja bukan doktor pakar.

“Kalau tiada kesan pendarahan, koyak atau nanah dan sebagainya pada dubur, bukan semestinya tidak berlaku liwat. Pun begitu, jika terjadi sebaliknya (pendarahan), ia juga tidak bermakna berlaku liwat kerana mungkin disebabkan kanser atau pendarahan dalaman. Kes liwat perlu menjalani pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) agar ditentusahkan” kata Dr Kamaruddin.

Malah kesediaan Saiful Bukhari untuk bersumpah dalam kes liwat ini merisaukan lagi Pakatan Rakyat.

“Saya menuntut supaya Anwar Ibrahim tidak berdolak-dalik dalam kes ini. Saya juga menyatakan bahawa tiada sebab untuk saya memfitnah dan menganiaya Anwar dalam kes ini.”
kata Saiful Bukhari.


Kesimpulannya, bila Pusrawi nafikan laporan dan dedahkan siapa Dr Muhammad Osman yang sebenar, ditambah pula kesediaan Saiful Bukhari untuk bersumpah ianya memberikan goncangan yang hebat kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Jalan keluar kepada semua goncayang itu ialah dengan mengumumkan akan bertanding di Permatang Pauh. Mempercepatkan prosesnya untuk menjadi PM bagi mengelak PAS berubah hati dan masuk sebagai kompenen ke-15 dalam BN. Yang paling rugi ialah PAS.

Sudah tentu, askar askar PAS akan dipergunakan oleh Anwar di Permatang Pauh nanti untuk membela dan memancing undi bagi Anwar. Menang di Permatang Pauh tidak memberi apa apa makna kepada Pakatan Rakyat melainkan hanya menukarkan Ketua Pembangkang daripada isteri kepada suami sahaja.

Tatkala polis sudah selesai melengkapkan siasatan kes liwat untuk diserahkan kepada pejabat Peguam Negara, Anwar sudah pun umukan hendak bertanding. Anwar tidak sabar lagi tunggu kes Kulim Bandar Bharu, jalan mudah ialah minta isteri lepas jawatan di Permatang Pauh. Anwar jadikan Permatang Pauh sebagai senjata akhir?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)




3 ulasan:

Unknown berkata...

Inilah manusia yang tamakkan kuasa.Sanggup lakukan apa sahaja asalkan cita-cita tercapai.

Atau, Wan Azizah dah penat dengan lakonan anuwar.Dari raut wajahnya,semacam menanggung beban yang amat berat.Sampai masanya beban terpaksa dilepaskan juga

Unknown berkata...

Biasa la tu, Parti Anak Beranak

Unknown berkata...

PAS pula masih degil nak bersama Pakatan Rakyat....
Apakah buta PAS ni yang Anwar sengaja nak mempergunakan pengaruh PAS utk memancing undi sokong PKR???
Anwar kutuk PAS pun, PAS masih lagi tak percaya....
Mungkin ANWAR ni sogok duit kot!!!!!!