MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Jul 2008

Selepas gesa polis henti siasatan, Anwar hadapi JAWI pagi ini


Selepas gesa polis henti siasatan, Anwar hadapi JAWI pagi ini


(Mutakhir) PETALING JAYA: Kira-kira 12 jam selepas meminta polis menghentikan siasatan berhubung dakwaan meliwat, yang dihadapinya buat kali kedua, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan muncul di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di ibu negara bagi memberi keterangan berhubung laporan di bawah peruntukam qazaf (tuduhan palsu) mengenai dakwaan tersebut.

Pagi tadi Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pendedahan laporan doktor Pusrawi, yang disebar meluas menerusi portal berita semalam, membuktikan dakwaan meliwat terbaru terhadapnya hanya bermotifkan politik dan tidak berasas sama sekali.

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Anwar mengesahkan mengenai perkara itu ketika dihubungi mStar Online malam ini.

“Ya, Datuk Seri Anwar akan ke JAWI esok bagi memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat dulu,” kata beliau yang menganggotai pasukan pembelaan Anwar.

Anwar dijangka memberi keterangan di JAWI pada pukul 10.30 pagi.

Ini kali pertama Anwar membawa isu berkenaan kepada JAWI. Beliau berhadapan dengan dakwaan meliwat 10 tahun yang lalu.

Pada 9 Julai lalu Anwar telah memfailkan laporan tersebut di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan JAWI mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Mengikut seksyen itu, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, dia boleh dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu membuat dakwaan tersebut terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat atas nasihat ulama dan peguam mengikut undang-undang Syariah.


Meliwat: Anwar mahu siasatan dihentikan, Syed Hamid nafi konspirasi

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pendedahan laporan doktor Pusrawi, yang disebar meluas menerusi portal berita semalam, membuktikan dakwaan meliwat terbaru terhadapnya hanya bermotifkan politik dan tidak berasas sama sekali.

Sehubungan itu, tegas Anwar, beliau mahu polis menghentikan dengan segera siasatan yang dijalankan berhubung isu berkenaan.

"Saya harap pihak polis mengentikan siasatan yang dijalankan dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara kerana saya percaya tiada kes," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini pagi ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan tetap menerima penemuan pemeriksaan ke atas bekas pembantu khas Anwar yang dijalankan oleh doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) berhubung dakwaan dia diliwat.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.


Susulan kenyataan Anwar dan Ismail itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang ditemui wartawan petang ini di Kuala Lumpur menafikan tuduhan Anwar bahawa dakwaan liwat terhadap dirinya adalah bermotifkan politik.

Beliau juga menyangkal dakwaan Anwar yang kemunculan rekod pemeriksaan perubatan oleh sebuah hospital swasta ke atas Mohd Saiful, kini disebarkan secara meluas dalam ruangan blog tetapi kesahihannya masih belum dibuktikan, mengesahkan teori konspirasi itu.

Syed Hamid berkata tidak perlu kerajaan membuat konspirasi terhadap Anwar dan penyiasatan polis terhadap dakwaan liwat yang dibuat oleh bekas pembantu bekas perdana menteri itu, Mohd Saiful, sedang dijalankan.

"Tiada siapa yang cuba memerangkap Anwar. Polis akan menentukan kesahihan laporan perubatan itu.
"Kenapa beliau (Anwar) enggan membiarkan polis menyiapkan penyiasatan itu.

"Jika tidak, beliau (Anwar) juga bertanggungjawab membuat spekulasi," katanya.

Jelas beliau, polis menjalankan penyiasatan terhadap kes liwat itu secara adil dan akan melayani semua pengadu secara saksama, tanpa berat sebelah.

Dalam ulasan lanjut, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau sekali lagi dimomokkan bahawa siasatan polis dilakukan dengan profesional kerana sudah terbukti paling penting iaitu laporan doktor perubatan yang pertama ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

Semalam, portal berita Malaysia Today mendakwa polis telah menahan seorang doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, portal berkenaan juga mendedahkan salinan laporan pemeriksaan doktor di sebuah pusat rawatan swasta di Kuala Lumpur, menjelaskan tiada kesan meliwat terhadap bekas pembantu kepada Anwar, Mohd Saiful.

Malah, semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta polis turut memberi tumpuan terhadap dakwaan terbaru bahawa tiada unsur meliwat tehadap Mohd. Saiful.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai pula telah meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican melihat perkembangan tersebut dengan memastikan aspek profesionalisme amalan perubatan dipatuhi.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat masih yakin dengan kandungan laporan perubatan pertama dan pasti tiada siapa yang akan mempertikaikannya.

“Nampaknya siasatan polis cuba menutup bukti paling penting iaitu laporan kesihatan doktor pertama yang menjalankan siasatan terhadap Saiful,” katanya.

“Ia juga ada kaitan dengan laporan polis yang saya buat terhadap (Ketua Polis Negara, Tan Sri) Musa (Hassan) dan (Peguam Negara, Tan Sri) Gani Patail kerana memalsukan maklumat pada kes 1998.

“Saya sudah memberi kerjasama pada polis termasuk terpaksa berbogel walaupun saya tak pernah yakin dengan kaedah siasatan yang dijalankan," katanya.

Anwar mendakwa, beliau enggan memberikan sampel DNA sebab tahu perkara ini akan berlaku.

“Inilah sebabnya mengapa saya enggan menyerahkan sampel darah saya untuk ujian DNA kerana yakin ada konspirasi jahat terhadap saya,” katanya.

“Saya amat berharap agar kerajaan hari ini meninggalkan kaedah yang tidak profesional dan dendam dengan menghukum musuh politik dengan pelbagai cara,” katanya.

Anwar juga berkata, beliau tidak pernah menemui doktor berkenaan dan Pusrawi juga mengesahkan laporan yang disiarkan portal berita semalam sebagai tulen dan benar.

Ditanya adakan beliau risau akan keselamatan doktor tersebut, "ya, sudah pasti saya risau tentang keselamatan beliau dan keluarganya kerana tidak mahu pengalaman lalu berulang lagi” seolah-olah merujuk kepada ‘kehilangan’ penyiasat persendirian kepada Abdul Razak Baginda, P. Balasubramaniam.

Dalam pada itu, peguam kanan pasukan Anwar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya yakin laporan perubatan doktor Pusrawai adalah tulin.

“Bagi saya tiada sebab wujudnya dakwaan jenayah (liwat) terhadap Datuk Seri Anwar. Keadaan ini juga sangat jelas menunjukkan wujudnya double standard, penipuan dan konspirasi berhubung siasatan terhadap Anwar,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, pihak polis perlu menjalankan siasatan terhadap laporan kesihatan yang pertama itu.

Sidang akhbar itu turut disertai isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden PKR Mohamad Azmin Ali, Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli, peguam Sankara N. Nair, R. Sivarasa dan Sulaiman Abdullah.

baca artikel asal di MStar.online



2 ulasan:

Unknown berkata...

Wa manyak konpius... macamana itu Anwar mahu itu hukum qazaf kasi bikin. Itu 4 olang saksi bagi kes zina maa... Itu zina makna suka sama suka lor. Ini kes liwat selupa itu kes logol... Ada sama ka itu zina sama liwat/logol??? Wa manyak konpius.. tolong kasi eksplain...

Unknown berkata...

Ini kes liwat ...maknanya suka sama suka....secara sukarela. Jd SI ANWAR ni dah kudakan SI SAIFUL sebanyak 3 kali....Entah2 sebelum ni pun dah byk kali buat....Banyak rosak ini org...Sudah ditebuk oleh bapak jerung...hehe...