MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Jul 2008

Kepercayaan Rakyat Akan Terhakis Jika Anwar Berdolak-dalik-Ibrahim Ali


Kepercayaan Rakyat Akan Terhakis Jika Anwar Berdolak-dalik-Ibrahim Ali

20 Julai, 2008 10:41 AM

PASIR MAS, 20 Julai (Bernama) -- Kepercayaan rakyat akan terhakis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau masih berdolak-dalik berhubung tuduhan kes liwatnya.

Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata Anwar sepatutnya memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya siasatan mereka berjalan lancar sehingga kes itu dapat dibicarakan di mahkamah.

Beliau berkata pihak polis juga telah memberikan jaminan bahawa tiada perkara buruk akan berlaku kepada Anwar seperti pernah berlaku ke atas dirinya pada 1998 ketika beliau ditangkap atas tuduhan yang sama.

"Berani kerana benar takut kerana salah," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana di sini malam Sabtu.

Anwar ditahan Rabu lalu sebelum dibebaskan bagi membantu siasatan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ibrahim berkata jika Anwar tidak memberikan kerjasama rakyat akan membuat pelbagai andaian kononnya dakwaan itu adalah konspirasi kerajaan atau Anwar memang melakukan perkara itu.

Sehubungan itu, beliau yakin Anwar sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri akan mengambil langkah untuk bekerjasama bagi membuktikan kebenaran di dalam kes itu.

Beliau meminta agar pihak kerajaan melantik pendakwa raya daripada mereka yang bebas dan mahir di dalam perundangan ketika pendakwaan dibuat terhadap Anwar bagi mencerminkan ketelusan perbicaraan kes itu.

"Pendakwa raya tidak boleh daripada kakitangan kerajaan atau daripada Jabatan Peguam Negara. Ini boleh dilakukan berdasarkan undang-undang yang ada di dalam negara ini," katanya.

Beliau juga meminta doktor peribadi Anwar sendiri melihat proses pengesahan DNA dijalankan bagi memastikan tiada pemalsuan berlaku semasa ujian DNA dijalankan untuk mengesahkan kesahihan keputusan DNA tersebut.

Beliau yakin dengan langkah itu kebenaran akan pasti terserlah kerana tiada siapa di dalam negara ini berada di atas undang-undang.

baca artikel asal di bernama.com


5 ulasan:

korokmu berkata...

bro anwar takut sebenarnya..kalu xsalah berani kerana benar.. kalu takut banyak la songehnya.. rakyat dah confuse..

Unknown berkata...

Sudahlah Anu War. Sebenarnya kau mmg takut. Takut tembelang kau selama ini akan pecah berderai...

Sulaiman Palestin berkata...

Anuar adalah orang yang cukup licik yang memang pandai memecah belahkan orang melayu. Tapi orang melayu tak sedar akan siapakah orang orang yang ada dibelakang Anuar.Anuar adalah manusia yang pro amerika.Lihat kelaku nya ketika mula dibebaskan dari tahanan. Kena usung sampai kedalam pesawat. Sampai saja dirusia terus boleh jalan.Hai lah orang melayu, satu dunia orang islam buat sembahyang hajat dimasjid haram tapi Anua kena penjara juga. Jangan nak main taklik dengan hukum Tuhan.Dipenjara adalah azab dan azab adalah kifarah dan kifarah adalah peringatan.Jika ianya peringatan nak salah sapa.Takkan Tuhan tu nak kita kata zalim pula.Tuhan dah firman,"tak ada satu perkara pun yang dijadikan saja saja".Jadi ada akal guna ler.Jangan simpan kat kepala lutut.Matlamat perjuangan pertama adalah agama.Jangan ler agama itu nak diketepikan.Dah tak percaya sangat dengan undang undang naik ler masjid bersumpah.Kalau nak bersumpah dalam masjid pun takut nak putar apa lagi tak habis2.

mrf berkata...

betul jugak kata2 si sulaiman palestin ni..

anwar memang penggoda..bila dengar ceramahnya semua boleh ternganga..perkara tak logik pon kita boleh pikir ia logik..

jadi tak mustahil saiful pon terpedaya dengan kata2 anwar yang sangat pandai memujuk dan manipulasi seseorang hinggakan saiful bukhari rela dinodai tanpa rela..

Unknown berkata...

He..he..

Buat pengetahuan korang, tahap maksum Anu war melebihi taraf Ashaari Mohamad, Ayah Pin dan juga Kahar (Rasul Melayu) yang telah meletak jawatan.. Jadi, sebab orang Parti Keldaian Rakyat yakin Anu War boleh memimpin mereka sampai ke syurga.he..he..