MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Jul 2008

Benarkah Saiful Bukhari Bukan Pembantu Khas Anwar?



Benarkah Saiful Bukhari Bukan Pembantu Khas Anwar?


Kenapakah Anwar Ibrahim sekarang mengadakan pendakwaan ke atas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail? Rakyat hairan dan takjub bahawa kenapakah kes ini yang dibawakan bukan pembelaan diri terhadap kes tuduhan liwat yang dikenakan terhadap dirinya.


Diberitakan dalam Berita Harian bahawa beliau mempunyai saksi dan alibi. kenyataan ini telah DSAI keluarkan pada 1 hb Julai 2008:



PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai alibi dan saksi untuk menyokong keterangannya bahawa tidak berlaku kes liwat Khamis lalu, seperti yang didakwa dalam laporan polis terhadapnya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau juga mempunyai rekod diari dan maklumat sokongan bagi menyokong keterangannya itu tetapi peguamnya menasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan berhubung perkara berkenaan.

"Saya boleh menyatakan ini konspirasi... ini (liwat) tidak berlaku... pada 1998, mereka (polis) merampas diari saya dan tidak mengembalikannya semula menyebabkan kami sukar untuk mengingati kembali apa yang berlaku.

"Sekarang masih segar dan ada maklumat sokongan, tentunya sekarang ada rekod dan diari," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara, dekat sini semalam, sehari selepas beliau meninggalkan Kedutaan Turki, kelmarin.


Kita hairan, kenapakah Anwar tidak berani mengatakan konspirasi liwat, tetapi hanya terhenti kepada kenyataan konspirasi "ini". Anwar perlu berterus terang dalam hal ini. Dan kenyataan ini diadakan sebelum Perhimpunan Sokongan PKR terhadap Anwar pada malam 1hb Julai.

Penulis sekali lagi ingin Anwar menjelaskan kepada umum, kenapakah semasa perhimpunan tersebut, tidak dijelaskan kepada ramai tentang rekod dan diarinya yang diwarwarkan? Tidakkah Anwar sebagai tertuduh dan pelanggan berhak meminta peguamnya untuk membenarkan dirinya mendedahkan di mana tempatnya berada dan alibinya.

Sekarang ini, maruahnya tercemar dan tindakan segera perlu dilakukan olehnya untuk membersihkan namanya. Adakah kerana Anwar mendapat general degree dari Akademi Pengajian Melayu, maka dia tidak mampu menulis surat atau kenyataan tentang keberadaannya dan alibinya di saat peristiwa tuduhan liwat berlaku?

Sebaliknya dalam perhimpunan tersebut yang dilaporkan oleh Suara Keadilan,kutukan dan tuduhan konspirasi sahaja yang mampu dilemparkan. Serangan terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sahaja yang terhambur semata-mata.

Tetapi, tidak ada penafian dan pembelaan dirinya tentang alibi dan sebagainya yang diharapkan oleh 10,000 ataupun 20,000 orang rakyat yang sanggup bersusah payah keluar pada malam itu.

Namun, secara misterinya, dikatakan bahawa Saful Bukhari Azlan bukanlah pembantu khas Anwar dalam wwww.suarakeadilan.com:



SHAH ALAM, 2 Julai (SK) - Stadium Melawati Shah Alam malam tadi bergema laungan Reformasi dan jeritan Lawan Tetap Lawan oleh 20,000 penyokong Pakatan Rayat yang menunjukan sokongan penuh terhadap Ketua Umum, Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan Anwar Ibrahim, beliau mengatakan mempunyai bukti kukuh bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan ada kaitanya bersana Najib Tun Razak dan isteri beliau.

Selain itu, Anwar sekali lagi menyatakan bahawa Saiful bukanlah Pembantu Khas kepada beliau seperti didakwa sebaliknya hanyalah seorang penolong kepada Pembantu dan Staff di pejabatnya.


Tetapi ini bercanggah dengan kenyataan awal yang lebih berautoriti dalam Laman Rasmi Parti Keadilan Rakyat bahawa adalah benar Saiful Bukhari merupakan pembantu khas Anwar Ibrahim:




Pembantu Khas DSAI ditahan dan dipaksa membuat pengakuan

29 June 2008

Polis telah menahan pembantu khas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bahari, petang tadi dan memaksa beliau membuat pengakuan diliwat.

Pimpinan parti sedang berbincang langkah seterusnya dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sidang Media yang dijadualkan esok (29 Jun), pada jam 1 petang di Hotel Quality, Shah Alam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap diadakan.

Biro PeneranganP
arti KeADILan Rakyat


Oleh itu, siapakah yang sekarang berbohong? Kita mahu Anwar dan PKR bercakap benar!


Baca sumber asal di blog Maharaja Zhou

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Well, all I can say is. Im hungry.

Panglima Perang Cyber berkata...

biasa lah...

Adik anwar nafi jadi penasihat KDEB tetapi Khalid MB umum perletakan jawatan bekas orang kanannya ...

adik dan abang sama ka tipu dan nafikan berita utk jaga maruah ???


adoiiiii////

NTanwar berkata...

PKR Dibantu Agensi Perisikan Asing?

Anwar Ibrahim pada masa ini dijangkakan keluar daripada Kedutaan Turki setelah tempohnya sebagai "tetamu" tamat. Kedutaan Turki juga seboleh-bolehnya mahukan DSAI keluar dari kedutaan tersebut secepat mungkin. Mungkin sudah menjadi adat bagi bangsa Turki untuk menjaga tetamunya dan inilah kesempatan yang diambil oleh DSAI untuk menjaga "keselamatan dirinya".

Hairan, seorang "pejuang" yang menyeru rakyat berhadapan dengan FRU dan pasukan keselamatan ini sangat takut dan terbirit-birit sehinggakan merayu-rayu pula jaminan keselamatan dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,Perdana Menteri kita. Dengan ber"human shield"kan isterinya, Datin Seri Wan Azizah, sepucuk surat diutuskan kepada Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan "perlindungan dan keselamatan".

Namun, pelbagai tuduhan dan fitnah telah dilemparkan oleh penyokong-penyokong PKR dan PR terhadap pasukan keselematan khususnya dan kerajaan Malaysia amnya yang boleh kita saksikan di laman-laman web pembangkang. Mereka megatakan bahawa terdapat konspirasi untuk membunuh Dato' Seri Anwar.

Kita lebih terperanjat bahawa telah didedahkan oleh seorang ahli Parlimen PKR, En.Zulkifli Noordin dari Kulim-Bandar Baharu akan DSAI akan dibunuh. Yang menjadikan kita takut apabila tuduhan ini adalah bersumberkan dari unit perisikan asing. Adakah ini membawa makna bahawa PKR selama ini dibantu oleh unit perisikan asing? Begitu rapatnya PKR dengan unit perisikan asing ini! Apakah sebenarnya hubungan PKR dengan agensi perisikan asing ini?

Kenyataan ahli parlimen ini ditarik balik dari sebuah laman penyokong PAS setelah menyedari bahawa tembelang mereka ini akan terdedah dan akan menimbulkan backfire kepada mereka dalam perang saraf PAS.

Maka, fikir-fikirkanlah apa disebalik kejadian ini?

Maharaja Zhou
http://maharajazhou.blogdrive.com/

Tanpa Nama berkata...

b.l.o.g.g.e.r.b.o.d.o.