MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Jul 2008

Anwar pernah dilihat memasuki kondo


Anwar pernah dilihat memasuki kondo


Akhbar New Straits Times hari ini, 02 Julai mukasurat 6 ada terkandung laporan “Pengawal pernah nampak Anwar memasuki kondo”.

Diberitakan salah seorang daripada pengawal mengesahkan pernah melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki kondominium Desa Damansara. Menurut kata pengawal tersebut Anwar datang dengan menggunakan kenderaan yang jarang sekali dilihat di Malaysia, dan bercermin gelap.

Diakhir perenggan laporan menyebut, NST difahamkan unit 1511 kondominium itu dimiliki oleh sahabat Anwar yang telah memberikan kebenaran untuk beliau memasuki kondo tersebut. Unit 1511 adalah tempat berlakunya insiden liwat sepertimana yang didakwa oleh Saiful Bukhari Azlan, pembantu khas Anwar Ibrahim.


Guard says he saw Anwar at condo

2008/07/02

NST Online

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim was seen entering the Desa Damansara condominium here in Damansara Heights more than a month ago.

According to a security guard who spoke on condition of anonymity, Anwar had entered the heavily-guarded premises with his driver and bodyguard.

"Yes, I saw him enter once or twice, but this was quite a while ago. He came in a vehicle not commonly available in Malaysia. It had tinted windows. I saw who was in the car when they wound down the window to touch the card at the guard house to gain entry into the premises."

The security guards, however, could not recall whether they had seen Mohd Saiful Bukhari Azlan, saying there were many residents entering and exiting the premises.

Security is tight at the condominium and visitors are not permitted entry without the guards obtaining permission from the residents first.

The guards also go on regular patrols around the premises.

The New Straits Times learnt that a friend of Anwar's owns unit 1151 and had given the him access to the apartment.

A police forensics team spent about five hours in the unit on Monday.



Baca sumber asal di medan-info-kita.blogspot.com

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

i'm also into those things. care to give some advice?

NTanwar berkata...

Benarkah Anwar Ibrahim liwat Saiful Bukhari?

Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Travers pada 28 Jun 2008 terhadap Anwar Ibrahim (Pemimpin De Facto PKR) atas tuduhan liwat.

Saiful Bukhari pernah dibuang dari UNITEN. Apakah sebab dia dibuang belajar? Mengapa orang yang dibuang belajar diambil jadi pembantu khas Anwar Ibrahim?

Taib Azamuden (Bekas Imam Besar Masjid Negara, Ahli Parlimen Baling) tentu mempunyai pengalaman bagaimana pengakuan Sukma tentang Anwar Ibrahim. Mengapa Anwar Ibrahim bersembunyi di Kedutaan Turki bukannya Kedutaan Amerika Syarikat?

Apakah perhimpunan besar pada 14 Julai nanti ialah perhimpunan untuk bebaskan Anwar bukannya untuk berjuang tentang isu minyak? Apakah perkara ini ada perkaitan dengan perbalahan antara Yahya Sahri dan Khalid Ibrahim?

Kita sama-sama nantikan laporan DNA Saiful Bukhari kerana mengikut laporan, kali terakhir Saiful diliwat ialah pada 26 Jun 2008.

Apakah kali ini Anwar akan meminta pertolongan Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) dan pemimpin pemimpin ulama PAS untuk bersembahyang hajat memohon petunjuk dari Allah SWT tentang kes liwat Anwar?

Jika benarlah tidak bersalah, Tuhan akan makbulkan doa orang yang teraniaya. Tetapi sebaliknya jika tidak, orang PKR dan PAS harus menerima fakta dan hakikat yang sebenarnya.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

http://anginperubahan.blogspot.com/2008/06/liwat-saiful-bukhari-kenapa-anwar.html

NTanwar berkata...

Saiful muncul - Beri keterangan di IPD Brickfields berhubung dakwaan diliwat Anwar

Oleh HASNURUL MOHAMED

BERI KETERANGAN... Mohd. Saiful Bukhari Azlan diiringi seorang anggota polis tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur semalam untuk memberi keterangan dalam kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.– Gambar SIN CHEW JIT POH


KUALA LUMPUR 2 Julai – Selepas lima hari membuat laporan polis, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Mohd. Saiful yang tinggi lampai dilihat memasuki IPD Brickfields pada pukul 8.10 malam. Dia memakai baju kemeja lengan panjang berwarna putih, berseluar gelap dan menjinjing sebuah beg kecil berwarna hitam.

Dia diiringi masuk ke IPD itu oleh seorang anggota polis berpakaian preman. Mohd. Saiful, 23, tersenyum memandang sekumpulan pemberita dan jurugambar yang berada di pekarangan balai dan sempat melambai-lambaikan tangannya.

Difahamkan, dia telah pun berada di situ lebih awal sejak pukul 1 petang. Sehingga pukul 12 malam ini, dia masih lagi memberi keterangan.


Sementara itu, Utusan Malaysia yang mewawancara bapa saudara Mohd. Saiful yang hanya mahu dikenali sebagai Uncle MK selama lima jam diberitahu, laporan polis mengenai dakwaan liwat membabitkan Anwar yang dibuat oleh anak saudaranya pada 28 Jun lalu bukan satu konspirasi untuk menjatuhkan kerjaya politik sesiapa.

Beliau memberitahu, laporan itu dibuat oleh Mohd. Saiful secara sukarela dan tanpa paksaan.

“Ia tidak didalangi oleh sesiapa mahupun pihak-pihak tertentu yang berkepentingan politik,” kata Uncle MK.

Beliau sendiri bertanya kepada Mohd. Saiful berhubung kandungan laporan yang dibuat di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur itu bagi mendapatkan kepastian.

“Saya diberitahu oleh Saiful tentang insiden itu dan dia memaklumkan tiada sesiapa atau mana-mana pihak yang menyuruhnya melaporkan kejadian itu kepada polis,’’ katanya yang berasal dari Johor.

Dalam temu bual panjang lebar itu, Uncle MK, 41, menjelaskan, beliau ialah salah seorang bapa saudara daripada sebelah arwah ibu Mohd. Saiful yang mempunyai 15 orang adik-beradik.

Menurut beliau, Mohd. Saiful yang dikenalinya sejak kecil mempunyai perwatakan jujur dan bertanggungjawab. Tegasnya: “Saya mempercayai anak saudara saya itu.”

Mohd. Saiful yang merupakan bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) membuat laporan polis pada 28 Jun lalu mendakwa dia diliwat beberapa kali oleh Anwar, kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara di sini.

Pada 28 Jun, Mohd. Saiful juga telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Laporan pemeriksaan kesihatannya telah siap dan sudah pun dihantar kepada pihak polis untuk prosedur seterusnya.

Uncle MK enggan mendedahkan lokasi Mohd. Saiful berada sekarang, tetapi hari ini anak saudaranya itu dilihat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Brickfields di sini.

Dalam temu bual itu, terdapat banyak kisah diceritakan oleh bapa saudara Mohd. Saiful mengenai kehidupan pemuda itu yang sejak awal tahun ini bekerja sebagai pembantu Anwar di ibu pejabat PKR.

Utusan Malaysia memilih untuk tidak melaporkan sebahagian besar daripada cerita Uncle MK.

Mohd. Saiful ialah anak sulung daripada dua beradik yang dibesarkan oleh ibunya setelah kedua-dua ibu bapanya bercerai. Adik perempuannya berusia belasan tahun.

“Ibunya meninggal dunia empat tahun lalu akibat penyakit barah payu dara,’’ ujarnya yang merupakan adik arwah ibu Mohd. Saiful.

Beliau berkata, sebagai adik lelaki kepada arwah ibu Mohd. Saiful, beliau diamanahkan untuk menjaga pemuda itu dan adik perempuannya dengan baik.

Seluruh ahli keluarganya, kata Uncle MK, mempercayai pengakuan Mohd. Saiful dibuat secara sukarela dan bukan sengaja direka.

“Bapa dan ibu saudara Saiful yang kini tinggal 13 beradik yang masih hidup menyokongnya. Walau dalam apa keadaan sekalipun, kami akan tetap bersama Saiful,’’ kata beliau yang bekerja sebagai pegawai pemasaran sebuah syarikat swasta.

Menurutnya, Mohd. Saiful memaklumkan kepadanya bahawa dia mula bekerja dengan PKR sebagai sukarelawan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12.

Pada mula anak saudaranya itu menjalankan tugas sukarelawan tetapi keadaan berubah setelah dia dilantik sebagai pembantu Anwar.

Uncle MK menafikan dakwaan yang disebarkan oleh penyokong PKR bahawa tindakan Mohd. Saiful membuat laporan polis itu didorong habuan wang ringgit pihak tertentu.

“Tuduhan itu tidak benar... pada usia 23 tahun saya tidak fikir Saiful terlibat dalam konspirasi politik,” ujarnya.

Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Tanpa Nama berkata...

Kesian, dah lewat lagi. oops liwat... apa nak jd kenapa tak report awal2. bila byk tembelang nak pecah keluar pula kes liwat ni.. hairan!!!! Hoi org malaysia semua bodoh2. benda camni pun ada yg caya..... malaysia boleh jd bodoh.... org ketawa tengol politik msia dan org melayu.... Caya la.....

FikirFikir berkata...

aku boleh ngaku ko masuk kondo...
ckp boleh la...
cakap belum tentu betul....
sebab tu Allah tutup mulut manusia pada hari kiamat... mulut suka berbohong...

Tanpa Nama berkata...

penulis blog ni pukimak UMNO.