MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Nov 2009

Hadi umpama 'Pak Lah versi PAS'


++END++



Baca selanjutnya...

Dr Asri akan kemuka saman, kesal sikap PGSM

Oleh ZIEMAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis kesal dengan keputusan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), untuk terus mempertahankan kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berikutan penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kepadanya.

Malah beliau juga kecewa kerana Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip memungkiri janji untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepadanya berhubung isu berkenaan.

Oleh itu Mohd Asri berkata, beliau akan tetap meneruskan pendiriannya sebelum ini untuk mengheret PGSM ke mahkamah kerana mendakwa kandungan memorandum berkenaan mengandungi unsur fitnah.

"Saya kini sedang menunggu nasihat guaman berhubung perkara ini.

"Barisan peguam sedang berbincang dan meneliti beberapa perkara, kita akan berusaha untuk memulakan proses ini secepat mungkin," katanya kepada mSatar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian terbaru PGSM hari ini yang enggan menarik balik tuduhan yang terkandung dalam memorandum berkenaan.

Malah tiada sebarang permohonan maaf secara terbuka berhubung isu tersebut dikemukakan kepada Mohd Asri.

Dalam pada itu Mohamad Isa mendakwa Mohd Asri telah memungkiri perjanjian supaya kandungan pertemuan tertutup antara mereka yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz yang diadakan di ibu negara semalam tidak didedahkan kepada media.

Bagaimanapun Mohd Asri berkata, isu berkenaan sengaja dibangkitkan oleh Mohamad Isa kerana menurutnya tidak wujud sebarang perjanjian seumpama itu dalam pertemuan semalam.

"Tidak timbul soal mungkir janji kerana tidak ada (perjanjian), sebaliknya mereka yang diminta memaklumkan kepada media.

"Selain itu, yang mula bercakap kepada media ialah menteri," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Mohd Asri yang juga pensyarah universiti Sains Malaysia (USM) berkata, beliau ada menerima beberapa panggilan daripada ahli PGSM yang menyatakan pendirian mereka terhadapnya.

"Ramai ahli-ahli PGSM menghubungi melahirkan kekesalan di atas tindakan pemimpin mereka.

"Saya minta supaya rakyat dapat menilai sikap mereka ini malah saya juga sedar bukan semua peguam syarie begitu kerana hanya beberapa kerat saja," katanya.

sumber - mstar



Baca selanjutnya...

'Presiden boneka', Hadi cemburukan Anwar?


Fathi Aris Omar & Jimadie Shah Othman
Nov 6, 09 7:30pm
Berikut petikan wawancara eksklusif Malaysiakini dengan pensyarah undang-undang Dr Abdul Aziz Bari di pejabatnya di kampus Universiti Islam Antarbangsa pagi ini:

Tentang presiden PAS menggantikan Abdul Hadi


Apa yang saya lihat, ini telahan (saya) saja, (menteri besar Kedah) Datuk Seri Azizan Razak boleh diketengahkan. Dan saya fikir, perkara yang kita tidak harus lupa, PAS ini tidak macam parti lain. Ia ada kekuatannya sendiri. Yang perlu, pemimpin yang faham dan jelas, tidak semestinya karismatik seperti dalam kategori (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

Yang masalahnya, dia (Abdul Hadi) tidak jelas. Dia tidak dapat membaca dan bermain (politik) sepatutnya. Jadi dalam konteks Azizan ini, saya lihat pentadbirannya, caranya menjawab soalan wartawan jauh lebih baik daripada Abdul Hadi. Dia antara tokoh yang boleh diketengahkan walaupun tua sedikit daripada presiden yang ada sekarang.

Tentang Abdul Hadi tidak mempertahankan 'amanatnya'


Kita boleh katakan media tidak memberikan (dia) peluang. Tetapi kita boleh katakan, dia memang tidak mampu mempertahankannya. Kalau dibandingkan dengan (kepintaran) Nik Aziz pun berbeza walaupun media memutarbelitkan (kenyataannya).

Oleh kerana dia ada perwatakan macam magnet dan cakapnya pandai macam orang politik, (hasilnya) lain, dapat juga mesejnya disampaikan. Tetapi Abdul Hadi tidak dapat, itu satu lagi (ciri) dapat dilihat dalam menilai kepimpinan dia.

Tentang peranan Abdul Hadi sebelum reformasi 1998

Sebelum (era) reformasi, dia tidak ada peranan yang penting, naib presiden saja atau timbalan presiden. Jadi, saya rasa isunya sekarang ini, dia seorang timbalan yang bagus. Itu yang selalu disebutkan (pengamat politik) dan (kenyataan) itu saya setuju.

Kalau dia (sebagai) nombor dua, dia seorang yang setia dan dapat melaksanakan apa yang disuruh.

Tetapi kalau letak dia (sebagai) kapten, setakat ini memang jelas tidak dapat. Itu menjelaskan kenapa dia tidak dapat membalas serangan terhadap 'Amanat Hadi' itu. Jadi apabila serangan itu sudah bersifat politik, dia sudah tidak dapat main lagi.

Tentang pengaruh pemimpin PAS Terengganu lain terhadapnya

Itulah watak (kepemimpinan PAS) Terengganu berbanding Kelantan – dengan terbukanya, adventure-nya, dengan keberaniannya, dengan kelainannya, dengan keunikannya. Seolah-olah orang Kelantan ini “Cina Melayu”. Maknanya, watak Cina dalam masyarakat Melayu.

Bukan saya hendak kata, (tetapi pendapat) semua orang, kalau kita bandingkan dengan Nik Aziz, (Abdul Hadi) berbeza. Beliau dapat mempertahankan Kelantan dari tahun 1990. Dan musuhnya bukan kecil-kecil - musuhnya (bekas perdana menteri) Dr Mahathir (Mohamad), musuhnya (waktu itu, timbalan perdana menteri) Anwar pada satu ketika.

Dan pada satu ketika (selepas 2004), dia hanya (bertahan) dengan satu majoriti sahaja (kerusi dalam DUN), tetapi dapat bertahan berbanding dengan Terengganu dan Perak barangkali.

(Keadaan) ini melambangkan kejituan kepimpinan itu. Mengapa? Berbalik kepada (manifesto) parti, setahun lebih kita belum nampak lagi apa itu negara kebajikan yang PAS bawa ini. Apakah (slogan) 'PAS untuk Semua' itu. (Manifesto) itu memerlukan seorang pemimpin yang berwatak ideolog untuk menonjolkan apakah wawasan sebenarnya. (Manifesto) ini tidak dijelaskan.

Jadi isunya, bukan (kemerosotan di) Bagan Pinang (sahaja), isu yang lebih besar lagi, soal kelesuan parti dalam menterjemahkan gimik, slogan dalam wawasan yang ia sendiri bawa.

Tentang kemenangan tipis PAS di Manek Urai

Satu, Manek Urai memang sebelum pilihan raya (itu), ada sedikit kekecohan, (seperti) poster dia tidak dinaikkan atas alasan, di Kelantan ada strategi lokalisai. Tetapi akhirnya naik juga (poster Abdul Hadi). Dan mungkin kita tidak dapat menafikan, (PAS) hampir kalah itu isu jambatan (yang dijanjikan BN).

Rakyat di situ melihat, kalau (PAS) kalah pun tidak mengapa, (sebab) kerajaan (PAS) tidak ada kesan, yang penting dapat jambatan.

Di Bagan Pinang pun banyak lagi. Saya lihat, kalau tidak kena gaya, boleh jadi (pilihan raya kecil) Ijok juga (yang dirampas semula Pakatan), menyebabkan mereka (BN) berfikir, mereka telah menang.

Kalau daripada plihanraya umum sampai sekarang, ahli 100 (orang), tentu ada masalahnya. Seratus ahli (PAS) saja hendak lawan 3,000 (orang). Soalnya sekarang, kenapa (ahli) tidak bertambah selepas pilihan raya umum? Apakah itu tidak ada kaitan dengan imej lembab, imej monyok itu tadi?

Mungkin ada orang kata, di Bagan Pinang ini banyak undi pos. Memang betul, tetapi masalah dengan imej yang seperti ini boleh menarik orang masuk PAS? Dalam keadaan Kelab Penyokong PAS (KPP) masih tidak tahu di mana (nasibnya), itu pun tidak dijelaskan lagi di mana peranan mereka.

(Isu-isu) itu yang cuba hendak ditepis orang (pengikut) Hadi ini. Abdul Hadi tidak memimpin sebenarnya. Dia mengikut kata orang (di sekelilingnya).

Tentang Abdul Hadi sebagai presiden 'boneka'


Susah hendak menafikan begitu. Susah hendak menafikan bahawa beliau adalah boneka.

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat maraton itu (malam 28 Oktober lalu), seolah-olah dia tidak jelas apa yang dicakapkannya. Dan ada (pihak dalam PAS) yang mengatakan, dia bercakap lain daripada (keputusan) mesyuarat. (Keputusan) yang didakwa 75 peratus yang hadir mahukan tindakan diambil kepada Dr Hasan Ali (bukan seluruh PAS negeri).

Ini satu lagi (alasan) yang menunjukkan kepimpinannya tidak jitu.


Dan apa yang nampak di Selangor itu cukup penting dari segi imej. Memang BN hendak menggambarkan Pakatan tidak boleh bekerja, sentiasa hendak bergaduh. Itu tema yang mereka hendak bawa.

Dan Abdul Hadi membenarkan (tema) ini terus berlaku dengan tidak mengambil tindakan kepada Dr Hasan. Dan selepas itu, disebut dalam mesyuarat itu, dia masih mempertahankan (Dr Hasan). Dia masih menyebut (siasat PAS) Selangor, Selangor, Selangor, tanpa menyebut Dr Hasan. Kenapa?

Tentang penguasaan kumpulan Abdul Hadi dalam pemilihan PAS


Kalau dilihat daripada (segi) undi, mereka (penentang Nasharudin Mat Isa) menang sebenarnya. Tetapi saya tidak pasti kalau pemilihan sekali lagi, Nasharudin boleh menang. Sebelum ini pun ditimbulkan bahawa YB (Nasharuddin) tewas kalau digabungkan dua pilihan lain (Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa) yang sebenarnya sama (kuat) itu.

Tentang kerajaan perpaduan sebagai 'umpan' Umno


Kerajaan perpaduan ini umpan Umno kepada PAS yang dimakan Abdul Hadi, Nasharudin dan kawan-kawannya, yang tidak dimakan orang yang cerdik seperti Nik Aziz. Ahli tidak sokong. Tetapi mereka berterusan (ke arahnya).

Walaupun tidak lagi bercakap soal perpaduan, tetapi masih lagi (bercakap) soal Melayu Islam – isu yang sebenarnya tidak relevan sekarang. Umno tidak melakukan apa-apa pun untuk Islam dan Melayu, sebenarnya.

Kemudian, barangkali ini bukan soal umpan daripada Umno, tetapi soal ketidakmampuan Abdul Hadi dan kumpulanya bermain dalam politik baru yang mengetengahkan idea, (seperti) yang cuba dibawa "kumpulan Erdogan".

Mereka tidak dapat main. Jadi mereka lanyak kumpulan ini sebagai macai Anwar Ibrahim, sebagai golongan liberal, sekular dan sebagainya yang menguntungkan Umno.

Tentang Abdul Hadi 'cemburu' pada Anwar


Persepsi kecemburuan itu memang tidak dapat ditolak. Memang sukar hendak dinafikan, terutamanya kalau kita lihat semula muktamar di Ipoh tahun lalu di mana Abdul Hadi menyebut betapa PAS mempunyai banyak kerusi DUN, betapa PAS (lebih) besar dan sebagainya (berbanding PKR atau DAP).

Sepatunya sentimen itu (dimainkan), tetapi dalam menentukan perdana menteri dan sebagainya, itu bukan soal utama. Soalnya siapa yang boleh menjadi gam (yang mengikat Pakatan), ikon. Dan Abdul Hadi tidak begitu. Dalam parti pun tidak.

Dan apabila ketua Dewan Ulama mencadangkan nama Abdul Hadi, saya ingat semua orang ketawa tentang kelogikan cadangan itu.

Tetapi kita juga tidak harus lupa bahawasanya sekarang, orang Cina berkata, kalau mereka boleh mengundi, mereka akan undi Nik Aziz sebagai perdana menteri.

sumber - malaysiakini



Baca selanjutnya...

Hadi umpama 'Pak Lah versi PAS' - Dr Aziz Bari

Fathi Aris Omar & Jimadie Shah Othman
Nov 6, 09, 12:20pm

eksklusif kemaskini 3.39pm Kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap sangat lesu sehingga beliau boleh diumpamakan "Pak Lah versi PAS", kata ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini.

Tun Abdullah Ahmad Badawi dianggap seorang pemimpin lemah, tidak tegas, lembab dalam pelaksanaan dasar dan dipersalahkan atas kemerosotan teruk BN sehingga dipaksa melepaskan jawatan presiden Umno dan perdana menteri.

Dr Abdul Aziz berkata, kekalahan bertubi-tubi PAS di Terengganu – negeri Abdul Hadi sendiri – pada pilihan raya umum 2004, selepas menawannya pada 1999, dan tahun lepas serta kemerosotan dalam beberapa pilihan raya kecil menyebabkan beliau meyakini bahawa kritikan tersebut mempunyai asas.

"Kemudian di Bagan Pinang, maaflah, sudah banyak sangat (kalah). Kali ini mungkin betul, bila sudah ada orang sebut, kita ada versi Pak Lah dalam PAS sendiri," katanya.

"Dan memang, kalau tengok kenyataan dia (Abdul Hadi), sama ada yang terbaru ini atau beberapa bulan ini, sudah jelas. Maksudnya, kenyataan tentang UG (kerajaan perpaduan) itu, bukan macam orang politik."

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menambah, oleh itu Abdul Hadi dianggap "beban" parti itu untuk terus mengembangkan pengaruhnya dan memainkan peranan lebih besar dalam “politik baru” Pakatan Rakyat.

"Kita tidak peduli sama ada kumpulan dia (Abdul Hadi) masih bercinta dengan Umno. Itu kita tidak peduli. Tetapi bagi saya, dalam politik, tidak ada peluang kedua.

"Kamu sudah buat, (kemudian) gagal, keluar (berundur). Hendak bertengkar tentang dia jumpa lagi (dengan Umno atau) tidak, imej itu sudah terpalit kepada dia dan kumpulan dia, terutamanya (timbalan presiden) Nasharuddin (Mat Isa)," tambahnya.

'Sudah hilang stim'

Dr Abdul Aziz juga berkata, walaupun pada 1980-an dan 1990-an tokoh agama itu berpengaruh luas khususnya melalui pidato tetapi kini presiden PAS itu kini "sudah hilang stim".

"Dia sudang hilang stim. Sebahagian daripada tindak-tanduknya tidak datang daripada dia atau cuma disuap dalam mulutnya. Contoh yang paling jelas, (idea) kerajaan perpaduan," katanya.

"Tengok, atau kita banding dengan apa yang dibuat sekitar tahun 1980-an dengan amanatnya (petikan ucapan yang dilabel 'Amanat Hadi'). Ini secara efektifnya mengkafirkan Umno. Sekarang kenapa hendak bekerjasama dengan Umno?"

Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, pakar undang-undang perlembagaan itu mendakwa, kegagalan Abdul Hadi bertindak sebagai "tokoh nombor satu" diburukkan lagi oleh peranan pemimpin lain seperti Nasharuddin dan setiausaha agung Datuk Mustafa Ali.

Diminta mengulas sejak bila tokoh PAS itu "hilang stim", Dr Abdul Aziz berkata: "Sebelum (era) reformasi (1998) dia tidak ada peranan yang penting, (sebagai) naib presiden saja atau timbalan presiden.

"Jadi, saya rasa, masalah atau isunya sekarang ini dia seorang timbalan yang bagus. Itu yang selalu disebutkan. Dan itu saya setuju.

"Kalau dia (pada jawatan) nombor dua, dia seorang yang setia dan dapat melaksanakan apa yang disuruh. Tetapi kalau letak dia (sebagai) kapten, setakat ini memang jelas tidak dapat.

"(Keadaan) itu menjelaskan kenapa dia tidak dapat membalas serangan terhadap 'Amanat Hadi' itu. Jadi, serangan itu sudah bersifat politik dan dia sudah tidak dapat main lagi."

Beliau juga mendakwa, Abdul Hadi tidak lagi mempunyai ciri seorang pemimpin dalam senario politik baru, hubungan awamnya pula tidak baik dan gagal berfungsi sebagai ideolog atau peneraju utama yang menjelaskan wawasan parti seperti "PAS untuk semua" dan "negara berkebajikan".

Abdul Hadi masih lagi berlegar di sekitar isu Melayu-Islam semata-mata seperti isu yang dijuarai parti itu sejak dulu, tambahnya.

'Ciuman maut'


Dr Abdul Aziz, yang kini semakin lantang mendesak pengunduran Abdul Hadi, diundang membentangkan analisis kemerosotan PAS dalam seminar politik parti itu di Gombak, esok.

Seminar sehari itu, yang dijangka melibatkan 1,000 pemimpin atasan dan akar umbi PAS, dianjurkan susulan desakan untuk mengadakan muktamar khas bagi membincangkan "beberapa pemimpin bermasalah".

Ditemui di pejabatnya di kampus Gombak pagi ini, Dr Aziz berkata kelemahan Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, sudah diketahui oleh barisan pemimpin PAS tetapi tiada siapa yang berani menegurnya secara terbuka.

"Semua orang tahu (kelemahan ini), tetapi siapa berani cakap dalam parti yang tema wala'-nya (kesetiaannya) cukup kuat," katanya.

Mengulas isu kerajaan perpaduan, Dr Abdul Aziz menyifatkan ia sebagai "ciuman maut" dan perangkap musuh politiknya Umno untuk terus mengkucar-kacirkan parti Islam itu.

"Kalau yang berunding itu (penasihat PKR, Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (mursyidul am, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) atau (tokoh popular DAP) Lim Kit Siang, tidak ada masalah.

"Tetapi kalau dia dengan Nasharuddin ataupun yang lain-lain, (mereka ini) akan dilipat, diduduk oleh Umno (kerana kelemahannya)," katanya.

sumber - malaysiakini



Baca selanjutnya...

Aziz Bari senjata terbaru Anwar Atarturk untuk musnahkan PAS

Oleh Tomyampoktek, AIDCclub

Konflik dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang kini belum nampak akan reda sepenuhnya sebenarnya tercetus kerana terdapat sesetengah pemimpin dan anggota parti itu sendiri tidak mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.


Kelompok ini walaupun berada didalam PAS seakan teruja dan inginkan Anwar Ibrahim dilantik mengetuai kerajaan Malaysia sekiranya Pembangkang memerintah Malaysia.

Dengan itu kelompok ini menjadikan kerajaan perpaduan cetusan Haji Hadi Awang sebagai alasan kuat untuk menidakkan kemampuan Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri.

Manakala kumpulan yang menyokong kepimpinan Hadi Awang difahamkan meragui usaha mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri lantaran pelbagai isu yang menyelimuti bekas tokoh penting disebalik penubuhan Foundation For Futeru sebuah yayasan yang dibiayai oleh Amerika di Timur Tengah.

Sebelum ini, wartawan akhbar The Star, Joceline Tan, dalam ruangan Insight menyatakan permasalahan dalam PAS bukan sahaja melibatkan golongan UG, tetapi juga melibatkan isu anti-Anwar dikalangan pendokong PAS.

Menurut analisis itu, golongan tersebut mahukan Presiden PAS, Hadi Awang, dan bukannya Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berkuasa.

Ini menyebabkan kelompok yang pro kepada Anwar didalam Parti, seperti Husam Musa telah cuba mengaitkan beberapa nama untuk dikambinghitamkan sebagai liabiliti kepada parti. Hasilnya Dr. Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor terpaksa mengadap jawatankuasa disiplin PAS ekoran cuba memperjuangkan polisi PAS dalam kerajaan Negeri Selangor.

Hari ini suara Dr. Aziz Bari seolah suara Muryidul Am dikalangan orang PAS. Apa sahaja saranan pensayarah UIA yang mempunyai ikatan yang erat dengan Anwar dan Husam itu akan disahut oleh penyokong PAS yang pro Anwar.

Kini Aziz Bari cuba menunjukkan belangnya apabila mendesak Presiden PAS Haji Hadi Awang berkorban demi parti dan berundur dari jawatan yang disandang.

Sungguh lucu tindakan Aziz bari ini, dengan mengunakan UG sebagai alasan beliau cuba mempengaruhi pewakilan PAS agar tidak lagi wala kepada Presiden yang dipilih melalui muktamar tempoh hari.

Tindakan Aziz Bari ini menyebabkan timbul persoalan kenapa umum beliau begitu beria-ia menyerang Presiden PAS, walhal beliau bukan ahli parti tersebut hanya sebagai Pensyarah Perundangan di UIA sahaja, dan yang lebih jelek lagi kedududukan Anwar Ibrahim lansung tidak pernah disentuh oleh Aziz Bari.

Walhal semua mengetahui sudah banyak kali Anwar cuba menipu rakyat Malaysia dari janji penubuhan kerajaan 16 September hinggalah cubaan penangguhan kes liwatnya. Pelbagai kes-kes yang menyelubungi Anwar sebelum ini pun Aziz Bari cuba menutupinya. Inilah yang menyebabkan kredibiliti Aziz Bari sebenarnya boleh dipertikai.

Adalah mungkin suara yang dilontarkannya adalah suara dari hati Anwar Ibrahim sebenarnya dan beliau hanya tukang menyampaikanya sahaja. Dengan kedudukkannya yang selalu dikenali sebagai ahli akademik Pro PAS dan PKR mungkin Anwar melihat kata-kata Aziz Bari dapat membentuk pandangan umum dikalangan ahli untuk membuat perubahan didalam parti PAS.

Dan ini tidak mustahil dilakukan Anwar kerana beliau sememangnya lebih mampu dari hal tersebut, sedangkan Ustaz Badrul Amin dan dan Ramlan Porigi pun Anwar mampu rosakkanya apatah lagi dengan Aziz Bari yang hanya layak digelar ustaz mee celup sahaja.

Kerana Anwar mengetahui selagi Hadi Awang berada didalam PAS, segala misi yang digaris Anwar belum tentu akan berjaya. Oleh itu pada Anwar, kedudukkan Hadi Awang seharusnya dijatuhkan walau bagaimana kaedah sekalipun.

Sebenarnya senario itu begitu disedari oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Haron Din, sebab itulah menjelang muktamar tempoh hari beliau sempat mengingatkan kepada pewakilan PAS mengenai bahayanya golongan musuh didalam selimut didalam parti.

Ingatkan itu pada pewakilan menyebabkan Husam mengalami kekalahan dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden Parti, dan sekaligus menghancurkan pelan Anwar untuk menguasai PAS.

Namun itu sedikitpun tidak mematahkan Anwar untuk menguasai kepimpinan PAS, kini reputasi yang ada pada Aziz Bari pula cuba dipergunakan Anwar untuk meruntuhkan kepimpinan PAS sedia ada yang dilihat tidak sealiran dengan misi Anwar Ibrahim. Dan yang pasti tindakan mainan Anwar dan Dr. Aziz bari ini tidak akan dibiarkan dengan mudah oleh kelompok yang setia dengan Presiden PAS sekarang.

sumber - tomyampoktek



Baca selanjutnya...

Mahkamah putuskan pendakwa tidak perlu serah bukti kepada Anwar

Nov 6, 09 4:07pm
Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya mendapatkan bukti-bukti pihak pendakwaan berkaitan kes liwatnya ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pihak pendakwaan hari ini berjaya menghalang ketua pembangkang itu daripada berbuat demikian dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Ketiga-tiga hakim sebulat suara membenarkan rayuan pasukan timbalan pendakwa raya untuk tidak menyerahkan beberapa bahan bukti seperti dituntut oleh Anwar.

Panel hakim itu yang diketuai Hasan Lah bersama Abu Samah Nordin dan Sulaiman Daud juga menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan spesimen yang disimpan oleh pihak pendakwaan.

sumber - malaysiakini


Mahkamah Tolak Permohonan Anwar Dapatkan Dokumen Penting Dan Sampel DNA


KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Mahkamah Rayuan Jumaat menolak permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen penting dan sampel DNA yang didakwanya amat penting untuk pembelaannya dalam perbicaraan bagi pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Mahkamah Rayuan menolak rayuan balas Anwar terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan sampel spesimen daripada pengadu dalam kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Hasan Lah, yang mengetuai panel dianggotai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Sulaiman Daud, dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang sama bagi pihak pendakwaan membekalkan dokumen penting kepada Anwar.

Antara dokumen penting itu ialah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

Dalam keputusannya, Hakim Hasan berkata dokumen yang diminta Anwar tidak termasuk dalam ketetapan Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah kerana terdapat batasan bagi pihak pendakwaan untuk membekalkan dokumen tertentu kepada tertuduh.

Hakim Hasan berkata mahkamah tidak bersetuju dengan tafsiran Hakim Mahkamah Tinggi terhadap Seksyen 51 kanun itu. Seksyen 51 bermakna pihak pendakwaan perlu menimbangkan arahan untuk membekalkan dokumen atau benda lain, seperti diminta oleh tertuduh.

"Dalam prosiding jenayah, mahkamah tidak membenarkan sebarang cubaan bagi mendapatkan siasatan," katanya ketika menyampaikan keputusan itu secara lisan dan menurutnya penghakiman penuh secara bertulis akan diberikan tidak lama lagi.

Seksyen 51A memperuntukkan ketetapan bagi pembekalan dokumen tertentu oleh pihak pendakwaan kepada tertuduh sebelum bermulanya perbicaraan bagi membolehkan tertuduh menyediakan pembelaan.

Pada 16 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Anwar untuk memaksa pihak pendakwaan membekalkan dokumen bagi membolehkannya menyediakan pembelaannya, mengikut Seksyen 51A supaya proses pendakwaan lebih terbuka dan adil.

Bagaimanapun, Anwar gagal mendapatkan sampel spesimen Mohd Saiful selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya. Mahkamah pada 24 Julai membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi penangguhan pelaksanaan perintah itu, sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan diputuskan.

Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, tahun lepas.

Kemudiannya, peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh memberitahu pemberita yang beliau akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada Isnin kerana keputusan hari ini akan menjadi duluan dalam kes jenayah mengikut Seksyen 51A bagi membolehkan tertuduh dibicarakan secara adil.

Karpal berkata matlamat Parlimen dalam meminda Seksyen 51A pada 2006 ialah untuk mencegah perbicaraan diadakan secara "serang hendap" dan kelewatan selepas dokumen dibekalkan kepada tertuduh bagi menyediakan pembelaan.

Anwar, yang tidak hadir di mahkamah, turut diwakili R.Sivarasa dan S.N.Nair, manakala Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden mengetuai pasukan pendakwaan yang terdiri daripada Noorin Badarudin, C.K.Wong dan Shamsul Sulaiman.

Kes liwat itu ditetapkan untuk sebutan semula di Mahkamah Tinggi pada 23 Nov. Perbicaraan kes itu yang ditetapkan pada 1 Julai hingga 23 Julai telah ditangguhkan bagi membolehkan mahkamah mendengar beberapa permohonan yang difailkan oleh Anwar berhubung kes itu.

sumber - bernama



Baca selanjutnya...

Dr Xavier berceramah di masjid ada tauliah ke ?



Oleh GAP

bersahut, insyaallah ia akan bersahutan selepas ini. maklumat informer dari dalam pkr memberitahu aku bahawa exco pakatan selangor, dr xavier menafikan beliau memberikan ceramah di dalam masjid ar rahimiah klang seperti yang aku laporkan beberapa hari lepas.

xavier kata dia tak berceramah dalam masjid ? aku nak tanya dia, habis tu di kupas surah al baqarah ayat 112 ke atau mengulas maksud hadis sampai separuh daripada audience ternganga mulutnya ?

xavier kata dia tak berceramah dalam masjid ? aku nak tanya dia, habis tu dia nyanyi lagu ahmad jais ke atau memberikan berita terkini keputusan champions league ?

xavier, adalah adun sri andalas juga bertindak sebagai exco kerajaan negeri selangor. jadi samada xavier memberikan sumbangan walaupun hanya sebatang pen sekalipun, ia tetap punyai motif politik. menggunakan dewan suci dalam masjid sebagai lokasi propaganda politik.

kalau nak bagi sumbangan , sila ikut contoh theresa kok. berada di luar perkarangan masjid walaupun dia datang dengan berpakaian skirt.

xavier, kamu kena faham isu. dalam masjid mestilah bersih dan suci. 10 hari aku pernah ke masjid biru di istanbul, walaupun masjid bersejarah itu menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia, namun di dalam dewan solat non muslim enggak bisa masuk paham !

xavier telah menghina perintah sultan. maka dengan itu dia wajar menerima tindakan. kejadian berlaku di kawasan parlimen kota raja, maka pemuda umno kota raja telah mengambil langkah berani membuat laporan di pejabat JAIS terhadap xavier.JIKA PERKARA INI TIDAK DIHENTIKAN, AKU TAKUT ATAS DASAR HAK SAMARATA DAN PAS FOR ALL, TOWKEY KHINZIR DARI PKR PUN MUNGKIN BOLEH KELUAR MASUK DALAM DEWAN SOLAT MASJID !

tahniah ! minggu depan pasti bergegar lagi !

sumber - GAP



Baca selanjutnya...

Seminar politik lebih mengeruhkan kemelut PAS ?

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Perbualan dengan beberapa pemimpin Pas mengenai kemelut kepimpinan dalam parti membayangkan isu itu jauh daripada penyelesaian.

Ada yang berpendapat masalah itu tidak berbangkit lagi kerana ia telah diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti, namun bagi pihak lain, seminar politik yang dijadual Sabtu ini adalah platform terbaik untuk membincangkannya.

Ada juga yang berpendapat muktamar khas adalah jalan penyelesaian jika kemelut itu tidak dapat ditangani menerusi jawatankuasa disiplin dan seminar sehari itu.

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang juga anggota biro politik parti itu, berkata opsyen mengadakan muktamar khas terbuka kepada anggota parti untuk dipertimbang kerana perkara itu dibenarkan perlembagaan parti.

"Memang ia (muktamar khas) satu perkara luar biasa tapi sekiranya itulah cara penyelesaian, atau penyelesaian tak tercapai menerusi seminar dan jawatankuasa disiplin, saya rasa opsyen EGM akan sentiasa terbuka untuk ahli-ahli parti," katanya kepada Bernama di sini.

Ironinya naib presiden parti Salahuddin Ayub pula menjelaskan seminar pada Sabtu ini diadakan sebagai ganti muktamar khas dan bukanlah untuk membincangkan kemelut kepimpinan tetapi bertujuan mendapatkan pandangan anggota dan juga dua pemerhati politik yang diundang khas, tentang langkah-langkah yang harus diambil bagi mengukuhkan peranan Pas dalam pakatan pembangkang.

"Ini (isu kemelut kepimpinan) tak berbangkit, kira dah selesai. Soal (Pesuruhjaya Pas Selangor) (Datuk) Dr Hassan Ali kita dah serah kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk disiasat," katanya.

Dua pemerhati politik yang diundang memberi pandangan pada seminar politik itu ialah Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya.

Perkara itu turut dipersetujui seorang lagi naib presiden parti Datuk Mahfuz Omar yang berkata isu kepimpinan telah diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti.

Namun Mahfuz cuba mengelak apabila ditanya mengenai beberapa pemimpin lain yang juga disifatkan "bermasalah" oleh seorang pemerhati politik tetapi tidak dirujuk kepada jawatankuasa disiplin.

"You mana tahu? You jawatankuasa disiplin?" kata Mahfuz.

Berasaskan keputusan mesyuarat khas jawatankuasa pusat parti yang turut dihadiri Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Okt lepas, jawatankuasa disiplin diarah menyiasat kepimpinan Pas Selangor berhubung dakwaan membuat keputusan bertentangan dengan prinsip kerjasama pakatan pembangkang.

Bagaimanapun beberapa nama lain seperti Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali yang turut disebut oleh Abdul Aziz Bari sebagai "bermasalah" sehingga mendorong Nik Abdul Aziz menyarankan diadakan muktamar khas, tidak terlibat dalam siasatan itu.

Tumpuan sebaliknya diberi kepada Pesuruhjaya Pas Selangor dan beberapa pemimpin lain di negeri itu yang dikatakan menimbulkan masalah kepada pakatan pembangkang.

"Menurut Prof Abdul Aziz dalam analisisnya itu Selangor adalah bermasalah. Beliau kata orang ini (Nasharudin, Mustafa dan Abdul Hadi) lindungi Hassan kerana bersetuju (dengan pandangan Hassan tentang beberapa isu termasuk larangan menjual alkohol).

"Sekiranya tindakan diambil (oleh jawatankuasa disiplin) maka terbukti tidak ada perlindungan, maka tidak ada sebab untuk mana-mana pihak menuduh (demikian)," kata Khalid pula.

Kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang terhasil daripada kerjasama Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat dilihat seringkali bergoncang berikutan tindakan Hassan yang membuat keputusan bertentangan dengan prinsip kerjasama mereka.

Antara keputusan yang diambil oleh Hassan dan dianggap oleh pemerhati politik telah mengurangkan sokongan bukan Islam terhadap parti itu ialah saranan pengharaman penjualan alkohol di kawasan majoriti Melayu di Selangor.

Hassan juga dikecam kerana mengkritik secara terbuka kaedah penyiasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang diwujudkan pakatan pembangkang di Selangor.

Hassan dan beberapa pemimpin Pas lain di Selangor mungkin berdepan dengan tindakan disiplin namun bagaimana pula dengan nasib segelintir lagi yang sedari awal telah kurang disenangi oleh Nik Abdul Aziz?

Rata-rata pemerhati politik bersetuju Pas tidak akan berpecah sekalipun bergolak hebat dan masing-masing juga melihat kemelut sekarang sebagai "cubaan menunjuk taring" antara Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi.

Namun pemerhatian mereka adalah berasaskan sejarah dan berasaskan generasi pemimpin berbeza, sedang parti itu kini jelas terbahagi kepada dua iaitu kelompok ulama konservatif dan golongan ulama profesional yang lebih liberal.

Justeru, mampukah kekuatan Pas bertahan sehingga pemilihan parti akan datang atau akan tercipta sejarah baru yang memaksa parti mengadakan muktamar khas.

sumber - bernama



Baca selanjutnya...

Royalti Minyak : Anwar, Nik Aziz & Husam

Oleh x-pkr

1. Pengumuman PM berkaitan pemberian wang ehsan ke negeri Kelantan disambut dengan perasaan bercampur baur oleh rakyat Kelantan. UMNO gembira, mungkin ada Ketua-ketua bahagian yang sudah membayangkan projek akan disalurkan terus kepada mereka. Bagi PAS pula, ianya bercampur-campur. Bagi rakyat pula ada yang beranggapan "aku tetap begini biar jutaan ringgit bantuan yang datang".

2. Nik Aziz pernah berulang alik ke Kementerian Kewangan menemui AnWAR semasa AnWAR Menteri Kewangan dan TPM. Salah satu agenda pertemuan yang berulang kali itu adalah mengenai wang royalti minyak yang patut diberikan kepada Kelantan. Ia juga boleh digunakan bagi membayar hutang kerajaan negeri Kelantan kepada kerajaan pusat! Seperti biasa, AnWAR bermain politik. Beliau menyatakan tiada halangan tetapi terikat dengan Dr. Mahathir (skg. Tun).

3. Anual Bakri Haron (s/u politik Datuk Nik Aziz) boleh mengesahkan perkara ini. Ketika beliau di Bahagian Belanjawan Kementerian Kewangan, ada satu kertas kerja telah dikemukakan kepada AnWAR mencadangkan Kelantan patut diberikan bantuan dari royalti minyak sebagai membantu kerajaan negeri. Malangnya AnWAR sebagai Menteri Kewangan telah tidak bersetuju serta TIDAK memanjangkannya ke mesyuarat kabinet.

4. AnWAR kembali 'menangguk di air keroh' serta mahu memerangkap kerajaan pusat dengan isu ini. Tentunya ayam sakit yang digunakan ialah Husam Musa. Persepsi yang mahu ditimbulkan ialah kerajaan pusat terus-terusan mendiskriminasi rakyat Kelantan. Namun DS Najib pantas menangani isu ini. Keputusan segera dibuat w/pun tuntutan yang dibuat Husam berpandu kepada AnWAR dan undang-undang yang tidak jelas.

5. AnWAR boleh berbuat sesuatu (memberi bantuan)semasa beliau punya kuasa, tetapi tidak berbuat demikian. Malahan cadangan yang telah dikemukakan juga ditolaknya atas kuasa menteri! Ini sebenarnya helah politik AnWAR mahu menekan rakyat Kelantan. Bantuan yang diberi kepada Kelantan ketika itu mestilah dilulus dan diberi atas nama beliau selaku Menteri Kewangan. Agensi-agensi pusat yang lain diketepikan.

6. Kelantan terlepas dari tangan BN setelah AnWAR menyertai UMNO. AnWAR berusaha bersungguh-sungguh mahu merampas Kelantan serta melonjakkan namanya. Namun caranya ialah menekan rakyat Kelantan! Segala bantuan harus ditapis dan hanya dibenar sekiranya boleh melonjakkan nama beliau. Cita-cita AnWAR tidak kesampaian dan beliau menggunakan orang lain pula meneruskan huru-hara di Kelantan.

7. Kerana itu Nik Aziz bersyukur atas bantuan ini kerana beliau memperjuangkannya sekian lama (tak kira wang royalti atau bantuan). Ianya untuk manfaat rakyat Kelantan. 'Ayam sakit' AnWAR di Kelantan, pasti beria-ia membantah. Ianya kerana arahan AnWAR dan mungkin juga telah terbayang bakal terlepas banyak projek nanti. Ada juga yang secara sinis menyatakan Husam membantah kerana 'tak masuk poket dia'.

PM DS Najib bertindak pantas menangani isu ini. Kerajaan Pusat boleh saja menolak mentah-mentah pemberian bantuan kerana jelas kawasan yang diperkatakan Kelantan adalah kawasan bertindih antara Malaysia dan Thailand dan perjanjian persefahaman adalah Kerajaan Malaysia dan Thailand. Tiada kena mengena dengan Kelantan.

Namun atas dasar prihatin, PM mengumumkan bantuan tersebut (dlm bentuk projek) agar dapat dinikmati oleh semua rakyat Kelantan. Lebih jauh lagi, PM mengambil tindakan politik yang bijak dan mematikan langkah AnWAR! Bola yang dikembalikan AnWAR untuk melawan DS Najib adalah bola tanggung! PAstinya 'smash' DS Najib akan terkena muka AnWAR yang tidak berbuat demikian semasa Menteri Kewangan. Hanya sibuk bermain politik! Dan yang terkena 'smash' itu pasti terasa sakit, lebih-lebih lagi 'smash' itu datang dari tindakan yang dimulakannya sendiri.

sumber - x-pkr



Baca selanjutnya...

Zaid Ibrahim bukan Pengerusi Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak spekulasi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim akan dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, sebagai Penasihat PR, Zaid diamanahkan oleh pemimpin PR untuk mencari ‘titik persamaan’ supaya gabungan PKR, Pas dan DAP di bawah satu lambang menjadi kenyataan.

“Dakwaan ini tidak betul, Zaid dilantik menjadi pengantara untuk melaksanakan transformasi dalam PR.

“PR juga memberi kepercayaan kepadanya untuk mengkaji penubuhan PR sebagai satu organisasi yang sah,”: katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Sementara itu, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua pula menjelaskan Zaid hanya digunakan sebagai satu nama untuk memohon sebuah entiti baru iaitu PR sebagai sebuah badan yang sah.

“Ia seperti mendaftar sebuah syarikat, kita dapatkan satu nama dan hantar permohonan kita, ia adalah prosedur ringkas untuk mendaftar sebuah parti,” katanya.

Ditanya sama ada konvensyen PR pada Disember nanti membincangkan mengenai kepimpinan pusat PR, Tian menjawab konvensyen tersebut tidak akan digunakan untuk memilih kepimpinan pusat.

“Tidak, konvensyen itu untuk memperkukuhkan PR, ia adalah berlainan, seperti mendaftar syarikat dan strategi pemasaran, ia adalah perkara berlainan,” katanya.

sumber - sinar



Baca selanjutnya...

Saya Pernah Bertengkar Dengan Anwar - Ezam


++END++






Baca selanjutnya...

Menteri Besar Lembu Kena Letak Jawatan - Ezam


++END++






Baca selanjutnya...

‘Wan Azizah tahu Anwar silap percaturan’

KUALA LUMPUR: Sikap membisu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung pergolakan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta isu moral membabitkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan Presiden PKR itu seorang presiden boneka.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, berkata Dr Wan Azizah sedar pergolakan melanda parti itu berpunca daripada sikap suaminya yang juga Penasihat PKR tersilap membuat percaturan ketika merombak parti dan barisan kepemimpinan tertingginya.

“Wan Azizah tahu Anwar silap percaturan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Anuar mengulas sikap Dr Wan Azizah yang terus berdiam diri dan tidak menjawab persoalan moral yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah sehingga mendorong beliau keluar PKR.

Sebelum ini, kenalan rapat Anwar, Datuk S Nallakaruppan mendakwa Dr Wan Azizah layak menerima anugerah pelakon terbaik kerana melindungi selama 12 tahun tingkah laku suaminya yang dikaitkan dengan kes liwat.

Anuar berkata, Anwar dan Dr Wan Azizah serta parti pembangkang lain sedar PKR sedang mengalami krisis kepemimpinan namun mereka tidak berani mendedahkannya kerana enggan masalah dalaman parti terus berlarutan.

sumber - berita harian



Baca selanjutnya...

Kisah Anwar dengan wartawan

Oleh my longest yard, AIDClub

Pernah suatu ketika di Permatang Pasir dahulu, Anwar menggunakan hampir 30 minit dalam sidang media dengan mengkritik beberapa media arus perdana yang disifatkannya sebagai tidak berlaku adil dan saksama.

Selepas media teruk dibelasah olehnya, ada wartawan-wartawan yang merajuk. Sudah tidak tidak mahu senyum lagi dengan Anwar.

Ketika itu, barulah Anwar sedar bahawa beliau sudah terlanjur dan cepat-cepat memujuk kembali wartawan yang membuat liputan mengenai aktivitinya di lapangan.

"Saya nampak ada wartawan sudah tidak mahu senyum dengan saya," katanya. Sebaliknya jelas Anwar, beliau hanya tidak berpuas hati dengan pengarang dan organisasi media pada umumnya.

"Pendirian saya adalah terhadap media tertentu, dan tidak kepada wartawan yang menjalankan tugas sebaik mungkin".

Bagi Anwar, 'tugas sebaik mungkin' itu maksudnya adalah wartawan yang tidak bertanya atau tidak berani mencelah sidang medianya, malah menulis dan menurut apa sahaja cerita dan alkisah yang keluar dari mulut Anwar. Jangan cuba-cuba menyangkal atau menyampuk, buruk padahnya. Pasti dibasuh oleh Anwar pada masa itu juga.

Bagi kebanyakkan wartawan yang sering hadir sidang media Anwar Ibrahim, mereka tentu sudah kenal dan mengerti gaya serta lenggok jawapan beliau. Lebih-lebih lagi bagi wartawan yang menjadi pengikut setia bagi setiap sidang media Ketua Pembangkang itu menjelang 16 September.

Sampai ke satu tahap, ada wartawan merungut kerana tiada cerita baru untuk ditonjolkan selain dolak dalih Anwar yang kononnya hendak penyerahan kuasa dilakukan secara aman dan teratur oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Makin lama, wartawan pun makin bosan dengan Anwar. Sudahlah asyik kena ‘kelentong’, mereka juga ‘terpaksa’ kerja dan berdepan cerita sama tetapi berbeza harinya.

“ Different day…but same story! ”

Banyak lagi komen-komen ‘ menyumpah’ yang kedengaran dikalangan para wartawan yang hadir.Ada yang kata rasa macam ‘ kena main’ oleh Penasihat PKR itu.

Jangan kata berita besar kalau nak kira sempena dengan hari penentuan yang Anwar gembar gemburkan selama ini habuk pun tak ada yang baru.

Itu adalah antara kisah 'persengketaan' antara Anwar dengan para wartawan.

Tetapi dek kerana tugas dan tanggungjawab, mahu tak mahu terpaksa juga wartawan mengikut sidang media yang dilakukan oleh Anwar.

Dan terbaru, Anwar menunjukkan reaksi tidak senang apabila ditanya mengenai dakwaan beliau melebihkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, sehingga menyebabkan ramai pemimpin PKR lain bertindak keluar daripada parti itu.

''You dari mana? You dari media mana?'' kata beliau dalam nada tidak senang kepada seorang wartawan pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Anwar bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut, sebaliknya 'berceramah' kepada wartawan berkenaan agar melaksanakan amanah sebagai petugas media dengan baik.

Sekali lagi, persengkataan tercetus. Nampaknya Anwar cukup sensitif dengan jenis soalan wartawan yang tidak menepati citarasa beliau.

Ke mana slogan kebebasan media? Ke mana slogan kebebasan bersuara? Bertanya pun adalah satu bentuk kebebasan. Anwar patut tahu mengenai itu juga.

Kalau beginilah caranya , pergi jahanamlah dengan 'kebebasan' yang dimomokan oleh beliau sebelum ini.

Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.

sumber - my longest yard


Baca selanjutnya...

5 Nov 2009

Mengintai 'kejantanan' Anwar yang semakin hilang..

Oleh gelagat anwar

Semalam, mahkamah sekali lagi menangguhkan perbicaraan kes liwat Anwar kepada 23 November ini. Permohonan Anwar untuk menggagalkan kes, sekaligus membuang asas keadilan yang wajar kepada Saiful ke longkang masih berjalan secara cukup serius. Saban hari, saban malam – team legal Anwar mencari jalan dan kelemahan perundangan dalam menentukan Anwar menemui jalan keluar daripada belenggu kes yang memalukan ini. Sound bites Anwar semalam berbunyi: ’saya juga mahu kes ini dibicarakan segera’.

Ini hanyalah helah murahan dalam menyatakan KONONNYA dia juga menginginkan agar kes ini ditimbang tara seadil dan sepantasnya. Apakah hakikatnya begitu? Apakah Anwar sememangnya sudah membenarkan undang-undang mencari jalan keadilannya jika hakim kerapkali dihidang dengan ‘rayuan demi rayuan demi rayuan’ agar kes ini dibuang?

Inilah yang dimaksudkan dengan kejantanan Anwar yang semakin hari semakin hilang dimamah usia. Anwar bukan lagi Anwar dahulu yang berani dan membenarkan mahkamah mengambil jalan kehakiman. Anwar sudah tidak mahu berhadapan dengan segala bukti sahih yang beliau adalah seorang ‘player’ kepada amalan seks yang di luar tabii. Innocent until proven guilty? Masalahnya, nak ‘prove’kan pun mengambil masa. Kalau innocent, kenapa bertangguh?

Semalam juga Anwar naik angin lagi apabila ditanya kecamuk PKR adalah berpunca daripada Azmin Ali. Anwar menyinga? Memarahi wartawan Berita Harian dan menganggapnya sebagai pencacai politik yang sanggup menyembah kepada kuasa yang ada. Azmin Ali adalah insan ’suci lagi sacred’ di dalam kehidupan Anwar. Menyerang Azmin adalah ibaratnya menyerang Anwar sendiri. Kak Wan sendiri tidak mendapat pembelaan sebegitu rupa.

Apa yang Anwar sayangkan sangat Azmin ini? Apakah kerana Azmin terlalu hebat? Atau Anwar sayangkan ‘kegantengan’ (kekacakan) Azmin yang memberi Anwar ‘turn on’ setiap kali berjumpa? Ini kemusykilan kita.

Pada hakikatnya, Azmin masih seorang ahli politik mediocre yang tidak mampu lagi membuktikan bahawa dirinya itu jagoan. Azmin belum tentu mampu mengurus PR jika Anwar tidak ada. Mungkin Anwar boleh memberikan ‘amanat’ nanti, tetapi melihatkan perangai Azmin – adik beradik sendiri pun sanggup mencarut dan memfitnahnya. Apalah sangat yang boleh diharap.

Baik – seterusnya, 23 November menjadi tarikh keramat ‘keadilan’ buat Saiful Bukhari. Harapannya, agar biarlah Saiful diberikan ruang secukupnya untuk mendapat keadilan yang terbaik buat dirinya. Ini melibatkan maruah. Ini melibatkan nama baik keluarga. Laporan Malaysiakini menyebut bahawa Saiful hadir semalam – untuk mendengar proses keadilan berlaku.

Buat pertama kali, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengikuti perkembangan kes berkenaan. Mohd Saiful, 24, yang ditemani ayahnya Azlan Mohd Lazim dan peguamnya Zambri Idrus, tiba di mahkamah pada 8.40 pagi.

Bagaimanapun dia tidak dibenarkan masuk ke dalam mahkamah semasa prosiding tetapi ditempatkan dalam bilik saksi.

Mengikut undang-undang, seorang saksi tidak dibenarkan masuk ke mahkamah semasa prosiding sehinggalah dia selesai memberi keterangan.

Selepas prosiding selesai, Mohd Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadi Anwar, berkata beliau sudah lama bersedia untuk tampil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang sudah beberapa kali tertangguh. (malaysiakini)

sumber - gelagat anwar



Baca selanjutnya...