MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Okt 2009

Polis bekerjasaama SPRM siasat Anwar

SHAH ALAM – Sepasukan polis diarahkan mendalami siasatan terhadap kes Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Sri Anwar Ibrahim yang didakwa mempunyai simpanan ‘master account’ sebanyak RM3 bilion.

Ketua Polis Negara, Tan Sri MusaHassan berkata, pasukan itu turut diarahkan membuat rujukan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, tujuan rujukan tersebut dilakukan kerana kertas siasatan terdahulu pada tahun 1999 yang pernah dilaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR pada waktu itu) berhubung isu yang sama masih dalam siasatan pihak terbabit.

“Kertas siasatan yang pernah dilaporkan kepada BPR sebelum ini berhubung isu yang sama masih dalam siasatan mereka dan di pihak kita pula, siasatan terdahulu tidak pernah ditutup.

“Jadi di sini saya telah mengarahkan pegawai saya supaya membuat rujukan dengan SPRM untuk mendalami lagi siasatan itu termasuklah laporan yang baru kita terima,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin agar polis mengadakan siasatan menyeluruh terhadap Anwar susulan dakwaan rakan karib Anwar, Datuk S Nalakarupan.

Nalakarupan sebelum ini telah membuat kenyataan Anwar mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti mana didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid dalam kenyataan yang dibuat dalam tahun 1999.

Manakala Anwar ketika ditanya isu tersebut berkata beliau sedia disiasat polis kerana tidak gentar dengan dakwaan tersebut, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebaliknya mahu siasatan turut dijalankan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memiliki ‘kekayaan melampau’.

Sementara itu, mengulas lanjut berkenaan laporan polis yang sama terhadap Anwar oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, baru-baru ini, Musa berkata, kertas siasatan berhubung laporan tersebut telah dibuka.

“Siasatan laporan itu sedang dijalankan dan sekiranya perlu kita juga akan memanggil Anwar dan Khairy Jamaluddin atau sesiapa sahaja yang boleh memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

sumber - sinar


Tiada ulasan: