MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Okt 2009

PAS Selangor TERBABIT DALAM USAHA UNTUK MENJATUHKAN TS KHALID?



Kami telah mendapat maklum bahawa Selangor bakal menyaksikan pergelutan antara PKR dan PAS sungguhpun perkara ini disenyapkan oleh mereka dari Pakatan Rakyat. Laman ini telah membongkar mengenai dokumen pengambilan pasir – bagaimana dikatakan ada penyelewengan dalam isu konsesi pasir dan kecurian pasir di Selangor – yang melibatkan keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor dan pentadbiran yang lemah kerajaan Negeri dalam menguruskan isu-isu mengenai pasir. (klik sini )

Itu satu bab, tetapi satu bab yang berasingan adalah bagaimana dokumen ini boleh terkeluar – siapa orang dalam yang mahu melihat Tan Sri Khalid tersungkur selain dari menceritakan kebenaran mengenai keburukan Tan Sri Khalid. Dalam hal ini berbagai-bagai nama telah di keluarkan oleh pelayar termasuk menuduh Azmin Ali sebagai orang yang terlibat dalam mencari jalan untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid.

Namun satu pendedahan baru terkeluar untuk perhatian kita – adakah PAS juga terbabit dalam skandal mahu menjatuhkan TS Khalid Ibrahim? Isu rasuah Tan Sri Khalid mengenai lembu dan kereta Lexus yang digunakannya telah dikemukakan oleh GERAK atau Gerakan Anti Korupsi yang di terajui sebelum ini oleh Ezam Mohd Nor dan kemudiannya di ambil alih oleh Nazree Yunus. Nazree Yunus telah membuat laporan BPR mengenai isu ini dan sekarang berhadapan dengan tuntutan saman dari TS Khalid. Namun setakat ini pengakuan oleh Nazree Yunus adalah – dokumen itu tidak tahu siapa yang serahkan namun dari hasil tinjauan dan maklumat yang kami terima – dokumen TS Khalid dalam isu lembu dan Lexus datangnya dari PAS.

Adakah benar bahawa pendedahan dokumen yang dilaporkan oleh Gerak datangnya dari PAS? Adakah PAS terbabit dalam usaha menjatuhkan TS Khalid Ibrahim dari kerusi Menteri Besar dengan mendedahkan keburukan TS Khalid. Mungkin ini satu pembaharuan dalam Pakatan Rakyat – mendedahkan kepincangan MB demi rakyat dan tidak hipokrit pada parti. Mungkin ini adalah corak politik yang mahu kita serapkan. Sekiranya kepimpinan itu tidak wajar memimpin – melakukan rasuah – kronisme dan nepotisme maka – dalam Pakatan mereka sendiri – mereka akan ambil tindakan untuk menolak kepimpinan tersebut. Adakah ini yang dilakukan oleh PAS – menggunakan GERAK dan Nazree Yunus dalam mendedahkan rasuah. GERAK sekiranya mahu nampak telus tidak seharusnya menipu dalam mengatakan siapa yang membuat tuduhan sebenar sekiranya mahu menjaga kepentingan rakyat khususnya rasuah. www.umno-reform2.com mempunyai beberapa asas kekuatan untuk mula memaparkan isu – sama ada PAS Selangor – khususnya kepimpinan tertentu yang telah membocorkan dokumen semata-mata untuk menjatuhkan TS Khalid dan mungkin dengan agenda tersendiri – mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Namun tindakan ini mungkin baik bagi sesebelah pihak tetapi merupakan satu pengkhianatan kepada gerakan mereka dalam Pakatan Rakyat.

www.umno-reform2.com memberi tempoh masa 1 minggu – sungguhpun isu ini akan diulas mengikut kepentingan – mendesak Presiden GERAK – Nazree Yunus menafikan penglibatan PAS dalam usaha menjatuhkan MB Selangor yang ada – TS Khalid Ibrahim. Selepas itu bukti sokongan mengenai andaian ini – PAS Selangor menjalankan gerakan menjatuhkan TS Khalid Ibrahim dan GERAK dijadikan alat untuk tujuan ini : NAFIKAN !

sumber - umno-reform


1 ulasan:

Shah berkata...

PAS pun ingin duniawi. Sekarang PAS dah pakai Merc, baju mahal guna jahit tangan. PAS pun dah mula rasuah. PAS pun nak rasa jadi MB Selangor, negeri terkaya. PAS tengah frust projet semua pergi kat DAP dan PKR boneka DAP. Yang rugi agama ku Islam, bangsa ku Melayu negara ku Malaysia. Jangan jadi Melayu Singapura!!!