MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Okt 2009

14 NGO selar SIS, JAG

KUANTAN - Sebanyak 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang semalam menyelar Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) berhubung kenyataan dua badan itu yang menganggap hukuman ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor sebagai kejam.

Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan berkata, kenyataan yang dikeluarkan SIS melalui Pengarah Eksekutifnya, Dr Hamidah Merican bukan sahaja menghina keputusan Mahkamah Syariah malah secara terang menghina hukum Islam.

Menurutnya, kenyataan biadab itu juga seolah-olah menghina Sultan Pahang apabila Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan 1988) di bawah bidang kuasa mahkamah itu diperkenankan baginda.

“Kami mendesak agar kerajaan bertindak tegas terhadap pihak yang mencabar kedudukan agama Islam dan perundangan syariah yang dijamin kedudukannya dalam perlembagaan negara.

“Penganut agama lain juga diingatkan supaya tidak mencampuri urusan membabitkan penganut Islam manakala pihak yang berkepentingan diminta tidak membuat kenyataan provokatif berhubung hukuman sebat ke atas model terbabit yang diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, kerana kesalahan minum arak,” katanya.

Baru-baru ini, JAG dan SIS dalam laporan akhbar ini menyifatkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi sebagai kejam, mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang.

Semalam, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) turut mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap NGO yang mempertikai pelaksanaan Undang-undang Syariah di negara ini.

Kartika dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah minum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Amidi berkata, pihaknya juga akan mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang JAG dan SIS serta pihak-pihak lain daripada membuat sebarang kenyataan yang mempertikaikan sebarang pelaksanaan hukuman berkaitan agama Islam.

Susulan itu, satu laporan polis di buat di Balai Polis Kuantan petang semalam bagi mendesak JAG dan SIS menarik balik kenyataan serta menghalang pihak berkepentingan daripada terus mempertikaikan keputusan Mahkamah Syariah itu.

14 badan berkenaan ialah Angkatan Belia Islam Malaysia Pahang (Abim), Peguam-peguam Syarie Negeri Pahang, Jemaah Islah Malaysia Negeri Pahang (Jim), Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Pahang, Ikatan Muslimin Malaysia Pahang, Malaysia Chinese Muslim Association negeri Pahang, Pekida Pahang, Badan Nadwah Ummah Negeri Pahang, Wadah Pencerdasan Ummah Pahang, Ikatan Pengkajian Islam Pahang, Majlis Kebajikan India Muslim Pahang, Persatuan Melayu Kuantan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Pahang dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Pahang.

Amidi berkata, pihaknya juga akan menganjurkan satu seminar berkaitan pelaksanaan hukuman sebat di dewan Jabatan Agama Islam Pahang 25 Oktober depan.:

sumber - sinar harian


Tiada ulasan: