MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Sep 2009

SELCAT drama bersiri menjelang PRK Bagan Pinang ?

Oleh my longest yard, AIDCclub

Sekali lagi sebuah drama seakan-akan sinetron Indonesia mewarnai kancah politik Selangor. Dalam drama musim pertama dulu, kita dipertontonkan dengan aksi bergaduh antara Hassan Ali dengan Ronnie Liu mengenai isu penjualan arak di kawasan majoriti Muslim di Shah Alam.(Klik sini).

Surat khabar dan tv pun turut ambil tempat. Beri publisiti meluas dan secara tak langsung telah meningkatkan rating atau populariti drama ni.

Klimaksnya sebijik macam jalan cerita sinetron, kedua-dua aktor akhirnya bersalaman dan berpelukan walaupun muka malu-malu kucing.

Dalam drama musim kedua, Hassan Ali sekali lagi memainkan watak utama. Beliau mengkritik perjalanan SELCAT - Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan. (Klik sini) .

Akibatnya, beliau berhadapan dengan kritikan pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk partinya sendiri ekoran kenyataan beliau itu (klik sini).

Dan buat kesekian kalinya, drama ini turut mendapat publisiti dalam media elektronik dan media cetak. Ringkasnya, mereka menjadi popular dengan drama sebegini!

Adakah drama ini betul-betul atau tipu-tipu?

Kalau direnungkan balik, macam ada yang tak kena. Semacam ada kebetulan.

Drama penjualan arak timbul ketika menjelangnya pilihanraya kecil di Permatang Pasir pada 25 Ogos 2009.

Drama isu SELCAT pulak timbul ketika menjelangnya pilihanraya kecil di Bagan Pinang yang akan diadakan pada 11 Oktober 2009.

Adakah drama yang terjadi ini sememangnya dirancang apabila timbulnya pilihanraya kecil? Kita melihat ia seolah-olah suatu taktil awal bagi mendapatkan simpati pengundi melalui 'isu ciptaan' mereka sendiri. Tepuk dada tanya selera.

sumber - my longest yard


Tiada ulasan: