MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Sep 2009

Pemimpin PKR Selangor didakwa seleweng peruntukkan program raya...

Oleh: ROSLAN BIAN

Satu lagi penyelewengan peruntukan Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh pemimpin PKR di Selangor didedahkan oleh bekas setiausaha PKR cabang Sepang, Arffain Mohamad.

Malah lebih keji lagi apabila ianya turut membabitkan wang program Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

Kes itu turut berkait tuntutan palsu, tidak mengadakan program walaupun sudah terima peruntukan dan wujud juga kegiatan memalsukan tandangan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Sepang.

Arffain yang kecewa kerana semua aduan berkaitan penyelewengan itu yang disalurkan kepada pimpinan tertinggi PKR tiada tindakan akhirnya memanjangkan kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau mendakwa wakil PKR yang dilantik kerajaan negeri menguruskan projek membabitkan peruntukan DUN Dengkil disyaki menyelewengkan sebahagian dana keseluruhan RM370,000 bagi kawasan berkenaan.

Katanya, wakil PKR itu yang juga Ketua Cabang Sepang dikatakan membuat 18 tuntutan meragukan membabitkan jumlah kira-kira RM130,000 bagi membolehkan peruntukan berkenaan dikeluarkan tujuan tertentu.

Untuk rekod, DUN Dengkil diwakili Datuk Marsom Paeng daripada Barisan Nasional tetapi dijadikan DUN Angkat oleh kerajaan campuran Selangor dengan dipertanggungjawabkan kepada Exco kerajaan negeri, Yaakop Sapari.

Arffain dalam sidang medianya di Ampang pada Jumaat berkata, beliau sudah menyerahkan dokumen berkaitan kepada SPRM pada 5 Ogos dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Sepang pada keesokannya.

Hari ini beliau menyerahkan dokumen sama kepada Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Rasuah (Gerak Malaysia), Mohd Nazree Yunos.

Menurut Mohd. Nazree, dokumen tersebut diserahkan kepada pihaknya kerana Arffain sebelum ini pernah mengemukakan aduan mengenai dakwaan tuntutan palsu berkenaan kepada kepimpinan PKR Selangor.

Bagaimanapun, aduan itu dikatakan tidak diberi perhatian termasuklah tiada sebarang tindakan diambil sehinggalah Arffain membuat laporan kepada SPRM Putrajaya.

Dalam pada itu, Mohd. Nazree turut menyatakan pihaknya mahu perkara itu disiasat dan sekiranya wujud unsur-unsur penyelewengan dalam tuntutan itu rindakan yang tegas perlu diambil terhadap mereka yang terlibat. -10/9/2009

sumber - agendadaily


3 ulasan:

pilat godang berkata...

tak habis habis lah orang pkr ni buat hal...!!!!!

lepas satu MASALAH ke satu MASALAH ..

BUKAN NAK FIKRKAN HAL RAKYAT SELANGOR.....

DULU JANJI ...KALAU MENANG PILIHAN RAYA...NAK BELA RAKYAT...SIAP HANTAR CD LAGI DARI RUMAH KE RUMAH

AKU MASIH SIMPAN LAGI CD ITU...SAMPAI LA NI...

SIAL PUNYA PKR (MACAM KETUA DIA SI PENGHIANAT TU)

Unknown berkata...

biasak laa..

paku dulang paku serpih.. mengata org.. dia yg lebey oberdose.

keADILan Haprak .. nak hapuskan rasuah lah.. salah guna kuasa lah..

kalau setakat cakap jek org.. tapi sendiri perangai lagi teruk..

Haprak Hampas semua ada

PR = Perompak Rakyat
PKR = Parti Kongkek Rakyat
PAS = Parti Ajaran Sesat
DAP = Power (ketua kpd segala diatas)

Kang nasir berkata...

Salam Ramadhan

mungkin benar.

menjelang syawal tahun lalu sudah cukup memberi pengalaman memilukan jika anda semua pergi menziarahi sanak saudara & shbt handai yg miskin.

pendapat saya disini.

http://kangnasir.blogspot.com/2009/08/salam-ramadhan_6639.html