MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Mac 2009

Saiful buat laporan polis, kaji saman Ramlang



Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN


[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Bekas pembantu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini membuat laporan di Balai Polis Damansara berhubung 6 artikel berunsur fitnah dan berniat jahat yang telah disiarkan di sebuah blog yang mendakwa beliau kononnya sakit tenat akibat sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu.

Mohd Saiful tiba di balai polis tersebut kira-kira pukul 11 pagi diiringi bapanya, Azlan Mohd Lazim serta peguam, Zamri Idrus,selesai membuat laporan tersebut 45 minit kemudian.


Beliau yang ditemui pemberita di luar balai polis tersebut berkata laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat penulis blog dan pengendali laman web berkenaan yang memfitnahnya dengan mengatakan bahawa beliau kini terpaksa menggunakan tiub bagi membolehkannya membuang air besar serta alat sulitnya bernanah.


"Saya juga dengan ini menafikan sekali lagi bahawa kononnya sedang sakit tenat kerana termakan sumpah laknat. Tahap kesihatan saya adalah amat baik," katanya.


Saiful Bukhari Azlan ditemani ayah dan peguamnya sedang menjawab soalan wartawan.

Mohd Saiful, 23, menyifatkan kenyataan tersebut adalah satu pembohongan besar yang bersifat jahat sama sekali.


“Saya memohon agar pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan dengan segera ke atas penulis dan pengendali laman web tersebut.


“Saya berharap blogger yang lain supaya lebih beretika dan bertanggungjawab di atas penulisan masing-masing,” katanya.


Beliau turut mengesahkan sedang meneliti segala maklumat yang diperolehi sebelum memfailkan saman ke atas pengendali dan penulis laman web yang dipercayai beroperasi di Pahang.


Katanya, beliau juga sedang mengkaji untuk menyaman bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang didakwa telah memutarbelitkan fakta mengenai sumpah laknatnya yang dibuatnya tahun lalu.


Jelas Mohd Saiful, saman ke atas Ramlang dibuat ekoran kenyataan bercanggah yang pernah dikeluarkannya sebelum ini yang mendakwa pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Mohd Khairil Anas mengatur sumpah tersebut.


Namun dalam satu wawancara bersama portal berita, Malaysiakini awal Februari lalu, Ramlang telah menyatakan bahawa Pengarah Jawi pula yang mengatur sumpah tersebut.


“Saya yakin bahawa Ramlang sedar bahawa beliau telah melakukan kesilapan. Saya percaya beliau telah dihasut oleh pihak-pihak tertentu supaya melakukan pembohongan besar dan fitnah jahat,” katanya.


Ramlang merupakan saksi pada majlis mengangkat sumpah Mohd Saiful yang dilakukan mengikut syariat Islam di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada 15 Ogos lepas bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Anwar.


Sementara itu, Mohd Saiful berkata beliau sedia menerima apa jua keputusan mahkamah yang akan diputuskan pada 5 Mac ini.


“Saya reda dengan apa jua keputusan kerana saya yakin bahawa Allah s.w.t. itu Maha Mengetahui, dan setiap yang berlaku ada pasti hikmah disebaliknya. Saya hanya mampu bersabar, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada-Nya.


“Sebagai mangsa, saya hanya mohon untuk diberikan keadilan dan peluang menunaikan tanggungjawab saya iaitu memberi keterangan ketika perbicaraan penuh kelak,” katanya selepas membuat laporan polis itu.


Ketika ditanya adakah beliau bersedia menjadi saksi pada hari perbicaraan kelak, Saiful berkata dia sentiasa bersedia untuk memberikan kenyataannya.

sumber - mstar

PETALING JAYA: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Azlan Bukhari Azlan hari ini tampil membuat laporan di Balai Polis Damansara di sini dipercayai berhubung dakwaan beliau difitnah.

Mohd Saiful tiba di balai polis tersebut kira-kira pukul 11 pagi diiringi bapanya serta peguam, Zamri Idrus.


Difahamkan, laporan itu dibuat berhubung dakwaan beliau difitnah dalam sebuah laman web.


Ketika ditanya berhubung tujuan laporan itu dibuat, Mohd Saiful hanya berkata: "Biar saya buat laporan dahulu."


sumber - mstar.online


1 ulasan:

TebuHitam berkata...

Demi menegakkan kebenaran lakukan yang terbaik.Semoga allah melindungi orang2 yang sabar.