MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Mac 2009

Pindah kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi diketahui hari ini

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

PETALING JAYA: Keputusan sama ada kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dipindahkan ke Mahkamah Tinggi ataupun kekal didengar di Mahkamah Sesyen akan diketahui pagi ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan perkara itu pada Khamis lalu dengan menjelaskan bahawa beliau memerlukan masa untuk mendengar hujah-hujah dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan pada selama dua hari bermula Rabu lalu.

Pada Rabu lalu juga, Mahkamah Tinggi menolak bantahan awal Anwar terhadap rayuan pasukan pendakwaan untuk memindahkan kes liwatnya ke Mahkamah Tinggi.

Mohamad Zabidin turut memutuskan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kekal mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat Ketua Pembangkang di Parlimen itu ekoran keputusan pihak pembela untuk menarik balik permohonan menggugurkan beliau.

Pada 7 November lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy menolak permohonan pihak pendakwaan agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas memutuskan sijil untuk memindahkan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah tidak sah.

Berikutan itu, pendakwaan memfailkan semakan terhadap keputusan itu pada 10 November atas beberapa alasan antaranya tindakan Abdul Gani menandatangi sijil itu hanyalah sebagai memainkan fungsi tadbir dan bukannya memainkan fungsi kehakiman atau kuasa kehakiman kerana pendakwa raya bukannya menghakimi apa-apa pertikaian di antara pihak-pihak.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000.

sumber: mStar Online

1 ulasan:

Unknown berkata...

Harap perbicaraan kes liwat Anwar ini dapat berjalan lancar. Jangan ada macam2 alasan pulak.

Lepas ni alasan apa pulak yang dicipta oleh Anwar...