MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Mac 2009

'Najib bakal PM terakhir' kata DAP




'KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Perdana Menteri terakhir kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya Timbalan Perdana Menteri itu tidak dapat memenuhi harapan rakyat selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Setiausaha DAP, Lim Guan Eng berkata, Najib yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri keenam negara hujung bulan ini perlu bersedia menjayakan dan melalui lima cabaran utama sekiranya mahu rakyat menerima kepimpinan beliau.

Menurutnya, cabaran pertama adalah untuk mengembalikan amalan prinsip demokrasi di negara ini selepas kejadian di negeri Perak yang didakwa Pakatan Rakyat (PR) sebagai satu rampasan kuasa daripada kerajaan BN.

Beliau berkata, kredibiliti Najib sebagai bakal Perdana Menteri tercalar dengan keadaan di Perak kerana mendakwa Pengerusi Badan Perhubungan BN Perak itu adalah perancang utama kepada adegan rampasan kuasa itu.

“Demokrasi sepatutnya prinsip undang-undang di mana majoriti mengatasi minoriti, ini (keadaan di Perak) merupakan fakta jelas beliau telah melanggar prinsip amalan demokrasi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Kedua, katanya, Najib perlu mengembalikan kekayaan hasil bumi negara ini kepada rakyat di mana hasil kekayaan Petronas yang mengaut keuntungan beratus bilion wajar disalurkan kepada rakyat Malaysia.

"Ketiga, Najib perlu bersedia untuk menghormati dan meningkatkan kualiti, kuantiti peguam dan pegawai undang-undang serta memantau proses undang-udang di negara ini.

“Beliau harus memastikan sesiapa sahaja terlibat dalam kes berprofil tinggi dikenakan tindakan. Contohnya isu pendedahan video Lingam, kenapa tidak ada tindakan sampai sekarang?” katanya.

Menurutnya, peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga katanya perlu diperhalusi lagi kerana mendakwa ketika ini suruhanjaya itu membuat penyiasatan terpilih untuk kepentingan pihak tertentu sahaja.

Menurutnya, Najib juga perlu perlu bersedia membersihkan isu rasuah dan kroni-kroni dalam BN dan UMNO.

“Beliau mempunyai pilihan sama ada mahu membersihkan rasuah dan kroni-kroni walaupun menanggung risiko melenyapkan BN dan UMNO atau tidak berbuat demikian untuk menyelamatkan BN dan UMNO tetapi memusnahkan negara ini,” katanya.

Guan Eng berkata, Najib selepas menjadi Perdana Menteri nanti perlu bersedia meletakkan perpaduan dalam negara di tahap tertinggi.

sumber - Sinar harian



1 ulasan:

ladybird berkata...

Patutnya Lim Guang Eng kena nasihat kan Anwar. Bukannya memutar belitkan fakta. Anwar adalah dalang dan perancangan utama projek 16 sept. Bila Perak jatuh ke tangan BN nak salah kan orang lain pulak...

Memang dasar double standard dan hipokrit.