MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Mac 2009

Kes liwat didengar Julai, Anwar kata "pertarungan sudah mula"



KUALA LUMPUR: Kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar oleh Mahkamah Tinggi Julai ini.

Mahkamah menetapkan 1 hingga 24 Julai sebaga tarikh perbicaraan pagi tadi.

Apabila kes itu disebut semula hari ini, Anwar mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Selepas tuduhan dibacakan, Anwar berkata: "Saya minta bicara, ini fitnah jahat."

Hakim Mohamad Zabidin menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan secara rasminya dipindahkan dari Mahkamah Sesyen hari ini walaupun mendapat bantahan daripada peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah.

Sulaiman berhujah bahawa sijil pemindahan kes itu sepatutnya dikemukakan kepada Hakim Mahkamah Sesyen S. M. Komathy Suppiah memandangkan perkara itu pada asalnya didengar oleh beliau.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa Komathy sedang bercuti dan manamana mahkamah rendah boleh mendengar perkara berkenaan.

Hakim Mahkamah Sesyen Rozana Ali Yusoff bersetuju dengan Mohamed Yusof dan memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

TARIKH TIDAK TERLALU AWAL

Sebelum menetapkan tarikh perbicaraan itu, pihak pembelaan diketuai Sulaiman Abdullah meminta tarikh perbicaraan ditetapkan tidak terlalu awal memandangkan pihaknya sedang menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Tinggi yang memindahkan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi minggu lalu.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas Mohamad Zabidin mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen 7 November lalu yang menolak permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut.

Dalam penghakimannya minggu lalu, Mohamad Zabidin berkata, Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan sijil pemindahan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai tidak sah.

Selain itu, Sulaiman berkata, pihaknya juga memerlukan masa untuk menerima dokumen lengkap daripada pihak pendakwaan memandangkan dokumen yang diserahkan sebelum ini termasuk termasuk rakaman percakapan, laporan DNA dan gambar tidak jelas.

Katanya, pihaknya telah menghantar dua pucuk surat kepada Peguam Negara supaya dokumen yang jelas dihantar kepada mereka namun tidak mendapat maklum balas.

Mohd. Yusof Zainal Abiden berkata, beliau tidak membaca surat yang dimaksudkan Sulaiman dan memberi jaminan akan menyerahkan dokumen tersebut.

BON BARU ANAWAR

Hakim Mohamad Zabidin turut memerintahkan Anwar supaya menandatangani bon jaminan peribadi yang baru tanpa bayaran sebagai jaminan yang beliau tidak akan gagal hadir sepanjang sesi perbicaraan berlangsung.

Anwar sebelum ini menandatangani bon jaminan peribadi dengan seorang penjamin sebanyak RM20,000.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui berkata, beliau berpuas hati dengan tarikh yang ditetapkan kerana ia akan memberi peluang kepada pihaknya membuat persediaan lebih rapi sebelum perbicaraan.

Katanya, ia juga akan memberi peluang kepada beliau untuk memberi tumpuan kepada tiga pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 7 April ini.

"Kita juga harap perjalanan mahkamah akan berjalan bebas dan adil. Kita juga menunggu dokumen daripada pendakwa raya yang masih belum diserahkan.

"Kita harapkan perbicaraan yang adil. Sikap badan kehakiman adalah yang paling penting buat kita dan saya lantang dalam perkara ini.

"Bagaimanapun saya boleh beri jaminan kepada kamu, pertarungan sudah bermula," katanya.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Terdahulu, sebutan semula kes Anwar didengar di Mahkamah Sesyen kira-kira pukul 10.20 pagi.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000.

Sulaiman memohon kepada mahkamah memerintahkan pihak pendakwaan untuk membekalkan semua dokumen berkaitan bagi persediaan pihak pembelaan.

Beliau menegaskan bahawa pihak pembelaan memerlukan laporan DNA bagi mendapatkan pandangan pakar luar negara.

BERITA TERDAHULU

Mahkamah Tinggi putus tarikh baru kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini mendengar sebutan semula kes liwat Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Rozana Ali Yusoff memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi pada pukul 10.20 pagi untuk menetapkan tarikh perbicaraan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohammad Zabidin Mohad Diah akan memutuskan tarikh perbicaraan tersebut sebentar lagi.

Anwar tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira 10.10 pagi tadi bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

BERITA TERDAHULU

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan kes tersebut dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen 7 November lalu yang menolak permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut.

Dalam penghakimannya, Mohamad Zabidin berkata, Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam membuat keputusan itu sebelum ini dengan memutuskan sijil pemindahan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai tidak sah.

Mohamad Zabidin berkata, Abdul Gani hanya menjalankan fungsi pentadbiran dengan menandatangani sijil tersebut dan bukan menjalankan fungsi penghakiman atau separa-penghakiman.

Anwar sebelum ini mempertikaikan kesahihan sijil pemindahan kes itu dengan alasan Abdul Gani tidak sepatutnya menandatanganinya kerana beliau sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berhubung dakwaannya yang Abdul Gani memalsukan keterangan dalam insiden "mata hitam" yang dialami Anwar 10 tahun lalu.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000.

sumber - Mstar


1 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

SALAM....
HUA..HUA..HUA....
GUA SUKA..SUKA SANGAT SI PELIWAT RAKYAT NI AKAN MENJALANI PERBICARAAN KES LIWAT NYA TU..

HE HE HE MUKA ANWAR AL-JUBURI PUN PUCAT JE...
MUKA CUAK...

APA BON JAMINAN???
EMMM BUKAN.....

BON...
BONTOT???

KWANG..KWANG...KWANG....