MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Mac 2009

Isu perbicaraan kes liwat Anwar - pandangan pensyarah undang-undang IIUM



Perlembagaan Persekutuan di bawah Fasal/Article 145(3) sememangnya jelas memberikan kuasa budibicara kepada Peguam Negara dalam hal Pendakwaan. Budibicara dan kuasanya disahkan oleh banyak kes-kes (dulu lagi sehingga sekarang) yang telah diputuskan oleh Mahkamah Federal iaitu mahkamah tertinggi di Persekutuan Malaysia. Maka kuasa budibicara Peguam Negara tidak lagi perlu dipersoalkan.


Peguam Negara juga bertindak sebagai pendakwaraya dan dalam banyak hal Timbalan Pendakwa Raya dan Penolong Pendakwa Raya mempunyai juga kuasa yang terdapat pada Pendakwa Raya.

Namun ada sesetengah kuasa hanya khas untuk kegunaan peribadi PendakwaRaya antaranya ialah memindahkan kes (seksyen 418A Kanun Prosedur jenayah)yang walaupun Mahkamah Rendah mempunyai bidang kuasa menentukannya, memandangkan minat orang ramai (high profile case) dan oleh kerana PendakwaRaya sendiri yang akan melakukan pendakwaan tersebut, adalah wajar kes didengar di Mahklamah Tinggi sesuai dengan martabat dan kedudkan Peguam Negara yang juga merupakan sebagai Pendakwa nombor satu negara.

Filosofnya mudah, kedudukan dan martabatnya melayakkannya contohnya tinggal di tempat hotel 5 bintang atau naik kapalterbang business - jika tidak, jatuh lah standard beliau sebagai Peguam Negara. Ini sekadar perumpamaan sahaja.

Mahkamah Sesyen memang mempunyai bidang kuasa mendengar kes yang tidak membawa hukuman mati di bawah Akta mahkamah Rendah 1948, maka kes liwat di bawah seksyen 377B sememangnya boleh didengar di Mahkamah Sesyen. Namun itu tidak bermakna Mahkamah Tinggi tidak boleh ambil kes itu kerana Mahkamah Tinggi lebih berkuasa dan lebih luas bidangkuasanya di bawah COurts of Judicature Act berbanding majistret dan Tuan hakim Mahkamah Seksyen.

Tuan hakim Mahkamah Seksyen dan Tuan majistret tidak dipanggil "Yang Arif" berbanding Hakim Mahkamah Tinggi.

Maka sekarang mudah kita nampak rasionalnya kenapa kuasa diberikan kepada Peguam Negara memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi sesuai dengan kedudukan dan martabat Peguam Negara itu sendiri.

Pendakwaraya mempunyai kuasa luas dalam hal pendakwaan dan budibicaranya tidak tertakluk kepada budibicara Perdana Menteri. Peguam Negara memegang jawatan di atas perkenan/ lesen Yang DiPertuan Agung bukan atas perkenan/lesen Perdana Menteri. Maka kenyataan PM bahawa Peguam Negara sendiri tidak akan terlibat dalam pendakwaaan Dato Seri Anwar sebenarnya tidak mengikat Peguam Negara kerana PM tiada kuasa terhadap Peguam Negara.

Bahawa Peguam Negara mempunyai suatu laporan polis terhadapnya bersama IGP Musa Hassan atas tuduhan mereka `mengada-adakan' keterangan terhadap kes liwat yang lalu adalah isu berbeza dan tiada kaitan langsung dengan kuasanya melakukan pendakwaan terhadap Dato Seri Anwar.

Oleh kerana Perlembagaan Persekutuan itu sendiri secara jelas memberikan Peguam Negara kuasa Pendakwaan, hujah "legitimate expectation' peguam En Sulaiman Abdullah tidak boleh dipakai kerana suatu doktrin estoppel tidak boleh mengatasi suatu peruntukan undang-undang yang jelas apatah lagi kuasa yang telah dianugerahkan di bawah Perlembagaan Persekutuan - Undang-Undang Tertinggi di Malaysia.

Sebab sebetulnya atau alasan saya mengatakan Tuan Hakim Komathy silap, mungkin berbeza dengan hakim Mahkamah Tinggi, namun sememangnya keputusan Tuan Hakim Mahkamah Sesyen Komathy silap/lemah kerana kuasa memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi memang di dalam kuasa peribadi Peguam Negara.

Apahal pula beliau tidak boleh tandatangan sijil perpindahan kes tersebut?

Apa yang perlu pihak lawan tekankan ialah samada hakim boleh bertindak tidak berbelah pihak bukan samada Peguam negara berpihak atau tidak. Sememangnya jika beliau yang mendakwa, maka tentunya Peguam Negara berpihak di sebelah pendakawa melawan pihak OKT (Orang Kena Tuduh).

Saya tidak faham kenapa pihak OKT beriya-iya mempertikaikan sijil pindah kes ke Mahkamah Tinggi yang sememangnya Peguam Negara mempunyai kuasa untuk menandatanganinya.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang IIUM

sumber - Lenggong Valley


Tiada ulasan: