MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Mac 2009

Elizabeth Wong mohon cuti tidak hadir sidang DUN

SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah memohon cuti daripada menghadiri persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12.

Teng berkata, Wong tidak melanggari apa-apa peraturan mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri kerana beliau telah memohon cuti daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini.

"... mengikut peruntukan di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri apabila beliau memohon cuti...

"Speaker meluluskan cuti sedemikian maka beliau tidak dianggap telahpun tidak hadir ke dewan melebihi enam bulan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ketidakhadiran Wong, yang juga Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, pada pembukaan Persidangan DUN oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini hari ini.

Kerajaan Selangor sebelum ini telah melanjutkan permohonan cuti Wong yang menawarkan untuk meletakkan jawatan sebagai Exco dan ADUN sehingga selesai siasatan polis berikutan penyebaran gambar bogel wakil rakyat itu melalui internet bulan lepas.

Wong, 37, menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 17 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, Wong yang juga Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat mengalahkan calon Barisan Nasional Datin Paduka Yong Dai Ying dengan majoriti 5,155 undi bagi kerusi DUN Bukit Lanjan.

Sumber - Mstar

Tiada ulasan: