MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Mac 2009

Di sebalik tabir isu Perak dari kaca mata AMK Perak..



satu hari yang meletihkan. apa pun pertemuan ini cukup berbaloi kerana habis semua 'rahsia' dan cerita bangkangan pkr terhadap pas negeri perak sudah terlondeh. gap terima panggilan dari seorang sahabat lama dari perak yang kebetulan berada di KL. rakan gap ini datang ke KL bersama seorang lagi sahabat, yang memperkenalkan dirinya orang kuat mustapa kamil ayob atau lebih dikenali dengan gelaran muskam. orang kuat pemuda pkr perak la katakan.

kami bertemu di mount kiara, tempat pertemuan anwar dengan chua soi lek. namun pertemuan ini di alih lokasi bagi mengelak syak dan berpindahlah kami ke the curve. tempat yang padat dengan karenah manusia pelbagai ragam. gap datang dengan memakai t-shirt black 14, bagi memberi 'hint' kepada mereka aku ini memang 'pro' pada anwar ...weeekkkk. apakan daya, kita menuruti bidalan budaya bangsa, masuk kandang kambing mengembek...

sidang dewan kami memang panas. habis semua kata cerca dihambur pada nizar dan pas. dialog pertama 'orang' kuat muskam taklain melainkan kiranya 'ada peluang' PR memerintah semula perak, maka yang layak menjadi menteri besarnya tidak lain mustapa kamil ayob. aku tanya apa hujah kamu yang mengatakan muskam lebih layak dpd nizar, senang cerita jawapannya mudah. si bangang nizar telah 'mohon derhaka' pada sultan azlan, takkan sultan azlan nak ambil balik manusia derhaka mentadbir negeri ni ! hhhhmmm..memang perangai aku suka menuang minyak kedalam api , aku bagi lagi soalan bakar !

'tapi bro at least mb perak ni melayu dan islam.bg lah peluang pada dia perintah' aku lepaskan soalan provok. ..pantas orang kuat pkr perak ini menangkis soalan aku. 'gang, manusia apa jenisnya nizar nih'..rokok gudang garam di sedut laju. 'mana boleh seorang mb melayu jalankan tugas secara jujur bila kelilingnya orang DAP bro'.. member ni menambah 'aku bagi kau satu contoh sial la si nizar ni buat '..aku menunggu penuh sabar penjelasan mamat ni, kali ini puntong roko gudang garam sudah ditenyeh kat astray. ' bro kau bayangkan si nizar ni jual tanah-tanah kat cina through undian angkat tangan bro !'

'woo' aku tersentak. 'biar betul lu brader ?'..soal aku mahukan kepastian. 'kau nak tau tak masa last mesyuarat exco si jamal adun behrang tu sudah HENTAK MEJA banyak kuat !'...'kau nak tau pasal apa, ni si nizar ni gadai tanah kat perak melalui undian tangan, contoh macamni. ada tanah kat tapah nak diberi pada kg baru cina,mesyuarat exco lulus melalui undi tangan. so macamana exco melayu nak lawan kalau semua undian tu dap cina setuju dan ada majoriti'..' sinizar bahalol ni pulak asyik dok kata OK OK OK je kat ngeh !' ....aku geleng kepala je dengar cerita budak pkr perak ni, member aku lagi sorang senyap dan pada pandangan aku dia sudah tau perkara ni lebih awal.

lagi satu perkara yang menyakitkan hati si jamal, apabila hampir selama 11 bulan mesyuarat exco nih bila melibatkan keputusan penting, mesyuarat akan dijalankan dalam bahasa cina. 'apa kejadahnya si jamal ni nak tau, nizar asyik dok angguk je la bila ngeh bercakap, macam sial la nizar'..dengus pimpinan pkr perak ni.

dari sini bermula cerita asal jamal dan osman 'melompat'. dek kerana kecewa yang teramat tinggi terhadap perangai hodoh nizar, mereka ke kuala lumpur. beberapa hari mereka ini cuba dihubungi oleh pakatan perak, namun tidak jua berhasil hinggalah si jamal 'on' kan semula telefon bimbit nya. 'hallo jamal, u dimana' sergah ngeh kurang ajar. jamal yang angin dengan sikap biadap si ngeh ni pun buat cerita 'oi bahalol aku kat pahang' ! TUUTTTT..hp butang merah ditekan kuat, marahnya jamal bukan main. ' kurang ajar punya exco' bisik hatinya...

sambung member pkr tu lagi. 'bro bila si jamal mainkan ngeh kata dia kat pahang,ngeh dah gelabah, dia ingat jamal dan osman dah LOMPAT' kata mamat ni. lalu orang kuat pakatan perak ismail yusof menghubungi ustaz zulkifli ibrahim bertanyakan tentang 'surat akuan meletak jawatan' yang telah siap sedia dikarang sehari selepas perak tumbang. ' ya sheikh, saya ada di luar,hang pi rumah bgtau isteri ana minta dia keluarkan surat tu.surat tu ada kat bawah tilam' kata ustaz zul kepada mail.

asalnya jamal dan osman sekadar mahu menggertak keseluruhan exco perak supaya lebih profesional dalam menangani isu islam,melayu,tanah,balak,pembahagian kerusi ahli majlis. dek kerana gelabah dan kebodohan pas/dap perak menangani isu mereka, ruang menunjukkan 'KUASA PEMUTUS' sudah terbuka luas.

selama 11 bulan mereka bersikap autotarian, kini masa menemukan buku dengan ruas ! bertemulah jamal/osman dengan hamidah,hamzah zainudin dan dr zamri yang merupakan pemimpin terakhir mereka mereka ketemu untuk 'mengikat tali'. ezam dan sd johari sahabat lama jamal tersenyum gembira melihatkan sirih sudah mahu pulang ke gagangnya. umpama kabar gembira pahlawan kembali ke gelanggangnya, nasarudin dan timbalan speker pun turut serta.

apa yang berlaku kita sudah ketahui. nizar mengidap penyakit meroyan britney spears, kemaruk kuasa dan kereta. 'aku masih mb, aku masih mb' ronta jiwa hatinya. ngeh dan ngah kini diburu kebimbangan. saudagar-saudagar balak mahu balik wang ehem ehem mereka ! parti pas memandang anwar bin ibrahim adalah perosak segala-galanya. di hati kecil mereka sudah semakin memahami bidalan ' kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepian pantai'...

nizar kabarnya sudah tidak dapat diterima oleh pimpinan pkr perak. pas semakin berpecah kerana nizar dan anwar. fraksi dalam pas semakin jelas menimbulkan wajah hodoh di permukaan. wahabi,syiah,erdogan,anti ulamak,kumpulan ulamak,pro muzakarah,abim pas,jim pas sudah mula bermesyuarat sakan untuk menguasai tahta dalam pemilihan bulan jun nanti. nik aziz hmmmm...semakin nyanyok dan menyesatkan,kalau dulu dia lebih takutkan karpal daripada tuhan berkenaan isu hudud, kini ayat ALLAH menjadi percaturan gila ulamak sesat. pkr perak akan merobek rampas kerusi parlimen P059 walau apa yang terjadi. ..........

habis sidang perbualan kami, dari tadi member pkr perak dok memerhatikan baju t 'black 14' yang aku pakai. 'bro macamana selangor' tanya dia padaku. ok je selamba aku jawap. 'aku cuba dapatkan beberapa dokumen yang nizar bawak lari masa perak tumbang hari tu, kalau ada aku bgtau kau ya'... hahaha hati aku gelak sakan melihatkan pakatan yang semakin tidak keruan.


sumber - GAP

Tiada ulasan: