MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Mac 2009

Cuti Elizabeth Wong dilanjutkan hingga 15 April- Khalid

SHAH ALAM: Tempoh cuti Elizabeth Wong yang sebelum ini ditetapkan sehingga 15 Mac dilanjutkan hingga 15 April, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Belau berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) hari ini mengambil keputusan untuk melanjutkan cuti Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri itu, sementara menunggu siasatan polis berhubung kesnya selesai.

Wong, 37, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan sebelum ini menawarkan untuk meletak kedua-dua jawatan itu berikutan penyebaran gambar separuh bogelnya dalam Internet, namun Abdul Khalid menasihatii beliau agar menagguhkan hasratnya dan pergi bercuti.

"Kerajaan negeri berpendapat keputusan ini (memanjangkan tempoh bercuti Wong) adalah wajar memandangkan siasatan polis mengenai isu itu (penyebaran gambar bogel) masih belum selesai," kata Abdul Khalid kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan pelanjutan tempoh cuti Wong kali ini mungkin yang terakhir sebelum keputusan muktamad mengenai kedudukan keduadua jawatan Wong akan diumumkan selepas tamat tempoh cutinya itu. Tempoh cuti Wong sebelum ini tamat pada 15 Mac lepas. Beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Abdul Khalid yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Selangor pada 17 Feb. Beliau yang pulang selepas dikatakan bercuti sebulan di luar negara, mengulangi hasratnya untuk mengosongkan jawatannya Wakil Rakyat dan anggota Exco kerajaan negeri.

Sementara itu Abdul Khalid berkata seramai lima anggota Exco kerajaan negeri termasuk Khalid akan memangku tugas-tugas rasmi Wong buat sementara waktu yang meliputi tugas Adun, portfolio pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar.

sumber - mstar


3 ulasan:

QasehNuryz berkata...

mamanjangkan tempoh cuti tindakan wajar?
al bodopiaq betul khalid ni.
dah tu gaji eli ttp jalan.keje tak buat!

Truth prevails berkata...

I think YB Eliz must be efficient and great in and out of her works/duties that the MB has to considered many times before willing to let her go:)

Unknown berkata...

asyik cuti jer?? Tak cara lain ker Khalid...gaji jalan. Sayang betul kat Eli.