MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Mac 2009

Anwar raja politik kotor, buy-over, character assasination..

Oleh Gelagat Anwar

Seorang usahawan, telah sanggup menghabiskan hampir RM36,000 untuk menyiarkan ‘rayuan umum’ untuk kalangan ahli politik untuk benar-benar memikirkan soal ‘ekonomi dan kesejahteraan rakyat‘ - daripada terus bergelumang dengan politik longkang. Politik kotor; tidak punya akal budi; tidak punya halal haram - dan hanya mementingkan ‘politics of perception’.

Anwar adalah Raja dalam perkara ini. Dia adalah magnet dan 'mover' utama kepada kemunculan budaya politik longkang di Malaysia.

Pada Anwar, dengan ‘charm’ dan ‘duit ringgit’ - perubahan mampu dilakukan kepada politik Malaysia. Euphoric - gembira total dengan keputusan PRU12 - Anwar menjadi pemula kepada ‘politik longkang’. Dia memulakan agenda buy-over.

Kemunculan ayat ‘gutter politics’ di dalam sidang akhbar Elizabeth Wong - membayangkan bahawa ini akan menjadi media spinning baru di kalangan pimpinan PR.


Kelongkangan politik tidak boleh dirujuk kepada tabiat ‘buy over’ sahaja. Politik longkang juga mesti meliputi ‘amalan politik songsang’ yang berlaku di sini sana.

Cubaan untuk membuat ‘character assasination’ dalaman Pakatan Rakyat sendiri dan sebagainya. Oleh yang demikian, politik longkang juga wujud di dalam pakatan yang kononnya telus dan transparent ini.

Minta maaf cakap - daripada sudut lain, politik PR lebih busuk daripada longkang sebelah pasar borong selayang.

Dalam pertemuan dengan masyarakat di Bintulu, Anwar Ibrahim sudahpun membayangkan Kerajaan Sarawak sebagai sebuah kerajaan yang korup dan gemar menyusahkan rakyat.

Anwar buat ‘disclaimer’ - dengan mengatakan bukannya dia mahu menyerang Dato’ Patinggi - tetapi ayat selepasnya membongkar pelbagai skim yang membuatkan rakyat Sarawak terkebelakang - walaupun mempunyai kekayaan ekonomi yang sangat besar.

Politik longkang di Malaysia ini hanya menjadi kronik apabila Anwar menjadi ‘pemain utama’ dalam ruang politik itu sendiri. Sebagai seorang yang sangat bijak mengutarakan isu - bagi mencari ruang pemerkasaan politik peribadi, Anwar masih belum puas hati.

Politik Malaysia - belum cukup ‘longkang’ buat Anwar. Mesti terus dijahanamkan dengan pelbagai lagi tuduhan yang merosakkan fabrik sosial masyarakat kita.

Cukup menyedihkan - bahawa rayuan Anas Zubedy (usahawan prihatin dengan gelagat politik longkang) tidak akan 'hold water' kepada Anwar. Alang-alang rosak, politik Malaysia ini mesti terus dirosakkan.

Anwar tidak akan tunduk kepada tekanan sebegini - kerana jika ingin bermain dengan ‘politik akal budi’, Anwar pasti tewas teruk. Anwar tidak ada kekuatan dan kredibiliti seperti dahulu. Graf ‘moral’ Anwar sudah menjunam ke tahap - negatif.

Anwar mesti terus membina ruang untuk menjadi ‘offensive’ dan membuatkan rakyat berasa - 'uneasy'. Suasana ini adalah 'advantage' kepada Anwar.

Rakyat akan hanya melihat keperluan segera untuk menukar kerajaan, sekiranya suasana ‘un-easy’ ini timbul. Jika suasana aman, Anwar akan menjadi kaput dan tidak penting.

Sebab itulah, blog ini percaya - politik longkang memberikan ‘advantage’ kepada Anwar; bukan liabiliti.

Politik longkang lebih membuatkan Anwar appeal kepada rakyat - sebagai ’saviour’ kepada suasana ketidaktentuan ini.


sumber - gelagat anwar


1 ulasan:

Unknown berkata...

Tak lama lagi anwar masuk 'longkang' ha..ha..ha