MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Mac 2009

Alim Ulama Tidak Di Belakang Anwar



Oleh Yahaya Ismail

Sejak Anwar dipecat nampaknya tidak banyak alim ulama yang tampil ke depan dan membelanya secara terang-terangan. Apakah gerangan yang menyebabkan alim ulama membisu sejuta bahasa kecuali beberapa orang Adun, bekas wakil rakyat UMNO dan pegawai tinggi Pusat Islam yang cuba menangani isu pemecatan Anwar dan akhlak yang mulia yang tidak diperjuangkannya.

Tuan Guru Nik Aziz lebih terbuka sikapnya dan tidak ketara hendak membela Anwar. Dia tidak seperti Ustaz Fadzil Nor yang terang-terangan menyebelahi Anwar tanpa mengambil kira maruah dan imej kepimpinan PAS. Malah alim ulama yang bebas pun tidak banyak bersuara untuk memberi buah fikiran. Barangkali mereka juga sesak nafas dan tidak mendapat fakta-fakta yang jelas tentang perilaku seks sumbang yang dikaitkan dengan pemecatan Anwar tersebut.

Atau boleh jadi juga mereka lebih senang untuk tidak menilai akhlak orang lain memandangkan mereka juga bukan manusia yang maksum. Atau boleh jadsi juga mereka takut hendak meluahkan buah fikiran mereka yang boleh disalah tafsir oleh berbagai pihak hingga menimbulkan kontroversi yang menyulitkan kehidupan mereka.

Walaupun Persatuan Ulama Malaysia turut menyokong Anwar namun rakyat tidak diberi penjelasan dari badan tersebut mengapakah ia bersikap demikian. Apakah kerana Anwar pernah menjadi imam dan banyak menyebut berbagai ayat Al-Quran dan hadith Nabi maka dia sudah boleh digolongkan sebagai pemimpin yang berjiwa Islam dan mesti dipertahankan oleh Persatuan Ulama Malaysia?

Apakah kelebihan Anwar dari segi Islam yang memungkinkan persatuan ini memperjuangkannya? Rakyat ingin tahu pendiriannya yang sebenar dan jelaskan kepada umum dalil-dalil yang munasabah mengapa Persatuan Ulama Malaysia menyokong Anwar.

Malaysia masih lagi sebuah negara yang menghargai demokrasi walaupun tidak sebebas negara-negara Barat tentunya. Siapa saja boleh memberi buah fikiran dan pendapat untuk menyebelahi Anwar atau pun kerajaan. Kalau Persatuan Ulama Malaysia, sebuah badan yang berdaftar, yang tentunya dianggotai oleh mereka yang bergelar ulama maka mereka harus berani mengemukakan pendapat dan hujah dari segi agama mengapa mereka menganggap Anwar seorang pemimpin Islam yang patut disanjung tinggi walau pun seluruh rakyat tahu alasan dia dipecat dari kabinet dan UMNO. Sebagai ulama mereka sepatutnya mempunyai tanggungjawab moral untuk menerangkan sikap mereka mengenai isu Anwar tanpa takut dan gentar menghadapi kenyataan.

Setakat ini, Datuk Prof. Dr. Harun Din dengan penuh tanggungjawab menjelaskan kepada umum bahawa dia bukan mastermind reformasi. Ini bermakna beliau ingin menolak sangkaan buruk setengah pihak yang mengatakan dia penyokong Anwar yang kuat. Juak-juak Anwar, termasuk Anwar sendiri, ingin memperalatkan ketokohan dan kewibawaan Harun Din untuk mempengaruhi orang ramai bahawa ulama terkemuka ini pun menjadi penyokong Anwar yang setia! Rupa-rupanya itu hanya dakyah Anwar. Menurut Dr. Harun Din dalam satu interbiu dalam Mingguan Malaysia dia tidak selalu berjumpa dengan Anwar walaupun sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Kata ulama itu lagi Anwar pernah menelefonnya, selepas dipecat, mengatakan ia hendak berjumpa dengan beliau. Dia menjemput Anwar ke rumahnya. Rupa-rupanya Anwar bukan datang berseorangan. Sebaliknya dia telah membawa beribu-ribu juak-juaknya ke Bangi hingga menimbulkan kebimbangan bagi pihak ulama tersebut. Dia tidak menyangka Anwar akan menggunakan pertemuan antara mereka untuk meniupkan semangat reformasi dengan memperalatkan Harun Din. Memang tak ada permit polis. Memang bukan dirancang oleh Harun Din. Akhirnya mereka beramai-ramai melakukan sembanhyang hayat di Darul Syifa’ yang dipimpin Dr Harun Din.

Kini jelaslah kepada orang ramai bahawa Anwar sanggup memperalatkan ulama yang terkenal untuk memperjuangkan nasib dan kepentingan dirinya.
Kini Dr Harun Din menyebelahi PAS dan menjadi pejuang Islam melalui PAS. Dia akan bertanding dalam pilihan raya datang untuk menentang BN. Kalau dia benar-benar pro Anwar dan kagum dengan perjuangan Islam stail Anwar sudah pasti dia menjadi ahli Adil yang dipimpin oleh Dr Wan Azizah, isteri Anwar. Cuma yang sanggup menjadi ahli jawatankuasa Parti Keadilan Nasional ialah bekas Mufti Pulau Pinang yang sudah pencen, dan barangkali dia yakin dengan reformasi Anwar.

Kata Harun Din lagi beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak. Yang penting ialah mencari kebenaran dan keadilan. Biarlah mahkamah yang menentukan nasib Anwar. Kalau terlepas dari mahkamah dunia di mahkamah akhirat masih ada lagi penghakimannya. Sekiranya Anwar tidak bersalah, tidak melakukan perbuatan yang dikutuk Allah maka hadapilah segala cabaran dan ujian di atas muka bumi ini. Allah Maha Kuasa, Maha Adil dan Maha Besar. Terimalah segala dugaan dan cabaran ini dengan hati yang tabah dan tawakal kepada Allah.

Rakyat amat mengharapkan ulama-ulama yang terkemuka tampil ke depan untuk menyatakan buah fikiran mereka mengenai isu Anwar yang menyangkut hak dan kepentingan agama. Apakah mereka, para alim ulama, bersetuju dengan reformasi yang kini sudah menjadi semakin liar itu? Apakah mereka harus berdiam diri dan melihat ada pihak yang hendak menggulingkan kerajaan secara kekerasan? Sekiranya mereka cinta damai dan berjiwa patriotik mengapakah mereka tidak berani ke depan menyuarakan fikiran mereka yang bebas?

Tentulah tidak wajar dan dianggap oportunis sekiranya masyarakat ulama mendiamkan diri tanpa menyatakan sikap mereka yang sebenar. Kalau ada para ulama menganggap sumbangan mereka di bidang agama sebagai pemimpin masyarakat itu penting tentulah mereka sudah menampakkan sikap mereka yang sebenar. Tentulah mereka memperlihatkan kewibawaan mereka sebagai orang agama yang bertanggungjawab. Malangnya tidak ramai yang sanggup datang ke depan.

Mengapa demikian? Apakah kebanyakan ulama menyokong Anwar? Apakah mereka menjadi penyokong Anwar dalam diam-diam oleh kerana takut dicap anti kerajaan dan anti Mahathir?

Atau mereka takut hilang jawatan, hilang nikmat hidup dan hilang pencen. Kalau mereka menyokong Anwar apakah mereka sanggup menerima seorang pemimpin yang dikatakan seorang homoseksual menjadi pemimpin negara? Mahathir mengatakan Anwar homoseksual itu. Apakah alim ulama tidak percaya dengan sikap Mahathir tersebut? Siapakah yang lebih berwibawa dan mengetahui lebih banyak dan mendalam tentang peribadi Anwar – Mahathir atau ulama?

Saya ingin bertanya kepada pejuang-pejuang reformasi yang kononnya menganggap Anwar sebagai pejuang dan pemimpin Islam yang tersohor. Kita harap mereka menggunakan akal fikiran yang diberi Allah untuk berfikir secara rasional dan bukan emosional melulu. Kalau Anwar dianggap seorang pejuang dan pemimpin Islam mengapakah dia memilih Nalla yang diketahui umum sebagai bapa ayam merangkap pengarah sebuah syarikat perjudian sebagai teman tenisnya? Apakah ini wajar? Apakah tidak timbul syak wasangka dan keaiban dari hubungan kemesraannya dengan seorang tauke judi? Apakah Islam, menurut pandangan orang-orang reformasi, menghalalkan persahabatan antara pejuang Islam dan bapa ayam merangkap tauke judi?

Kalaulah tidak menimbulkan syak wasangka dan diredhai oleh Islam maka tentulah Tuan Guru Nik Aziz boleh bermain guli dengan Lim Goh Tong, tauke judi Genting! Tapi Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Ismail Kamus, Dr Harun Din, Ustaz Hadi Awang dan termasuk juga Mat Sabu tidak mahu bersekongkong dengan bapa atau pun ibu ayam apalagi dengan tauke judi. Tentulah mereka sendiri tidak mahu menerima derma atau pun apa saja hubungan dengan tauke judi kerana mereka tahu Islam mengharamkan perjudian. Tentulah mereka akan terkejut bin aib kalau pejuang dan pemimpin Islam sanggup menerima derma dari tauke judi!

Anwar memang mengharapkan ulama-ulama yang separuh celek tentang politik menyokongnya. Dia mahu menunjukkan kepada orang ramai bahawa dia masih mempunyai kreadibiliti sebagai pemimpin dan pejuang Islam sekiranya banyak ulama membuntutinya. Sekiranya mereka menyokong Anwar bermakna mereka juga menyokong mimpi reformasi Anwar yang bertujuan untuk menutup rahsia peribadinya mengenai seks sejenis itu.

Sekiranya para ulama sangsi tentang alasan yang diberikan Mahathir mengapakah mereka tidak meminta Anwar mengadakan majlis bersumpah dengan Al-Quran di masjid yang dihadiri oleh alim ulama dan rakyat amnya untuk meyakinkan orang ramai bahawa Anwar bersih segala nodaan homoseksualiti itu. Kita berharap sebagai seorang pemimpin Islam Anwar tentulah bersedia untuk bersumpah dengan nama Allah di dalam masjid yang disaksikan ribuan rakyat jelata untuk membersihkan “tohmahan” dari pihak-pihak tertentu.

AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal", Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.


4 ulasan:

MyIdea berkata...

Ustaz Mat Sabu camna?

Sokong atau lagi panjang cerita..

nazrulshoppe berkata...

pelik melihat gimik pemuda umno .. tidak perlu rasa nya kita melihat keburukan orang lain. Kita perlu giatkan usaha untuk menambat hati pengundi utk pru 13. Ambil pengajaran. Sesungguhnya hanya mahathir saje yg tau kenapa die pecat anwar.. Ramai jugak orang melayu yang sokong america kenapa tak di ketengahkan ?? Sibuk mencari kesalahan orang laen dan Umno tak boleh ditegur oleh pengikut.Ini bukan cara idup islam.

Tanpa Nama berkata...

PAS ADALAH PARTI PEMFITNAH

PAS ADALAH TENTERA DAJJAL LAKNATULAH YANG DI TURUNKAN UNTUK MEMUSNAHKAN UMAT ISLAM

PAS ADALAH PARTI MENYESATKAN UMAT ISLAM

PAS SEDANG BERJUANG MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA REPUBLIK KEMUDIAN DITADBIR SEPERTI IRAN - FAHAMAN SYIAH

PAS JUGA ADALAH TENTERA ORIENTALIS YANG MENYESAT UMAT ISLAM MALAYSIA

PENDOKONG PARTI PAS SEBENARNYA HANYA BAYANGAN KEPADA GERAKAN ZIONISME DI MALAYSIA

JAUHI PAS ANDA SELAMAT

Unknown berkata...

"receiver" kena kat depan beb. Anwar hanya memberi.