MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Mac 2009

Aktivis gereja, PKR lancar kempen tandatangan isu 'Allah'



Joe Fernandez | Mar 5, 09 12:38pm
Para aktivis gereja Sabah yang diketuai Dr Jeffrey Kitingan akan melancarkan kempen mengutip tandatangan supaya kerajaan pusat menarik larangan terhadap penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian dalam sembahyang, doa, nyanyian dan bahan bercetak.

Para aktivis gereka Sabah yang diketuai Dr Jeffrey Kitingan akan melancarkan kempen mengutip tandatangan supaya kerajaan pusat menarik larangan terhadap penggunaan perkataan Allah oleh penganut Kristian dalam sembahyang, nyanyian dan dalam bahan cetak.

"Kempen ini akan diadakan selama sehingga 29 Mac dan semua orang, tidak kira agama mereka, boleh menurunkan tandatangan bagi menyokong kempen tersebut," kata Jeffrey dalam sidang akhbar di kediamannya di Kota Kinabalu.

Kempen tandatangan tersebut juga, katanya, boleh diakses secara online melalui www.PetitionOnline.com/sabahan/petition.html.

"Kita akan menyerahkan satu memorandum bersama dengan tandatangan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya," katanya.

Beliau juga mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menjelaskan amarannya baru-baru ini bahawa mereka (penganut Kristian) yang menggunakan perkataan Allah dalam bahan cetak boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan bukannya di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Jeffrey - adik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan - juga merupakan naib presiden PKR dan pengerusi Borneo Heritage Foundation.

Penganjur bersama Ronnie Klassen, seorang ahli perniagaan, menyuarakan keyakinannya bahawa versi online kempen tandatangan itu akan menarik sokongan dari Vatican dan masyarakat antarabangsa.

sumber - Malaysiakini

6 ulasan:

skynet berkata...

apa nak kata...
dah kepercayaan bahawa 'Allah' adalah tuhan orang kristian, yahudi dan islam (meskipun berbeza dari segi tauhid).
kan yang menyampaikan adalah rasul2 utusan Allah... meskipun akhirnya agama2 sbl islam dah tak serasi dengan zaman dan ada diantara pendeta2 yg menjual agama demi dunia dan menyelewengkan fakta tentang risalah rasul2 sbl nabi muhammad saw.
Tapi rasanya jika nak halang kebebasan beragama... ini bukan cara islam.
Sejak zaman rasulullah... tiada paksaan dalam agama... iaitu kewajipan seorang muslim adalah menyampaikan dengan kebenaran dan sabar. Hidayah sampai atau tak... itu urusan Allah swt.
Dalam hal ini... kewajipan berdakwah telahpun dilaksakan. tak perlu paksa penganut agama lain utk tdk percaya apa yg mereka percaya.

rasanya tak salah apa yg saya cerita...
rujukan : surah al-asr dan al-kafirun

peace...

Tanpa Nama berkata...

salam sdr skynet,

islam menempati dunia sebelah sini lebih dahulu daripada agama kristian. pendekatan islam ialah menggunakan bahasa tempatan untuk menyebarkan kesyumulannya.

kemudian, mubaligh kristian datang untuk menyebarkan kristian. mereka mahu menggunakan bahasa yang sama untuk tujuan itu. lalu sementelah segala kata yang merujuk kepada ruh islam seperti Allah, kiblat, quran sudah ada dan membekas dalam fikiran penduduk tempatan, maka mubaligh tadi menggunakan kata yang sama dalam terjemahan kitab mereka, semata-mata untuk menggeserkan pemahaman dari islam kepada kristian.

itu cerita dahulu di sebuah negara di dunia sebelah sini. sekarang, "Allah" sememangnya milik kita di malaysia sejak sekian lama. dan ini sememangnya diketahui dan sudah sedia diterima dan difahami oleh mereka.

jadi, atas tujuan apa mereka untuk menuntut menggunakan kata itu dalam agama mereka? bukankah ini satu taktik kotor yang sama seperti mubaligh kristian di atas untuk menyamakan Allah kita dengan tuhan mereka (yang tiga itu)?

kata kuncinya di sini ialah pluralisme. mereka mahu pengiktirafan tuhan mereka sama seperti Allah dalam pemikiran masyarakat, agar dianggap setara. penggunaan Allah dalam banyak agama juga pasti akan meleraikan ruh islam yang ada dalam kata itu sendiri, dan akhirnya menjadi cair sebagai jatidiri umat melayu-islam.

sedangkan Allah kita tidak beranak dan diperanakkan. dan tidak ada satu pun yang bersamaan dengan-Nya. sila rujuk suratul ikhlas.

malang sekali sdr tidak nampak muslihat di sebalik semua ini.

wassalam.

skynet berkata...

saudari nur ilhami

Dari segi bahasa arab ILAH bermaksud Tuhan. AL-LAH merujuk merujuk kepada Tuhan yang durujuk atau difahami... atau GOD dan THE GOD.

La - tiada
ilah - Tuhan
illa - melainkan
Al-lah - TUHAN (THE GOD)

Maksudnya... yg berbeza adalah dari segi tauhid... org islam memahami TUHAN melalui sifat 20. Sedangkan agama selain islam memahami TUHAN menurut kefahaman mereka... dengan suatu kefahaman yang dianggap syirik oleh orang Islam.

Dengan perkataan lain akidah berbeza. Meskipun orang islam sendiri... yg mengaku ALLAH adalah tuhan tetapi kefahamannya tentang sifat ketuhanan lari dari landasan yg sebenar... itu dianggap syirik.

ChelsyB berkata...

Kutiplah berapa banyak pun tandatangan ~ diharap Kerajaan Msia tidak tunduk dengan tipu muslihat agenda disebalik penggunaan "ALLAH" dlm ugama Christian.

Kerajaan harus tegas dan jangan takut untuk berkata NO agar mereka tidak memijak kepala dan mempersendakan kesucian Agama Islam dan ALLAH yang MAHA ESA.

p/s Hanya mereka yg buta hati aje yang tak nampak "udang disebalik batu" ttg penggunaan "ALLAH" dlm agama Christian ini.

Tanpa Nama berkata...

sdr skynet,
jawapan saya, kali ini saja.

1. saya faham maksud sdr yang bercakap tentang bentuk kata itu sendiri. saya juga faham perbezaan makna yang berlandaskan tauhid.

2. suatu kata yang dipinjam daripada bahasa asalnya akan mengalami penyempitan, peluasan atau perubahan makna. dalam konteks ini, al-lah yang umum telah menjadi Allah, sebagai kata khas yang merujuk kepada Tuhan orang Islam, apabila kata itu masuk ke dalam bahasa melayu.

3. kata Allah yang mengalami perubahan makna ini sememangnya sudah diterima oleh semua orang, termasuk yang bukan islam, di malaysia.

4. jadi, mengapa pula mereka mahu menggunakan Allah untuk Tuhan mereka pula, jika selama ini mereka memang tahu Allah itu milik orang islam?

5. mengapa mereka tidak mahu menggunakan tuan yesus, jesus christ dsb yang memang bukan sahaja merujuk pada agama kristian, tetapi juga diketahui oleh semua orang sebagai kepunyaan orang kristian?

6. dan benarkah agama kristian itu dibawa ke malaysia dalam bahasa arab dengan Al-lah di dalamnya yang kemudian berubah bentuk dan makna menjadi Allah dalam agama mereka?

7. pada saya, agenda tersembunyinya ialah mengambil Allah menjadi nama tuhan mereka untuk menyamatarafkan tuhan mereka dengan Tuhan kita, melalui bentuk katanya (baca:visual) untuk akhirnya memaknakan bahawa terdapat Allah di mana-mana agama di dunia.

8. Manipulasi ini tidak akan berhenti di sini, kerana bahasa atau kosa kata merupakan antara elemen paling asas dalam diri manusia. dengan bahasa, manusia boleh dipesongkan pemikiran dan jati dirinya.

9. saya beri contoh mudah: kata 'miting' dalam bahasa inggeris yang sudah dipasakkan berleluasa memberi visual bentuk 'meeting' secara tidak langsung dalam pemikiran. itu kata yang abstrak. bagaimana jika tuhan mereka yang hendak diberikan nama Allah ini berupa patung seperti yang ada di gereja, dan ditunjukkan dalam banyak filem dan visual kristian?

9. yang demikian, kita wajar berhati-hati dengan manipulasi bahasa dalam pendekatan penyebaran agama sebegini.

10. pesan saya: hati-hati sdr, mana tahu jika nanti, bila mereka menyebut 'Allah', maka yang tergambar lebih di mata dan fikiran anak-anak sdr ialah visual tuhan mereka yang sememang jelas nampak.

wassalam.

skynet berkata...

saya just sampaikan apa yg patut. saya tiada minat utk berhujah demi mempertahankan sesuatu. saya tidah minat utk menubah pendirian org yg memiliki kepercayaan dan persepsi yg mendalak terhadap sesuatu.

sila rujuk kat sini, iaitu merujuk kepada ulama nik aziz dan dr asri sendiri. keptepikan dahulu soal politik dan kepercayaan.

rujukan :

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19777&Itemid=1