MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Feb 2009

PKR dijangka putuskan nasib Eli minggu depan ?



Abdul Rahim Sabri | Feb 18, 09 7:11pm

Keputusan berhubung tawaran peletakan jawatan exco Selangor Elizabeth Wong mungkin diketahui minggu depan selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor.

Sementara menunggu keputusan itu dibuat, Elizabeth akan bercuti dan tugasnya sebagai exco memegang portfolio perlancongan, alam sekitar dan hal ehwal pengguna, akan dipangku bersama oleh semua exco lain.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco petang ini, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor telah berkenan menerima beliau menghadap Rabu depan bagi memberi taklimat dan seterusnya mendapatkan panduan baginda dalam membuat keputusan.

Beliau menjelaskan perjumpaan itu tidak dapat diadakan dalam masa terdekat kerana Sultan sedang berada di luar negara.

Khalid berkata, sebarang keputusan penting hanya ditentukan selepas beliau menghadap Sultan.

Katanya, itu tidak bermakna beliau menyerahkan keputusan menerima atau menolak tawaran peletakan jawatan Elizabeth kepada Sultan.

Sebaliknya, kata Khalid, beliau menghadap Sultan untuk mendapat nasihat dan panduan berhubung isu tersebut.

"Kita cuma meminta panduan baginda Sultan. Ini adalah kerana sayalah yang mengemukakan nama ahli exco, oleh itu, kini sepatutnya kita juga menghadap Sultan memberitahu baginda bahawa salah seorang ahli exco telah menawarkan diri untuk meletak jawatan.

Mesyuarat exco

"Walaupun selepas menghadap, baginda mungkin juga akan menyerahkan kepada mesyuarat exco negeri untuk membuat keputusan.

"Tetapi mengikut kebiasaannya, mesyuarat exco masih perlu memberitahu baginda mengenai tawaran peletakan jawatan tersebut," katanya.

Katanya, selepas menghadap Sultan, majlis exco negeri akan membincangkan perkara tersebut sebelum sebarang keputusan penting mengenainya dibuat.

Abdul Khalid juga mendakwa, terdapat sesetengah pihak tidak bertanggunggjawab cuba membuat andaian kotor mengenai isu gambar bogel Elizabeth dengan tujuan menjatuhkan reputasinya.

"Terdapat juga media dan laman web tertentu yang cuba mengambil kesempatan dari isu ini demi kepentingan politik murahan.

"Walaupun kerajaan negeri menghormati kebebasan bersuara semua pihak, ianya harus berlandaskan fakta dan mestilah beretika.

"Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan polis, diharapkan tidak akan ada percubaan sesetengah pihak mengeluarkan kenyataan tidak adil terhadap beliau (Elizabeth) berikutan tawarannya meletak jawatan," kata Abdul Khalid.

Kerajaan negeri turut memohon semua pihak menghormati hak peribadi Elizabeth dengan tidak mengedarkan gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan.

sumber - Malaysiakini


Tiada ulasan: