MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Feb 2009

Negara-negara Muslim kekurangan demokrasi - Anwar Ibrahim



Oleh LOIS E. BECKETT
Staf Penulis Crimson

Seorang bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang menjadi tahanan politik memberitahu Forum John F. Kennedy Jr. yang penuh sesak semalam bahawa Islam dan demokrasi adalah ideologi yang bersesuaian.

Anwar Ibrahim yang berkarisma telah mengkritik “kekurangan demokrasi di kebanyakan negara Muslim, juga mempersoalkan kebijaksanaan (negara Islam ) menyebarkan demokrasi “di muncung senjata M-16 ”.

Dia menyatakan demokrasi yang sederhana diamalkan di Indonesia yang mempunyai populasi Muslim terbesar di dunia, dia memberikan amaran Islam tidak hanya merujuk kepada rejim autokratik (kuasa penuh pemerintahan) seperti Arab Saudi.

Anwar Ibrahim, yang sekarang merupakan profesor pelawat di Georgetown University, dipecat daripada Kerajaan Malaysia selepas krisis ekonomi Asia pada 1997. Menurut dokumen Amnesty International, pihak berkuasa memukulnya dan memenjarakannya atas tuduhan liwat dan rasuah yang direka-reka.

Tuduhan tersebut meluas sebagai impak pertarungan politik dengan Perdana Menteri pada ketika itu, Mahathir Mohamad. Anwar berjaya dalam rayuannya terhadap tuduhan liwat dan telah dibebaskan pada 2004 selepas 6 tahun dipenjarakan.

Pada malam semalam, Anwar berkata dia percaya bahawa matlamat undang-undang syariah Islam mempunyai fokus yang terhadap berbeza dengan fokus “Jeffersonian” tentang kebebasan bersuara dan harta benda.

Tetapi tentang kebebasan bersuara, Anwar kecewa dengan kebanyakan negara yang mempunyai majoriti Muslim. Dia berkata cabaran mewujudkan kebebasan bersuara dan kedaulatan undang-undang tidak terbatas kepada negara-negara Muslim, tetapi masalah itu menjadi wabak di dalam dunia Muslim.

“Isu urus tadbir masih belum lagi diselesaikan,” katanya.

Di negara-negara Asia, Ibrahim berkata, ini berlaku mungkin disebabkan oleh ketegangan “di antara nilai-nilai Asia dan demokrasi dan kebebasan.” Dia menyatakan bahawa kekerasan secara tradisional iaitu “pemimpin mengetahui apa yang terbaik” mungkin menyumbang kepada tersebarnya undang-undang autokratik di negara-negara ini.

Dalam perkara lain, Anwar memberitahu bahawa perlembagaan Iraq pada bulan lepas gagal mewujudkan sempadan yang sepatutnya negara dan agama. Dia berkata bahawa ramai Muslim menterjemahkan “sekular” sebagai “anti-agama”, yang membawa mereka menentang Barat kerana Barat menganjurkan kerajaan sekular.

Anwar menekankan bahawa keganasan “mesti dikutuk secara universal”, dengan menyatakan bahawa tafsiran pengganas Islam menunjukkan “satu kegagalan untuk memahami agama, satu pemahaman yang lapuk, satu pandangan yang terbatas.”

Ramai pelajar Malaysia menghadiri ceramah tersebut mengajukan soalan kepada Anwar selepas itu – satu perbezaan yang nyata dengan pengalamannya yang lepas.

Di Malaysia, media masih lagi tidak menyiarkan ucapan Ibrahim, dia tidak dibenarkan untuk berada di kampus universiti, dan dia tidak dibenarkan untuk memegang jawatan politik sehingga 2008, kata Aasil Ahmad, ketua staf Anwar.

Anwar berkata pelajar-pelajar Malaysia telah diberikan amaran oleh pegawai-pegawai kerajaan, “tidak dibenarkan bercakap dengan Anwar.”

Aida Rahim, seorang pelajar siswazah Malaysia di Massachusetts Institute of Technology (MIT), memberitahu Crimson selepas ceramah bahawa dia menerima e-mail amaran pada akhir 1990-an, sewaktu dia merupakan seorang pelajar di England.

AIDC menterjemah artikel The Harvard Crimson, bertajuk "Ibrahim Talks Islam, Politics". Artikel asal klik di sini

4 ulasan:

azienmat berkata...

Saya berharap, pembaca duduk sekejap dan tengok perlahan-lahan wajah Anwar ini baik-baik. Perhati dalam-dalam dan perhati lagi dan perhati kembali. Renungilah ia lama-lama. Modah-modahan kita ditunjukkan gambaran sebenar apa perjuangan suci yang di bawanya selama ini.
Re..For..Ma..Si..
-azienmat-

Unknown berkata...

salam azienmat..sudah direnung dalam-dalam, makin direnung, makin keruh wajahnya..tiada lagi 'nur' pancaran iman sperti zaman abim dulu-dulu..

tiada terpahat di dahinya tanda kehitaman sebagaimana alim ulama ynag memperjuangkan agama..spt dr yusof al qardawi, dr zakir naik, osama laden atau seangkatan dengannya yang juga berkait dengan Amerika Syarikat..

makin direnung, makin keruh wajahnya, berserabut, seolah2 wajah menyembunyikan sesuatu atau manusia hipokrit..

Rasanya tak sanggup direnung lagi wajahnya kerana nampak pelbagai wajah..yahudi..amerika..kristian..cinaisme, hinduisme..etc

tak sanggup lagi renung dalam wajahnya kerana terpancar wajah bertopeng2 yang penuh calar balar..

Unknown berkata...

Bila baca artikel terjemahan di atas terdapat perbezaan antara ucapan Anwar di Malaysia dengan ucapan Anwar yang sebenar di Amerika..

Kalau Anwar berceramah didepan masyarakat Islam di Malaysia, Anwar akan kata..saya pergi berceramah di Forum John F. Kennedy Jr Amerika..saya hentam Amerika..terduduk Bush..malu2 dengan hentaman saya..saya hentam keganasan Amerika serang dan bunuh umat Islam di sana..terduduk keparat yahudi yang pegang jawatan penting di Amerika..Itulah saya, jaguh antarabangsa..bukan jaguh kampung..menjerit melolong di kampung sendiri..tetapi kecut perut bila di US..

Tetapi bila diterjemah versi asal ucapan Anwar di Forum John F. Kennedy Jr dalam bahasa Inggeris, versinya ternyata berlainan.

Di US, Anwar bukan bela umat dan negara Islam, sebaliknya hentam semua negara2 Islam semuanya tidak demokrasi. Kecuali Anwar puji Indonesia dan Turki yg dicengkam US.

Di Iraq pula Anwar bukan bela kekejaman Amerika bunuh umat Islam tetapi Anwar kecam umat Islam yang salah tafsir maksud demokrasi yang dibawa US. Anwar kata umat Islam salah faham erti demokrasi dan sekular yg dianggap anti-agama. Anwar kata sebenarnya demokrasi dan sekular yang dibawa oleh US ke Iraq adalah Islam yang sebenar2nya..itulah Demokrasi Islam..Demokrasi (Amerika)..Islam (Iraq)..maknanya Iraq kena iktiraf US..

Anwar kecam hukum Islam, termaksud Syariah Islam yg tak cukup demokrasi kerana kurang kebebasan bersuara..Anwar kata Jeffersonian lebih baik dari Syariah Islam kerana lebih bebas hak asasi..

Jadi itulah Anwar berbeza kulit mengikut tempat dan suasana..berbeza apa yang diucap dgn yg dibuat..

Itu hanya contoh kecil ucapan Anwar di Amerika yang sebenar dgn yang diterangkan kepada masyarakat Malaysia..

sepitengah berkata...

kekadang kita berfikir adakah satu menifestasi bahawa idea demokrasi itu merupakan hanya perkara ilmiah atau di bawa ke hati.
masalah nya adalah demokrasi merupakan satu idea yang luas dan perkara perkara di dalamnya hany boleh diterima secara kolektif bukan imperatif.
samada anwar merujuk demokrasi dan islam liberal itu kepada perkara di iraq, indonesia atau turki, persoalannya hanyalah dari segi pembawakan demokrasi itu dari segi masyarakat itu sendiri