MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Feb 2009

Mustafa Ali setuju Anwar Ibrahim agen Amerika ?



Analisis Kumbang selepas beberapa artikel dan video ini..


Kalau Anwar Agen Amerika, Ikhwan Mesir Juga Agen Amerika dan Hamas adalah Ciptaan Mossad

Tuduhan Anwar Ibrahim sebagai agen Amerika ini sudah terlampau lama kita dengar. Malangnya, hampir tiada bukti yang kita dapat lihat.

Yang membimbangkan saya, tuduhan Anwar sebagai agen Amerika dapat dilihat riaknya dalam kenyataan Presiden PAS yang terbaru sewaktu selepas merasmikan Konvensyen PAS Penang semalam.

Beliau telah berkata:

“PAS juga, tambah Dato' Seri Abdul Hadi, menolak sebarang bentuk campur tangan kuasa luar dalam penyelesiaan pertuduhan kes liwat terhadap Anwar"

"Kalau Amerika nak campur tangan, biar mereka selesaikan di Gautonama dulu"
katanya.“


Soalnya sekarang, apa perlu Tuan Guru Presiden menyebut berkenaan sokongan Amerika dalam kenyataan yang sama menyokong Anwar Ibrahim dalam isu fitnah liwat terbaru beliau?

Apa kaitan Amerika dengan tuduhan liwat Anwar Ibrahim sedangkan ramai lagi Negara dan tokoh2 negara lain yang menyatakan kebimbangan mereka berkaitan dengan tuduhan liwat Anwar yang terbaru?

Mengapa Tuan Guru Presiden tidak memaki Kerajaan Turki yang secara jelas terlibat melindungi Anwar secara fizikal dalam hal ini? (Walaupun saya tahu Ust Nasa cukup menyampah dengan parti AK pimpinan Racep Tayyib Erdogan)

Ini adalah kerana antara fitnah yang digunakan untuk meracun pemikiran Tuan Guru ialah kononnya Anwar adalah agen Amerika. Fitnah itu tentulah datang dari salah satu ahli “fraksi UMNO” dalam PAS. Dan fitnah Anwar Agen Amerika ini adalah “specialization” oleh Cikgu Musafa Ali.

Kalau Ustaz Nasa “pengkhususannya” adalah kononnya ada laporan doctor Anwar meliwat SAiful, Cikgu PA pula membawa “maklumat” kononnya Anwar agen Amerika.

Kesemua maklumat Cikgu Pa itu adalah datangnya dari UMNO dan Kerajaan BN. Nampaknya racun Cikgu PA ini masih kuat dan menebal dalam pemikiran Tuan Guru Presiden.

Sebolehnya dapat membantu Tuan Guru Presiden untuk membuat penilaian yang lebih wajar dalam isu ini, Amin.

Tujuan penulisan ini adalah untuk menghapuskan keraguan dan fitnah yang berkaitan dengan Anwar yang telah diberikan kepada Tuan Guru Presiden oleh Cikgu Pa. Itu sahaja.

-http://www.malaysiawaves.com


ANWAR AGEN YAHUDI?


Angkara Fraksi UMNO ini tidak mustahil PAS akan berpecah selepas 16 September.


Saya telah membaca repot berkenaan ucapan Mustafa Ali yang terbaru di blog Mohd Sayuti Omar. Nampaknya Cikgu Mustafa Ali telah menunjukkan sikap beliau yang sebenar. Sudah menjadi maklumat umum bahawa Cikgu Mustafa Ali adalah “mastermind” di dalam usaha membawa PAS ke dalam Barisan Nasional.Sekarang beliau mula menunjuk sikap sebenar beliau yang sebenar.

Sudah sekian lama beliau menjadi agen Pak Lah dan beliau kerap menghantar “final draft” Harakah ke Pejabat PM untuk mendapat arahan seterusnya dari Pak Lah. Dengan kata lain, Mustafa Ali sudah sekian lama menjadi agen UMNO dalam PAS.

Menyebar Fitnah Dalam Munaqasyah.


Maklumat yang terbaru yang saya dapat sekarang ini, Mustafa Ali serta fraksi UMNO seluruhnya giat mengisi program2 “Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden” seluruh Malaysia. Mereka menggunakan platform ini untuk menyebarkan fitnah terhadap Anwar Ibrahim kepada keseluruhan perwakilan PAS dan pimpinan2 PAS.


Fitnah yang digunakan adalah:


Anwar adalah agen Amerika dan agen Yahudi
Hak dan Ketuanan Melayu akan hilang di bawah kerajaan PR yang baru
Islam terancam sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan.


TG Nik Aziz atau Mustafa Ali?


Nampaknya ia sudah sampai ke persimpangan ini. Keseluruhan ahli PAS yang berjumlah 1 juta orang terpaksa memilih satu antara dua: memilih jalan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat atau memilih jalan Mustafa Ali. Tidak ada jalan tengah, tidak ada ruang bebas, tidak ada berkecuali.


Perbezaan Jalan Mustafa Ali Berbanding Dengan Jalan Tok Guru Nik Aziz


Tok Guru mahu supaya PAS mengikut dan mengukuhkan Pakatan Rakyat. Ini bermakna PAS harus bersama-sama menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Pusat. Ia juga bermakna keseluruhan ahli parlimen PAS harus bersama Anwar Ibrahim menubuhkan kerajaan tersebut.


Sebab musabab yang diberikan adalah:


a. Ianya adalah keputusan Muktamar PAS Pusat di Ipoh baru-baru ini

b. PAS telah komited dalam Pakatan Rakyat sejak mula

c. UMNO pernah menikam PAS dari belakang, dan masuk BN semula akan mendedahkan PAS kepada pengkhianatan semula

d. PAS komited dengan agenda “Negara Kebajikan”. Tidak mungkin PAS akan mampu untuk melaksanakan agenda tersebut di dalam BN

e. Kedudukan ISlam dan Melayu terjamin di dalam Perlembagaan Malaysia. Ia bererti risiko tersebut hampir tiada

f. PAS akan mendapat kebebasan yang lebih besar di bawah kerajaan PR untuk menyebarkan Islam.


Mustafa Ali mahu PAS keluar Pakatan Rakyat dan masuk BN sekaligus menguatkan kedudukan Pak Lah dalam kerajaan.


Alasan yang diberikan adalah:


a. Anwar agen Yahudi dan Agen Amerika

b. DAP anti Islam dan cuba untuk menghapuskan azan sebagai contoh di Selangor.

c. Kerajaan baru PR ini tidak menjamin kedudukan Islam dan Melayu.

d. Kerajaan PR tidak mahu melaksanakan Islam. Kerajaan BN akan melaksanakan Islam (???)

e. PAS akan dikhianati oleh Anwar. PAS tidak akan dikhianati BN.

f. Ada bukti Anwar Ibrahim melakukan liwat(antara alasan awal2 dahulu yang dipakai dan agak efektif juga)

-http://www.rencanarakyat.com


Analisis Kumbang..

Walaupun cerita lama, agak menarik untuk kita perbincangkan di sini. Yang mana adakah pemimpin besar PAS, Mustafa Ali setuju bahawa Anwar Ibrahim adalah agen Amerika ?

Mustafa Ali bukan orang biasa dalam PAS. Di saat Anwar Ibrahim meninggalkan ABIM dan menyertai UMNO. Mustafa Ali yang ketika itu menjawat jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS, bersuara, bahawa PAS akan melakukan sendiri usaha pengkaderan dan pentarbiyahan(pembinaan dan pembentukkan) PAS.

Yang mana pada ketika itu, orang PAS dan ABIM cukup sedih dengan masuknya Anwar dalam UMNO dan menghentam kepimpinan PAS kemudiannya. Mustafa Ali yang pernah ada di belakang kepimpinan Datuk Asri tidak dapat menerima hal ini disebabkan pengalaman menyertai Barisan Nasional adalah sejarah hitam bagi PAS dan Anwar kemudiannya tergamak memasuki UMNO.

Pada pertengahan 2008, Mustafa Ali kembali bersuara. Menyatakan pendirian bahawa projek 16 september Anwar adalah mustahil. Bukan habis di situ sahaja. Mustafa Ali seperti dinyatakan pada artikel-artikel di atas menyetujui Anwar adalah agen pada Amerika dan beberapa perkara lain. Tujuan Mustafa Ali cuma satu, menyelamatkan PAS dari Anwar Ibrahim.

Tapi sayang, 'tangan beliau terikat di langit, kaki terpasuk di bumi'.

Usaha beliau diperlekehkan oleh orang di dalam PAS sendiri dan kini Anwar dibiarkan mengawal PAS. Antara yang terbaru Anwar menasihati Nizar untuk kekal sebagai MB Perak dan mohon durhaka pada Sultan.

PAS menurut perintah, tanpa banyak soal.

Bukan Mustafa Ali sahaja

Jika benar kenyataan Ezam pada video di atas. Hussam juga telah mengenali siapa itu Anwar?

Tetapi kerana politik seperti kata Ezam. Hussam turutkan dan menunggang dan menggunakan Anwar.

Karpal Singh pemimpin parti DAP juga menyatakan pendirian bahawa Anwar tidak layak mengetuai Pembangkang.

Mat Sabu juga Kumbang kira tidak menyukai Anwar, gelaran sinonim A-Juburi untuk Anwar dipatenkan beliau kira-kira 10 tahun dahulu.

2 pemimpin ini, Karpal dan Mat Sabu sebelum Anwar melaungkan reformasi juga mengkritik dan mengganyang Anwar di atas tuduhan liwat. Tetapi kini apa terjadi ?
Seperti Hussam, mereka mungkin berkata begini. "Kerana politik, ana turutkan syeikh".

Kumbang juga merasakan penyokong PAS ada yang menyetujui pendirian Mustafa Ali. Tapi apakan daya. Taat pada pemimpin itu lebih penting. Ada yang berani menyatakan pendirian kerana sayangkan PAS. Tapi seperti biasa mereka akan digelarkan sebagai pencacai dan fraksi UMNO.

Apa pilihan yang mereka ada ?

Hanya melihat Anwar menggunakan PAS dan pemimpin mereka dalam perjuangannya menjadi Perdana Menteri Malaysia.


Di akhir posting ini Kumbang hulurkan pertanyaan kepada penyokong PAS.

Siapalah Anwar berbanding Mustafa Ali ?

Pemimpin ini telah lama di dalam PAS dan perjuangannya tetap sama demi Islam. Tidak pernah melompat ke parti lain.

Layakkah beliau digelar pencacai dan fraksi UMNO kerana beliau menyetujui Anwar agen Amerika ?

Enta semua fikirlah sendiri...


Pendapat anda bagaimana tentang isu ini ?

sumber - analisisringan

Tiada ulasan: