MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Feb 2009

Foto bogel Elizabeth: MB menghadap Sultan Selangor Rabu depan



Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada Rabu depan bagi taklimat isu Elizabeth Wong yang mahu meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Kerajaan Negeri.


Khalid berkata, Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani telah memaklumkan bahawa baginda kini berada di luar negara dan bersedia berjumpa dengan Khalid pada minggu depan.


"Saya akan menghadap Tuanku Sultan bagi taklimat tentang isu Exco, YB Elizabeth Wong bagi mendapat nasihat dan panduan daripada Tuanku.


"Kerajaan negeri berharap, pertemuan ini akan membuahkan satu hasil yang terbaik untuk negeri Selangor," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini,semalam.


Semalam, Wong daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan peletakan jawatannya sebagai ADUN dan Exco berikutan tersebarnya gambar dan video separuh bogel beliau.


Wong tidak hadir dalam mesyuarat Exco hari ini.


Khalid berkata, sementara keputusan dibuat, Wong akan bercuti seperti yang dicadangkan beliau semalam dan tugasnya akan dipertanggungjawab kepada semua ahli Exco negeri.


Katanya, cuti tersebut tidak melebihi tempoh sebulan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.


Beliau berkata, sebarang keputusan berhubung isu ini hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan Sultan.


"Selepas kita mengadakan perbincangan dengan Tuanku, kita akan berbincang semula dalam Exco dan membuat keputusan mengenai kedudukan YB Elizabeth," katanya yang enggan mengulas mengenai perkara-perkara yang akan dimaklumkan beliau dalam majlis menghadap Sultan itu nanti.


Khalid berkata, keputusan Wong untuk meletak jawatan adalah disebabkan beliau bimbang insiden ini akan memberi kesan negatif kepada parti.


"Memandangkan kita akan menghadapi dua pilihan raya kecil pada bulan depan, beliau tidak mahu ada pihak yang menggunakan situasi ini untuk menjatuhkan imej dan reputasi parti.


"Bagaimanapun, PKR tetap di belakang beliau dan menyokong beliau," katanya.


Khalid berkata, pihaknya mendapati, terdapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba membuat andaian kotor berhubung isu gambar Wong dalam usaha menjatuhkan reputasi beliau.


"Selain itu, terdapat juga pihak media dan laman web tertentu yang cuba mengambil kesempatan atas isu ini demi kepentingan politik murahan.


"Walaupun kerajaan negeri menghormati kebebasan bersuara oleh semua pihak, ia haruslah berlandaskan fakta dan beretika," katanya.


Khalid berkata, memandangkan perkara ini masih dalam siasatan polis, pihaknya berharap tidak ada pihak yang cuba mengeluarkan kenyataan tidak adil terhadap Wong berhubung tawaran beliau untuk meletak jawatan.


"Selain itu, kerajaan negeri memohon kepada semua pihak supaya penyebaran gambar Wong dapat dihentikan segera kerana ia merupakan satu kesalahan dan mengaibkan bagi tujuan menghormati hak peribadi beliau," katanya.


Ditanya mengenai kelakuan Wong itu yang membabitkan isu moral memandangkan Selangor dilihat sebagai negeri yang mempunyai ramai penduduk Islam, Khalid berkata, sama ada negeri itu negeri Islam atau tidak, asasnya adalah hak dan tanggungwab serta bagaimana situasi ini digambarkan.


"Bagi kerajaan negeri, kita melihat bagaimana untuk menyelesaikan perkara ini dan membuat keputusan yang adil dan bebas," katanya.


Khalid juga enggan menjawab sebarang bentuk soalan yang berbentuk spekulasi kerana pihaknya mahu membuat keputusan bersama dan menganggap Wong sebagai mangsa dalam insiden ini.


"Jangan jadikan moral dan etika sebagai isu kerana itu mempersoalkan standard. Jangan menghakimi beliau sebelum perkara ini dibuktikan," katanya.


Sementara itu, Exco negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali daripada PAS berkata, parti tersebut berasa sedih dan simpati dengan insiden yang menimpa Wong.


"Kita alu-alukan pasukan polis supaya dapat lakukan siasatan segera berhubung hal ini.


"Pakatan Rakyat di Selangor mementingkan imej dan moral, justeru kalau boleh, kita harap dapat membersihkan nama beliau," katanya.


Sementara itu, Exco daripada DAP, Teresa Kok berkata, pihaknya juga berasa simpati dan percaya ramai yang menyokong Wong melalui maklum balas yang diterima menerusi emel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan petisyen.

sumber - mstar.online


1 ulasan:

ladybird berkata...

"Walaupun kerajaan negeri menghormati kebebasan bersuara oleh semua pihak, ia haruslah berlandaskan fakta dan beretika," katanya.

Bijak mereka berkata-kata. Bila sudah terkena batang hidung sendiri baru nak bercakap soal fakta dan etika dalam kebebasan bersuara.

Pernah kah mereka beretika dan bermoral, serta berlandaskan fakta ketika menyebar cerita negetif Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain? Pernahkah mereka mengambilkira situasi dan air muka keluarga mereka yang difitnah ini?

Mengata Dulang Paku Serpih, mengata orang dia yang sudah terlebih...

Memang dasar double standard!