MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Feb 2009

Azmin Ali : Elizabeth belum hantar surat letak jawatan

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menegaskan, kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan masih belum kosong kerana wakil rakyatnya, Elizabeth Wong masih belum meletakkan jawatan.

"Isu akan adanya pilihan raya tidak berbangkit kerana Wong belum menghantar surat letak jawatan, sebaliknya hanya menawarkan diri untuk berbuat demikian.

"Suruhanjaya Pilihan Raya hanya boleh mengadakaan pilihan raya kecil apabila wujudnya kekosongan kerusi sedangkan Speaker belum mengeluarkan sebarang surat mengenai perkara itu," katanya selepas menghadiri Retreat ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan di Selangor di sini hari ini.


Kelmarin, Wong dalam satu kenyataan selepas berlepas ke luar negara menegaskan beliau akan tetap meletakkan kesemua jawatan yang disandangnya.


Menurut Azmin, parti itu tetap menghormati keputusan ADUN terbabit, namun mereka perlu mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah terlebih dahulu.


"Sebagai sebuah kerajaan negeri Menteri Besar bertanggungjawab untuk mendapatkan nasihat daripada Tuanku.


"Selepas itu barulah parti akan duduk berbincang untuk tindakan selanjutnya.


"Saya tidak mahu buat sebarang spekulasi sehinggalah Menteri Besar membuat keputusan," katanya.


Dalam pada itu, ketika ditanya adakah PKR masih berpendapat isu penyebaran foto separuh bogel Wong bukan bermotifkan politik, Azmin menyangkal kenyataan tersebut.


"Kita masih lagi tegas dan percaya ini merupakan tindakan jahat dan terancang Umno dan Barisan Nasional untuk gugat kerajaan Pakatan di Selangor," katanya.


Ditanya adakah benar Azmin mengenali teman lelaki Wong yang dikenali sebagai Hilmi Malek secara peribadi beliau berkata:


"Perkara ini spekulasi sahaja. Saya sebagai pemimpin parti saya berkawan dengan semua orang, saya berkawan dengan ahli dan pemimpin Umno. Adakah ini isunya?


"Oleh kerana kes ini sedang disiasat oleh pihak polis jadi kami menyerahkannya kepada mereka siasat dengan telus dan adil."


sumber - Mstar.online


3 ulasan:

Unknown berkata...

Tak habis-habis nak salahkan orang

Bila la agaknya depa ni nak mengakui salah sendiri

Dah malu sakan la tu, pekung di dada dah dibuka. Yang buka pun bukan orang lain, dari kalangan depa juga

Truth prevails berkata...

Aikkkk, mengangkang pun BN yang suruh ka? Punya deretan boyfriends bertukar2 sex bebas BN yg suruh jugak ka??

Patutlah pengikut2 taksub PKR berpernagai macam orang tak bertemadun at times, sbb rupa2nya mereka mmg mencontohi perangai ketua2 mereka..no wonder!!

Dulu berdegar2 mengatakan it's time for a change,how about look into ownself...everyone thinks of changing the world but no one thinks of changing himself!!

th3_300 berkata...

1. Slogan PKR : Harapan Baru Untuk Malaysia

2. Kalau ikut keadaan skrg ni, slogan tu dah tak laku. Dah out to date dan dah tak relevan. Aku minta PKR buat slogan baru.

3. Sbg rakyat, aku cadangkan PKR guna slogan Harapan Berbogel utk Malaysia. Slogan baru ni akan menaikkan semangat ahli2 PKR utk menyimpan koleksi peribadi serta aksi masing2 utk tatapan rakyat Malaysia yg marhain.

4. Ada cadangan lain? Cadangan ditutup!!!!!

5. Maka dengan ini, aku mengisytiharkan PKR akan menggunakan slogan baru berkuatkuasa serta merta.

Written by..
300