MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Feb 2009

Akhirnya Nizar sedar dirinya bukan lagi MB

Oleh: Hanafiah Man

Setelah lapan hari berlalu dan tetap beranggapan dirinya Menteri Besar serta telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan deklarasi bahawa dirinya masih Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Nizar Jamaluddin,Sabtu malam akhirnya tampil sebagai ADUN biasa pada majlis rasmi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.



Beliau bersama dengan beberapa bekas ‘exconya’ termasuk Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar hadir pada majlis santapan sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak.

Turut hadir Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah , Sultan negeri-negeri, kecuali Johor, Perlis dan Negeri Sembilan.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga hadir.

Walaupun telah melafazkan sembah derhaka tidak menuruti titah Sultan Perak agar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak ekoran beliau kehilangan sokongan majoriti daripada kalangan ADUN, namun kehadiran Nizar pada majlis santapan tersebut memberikan gambaran bahawa beliau hadir satu majlis rasmi di mana Ketua Negeri Perak iaitu Sultan Azlan Shah duduk bersama dengan Menteri Besar yang dilantik oleh baginda iaitu Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Sekalipun tidak mengiktiraf Dr. Zambry sebagai Menteri Besar tetapi kehadiran beliau pada majlis rasmi negeri yang penuh protokol dan istiadat itu, Nizar yang ditempatkan di baris ketiga dari pentas utama bersama-sama dengan tetamu yang terdiri daripada ADUN dan Ahli Parlimen lainnya harus menerima hakikat, yang mendampingi Sultan Perak mewakili kerajaan negeri di pentas utama adalah Dr. Zambry Abdul Kadir.

Turut bersama Dr. Zambry di pentas utama ialah rakan sejawatannya iaitu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menjadi tetamu majlis sambutan berkenaan.

Berdasarkan keadaan tersebut, walaupun sebelum ini menyatakan beliau bukan menyerah kalah ketika ‘mengangkat bendera putih’ dengan setuju untuk keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar Perak, majlis Sabtu malam memperkuatkan lagi hakikat yang harus diterima oleh Nizar bahawa beliau kini bergelar ‘bekas Menteri Besar’ setelah Sultan Perak mengikut Fasal XVI (16) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak melantik Menteri Besar yang baru.

Apa yang menariknya majlis di Istana Iskandariah itu juga adalah ‘pertemuan’ pertama beliau dengan Sultan Perak sejak membuat sembah derhaka tidak mahu menuruti titah baginda 6 Februari lalu dan juga pertama kali berdepan dengan Menteri Besar yang baru dalam satu majlis yang sama.

Sebelum itu pada petang Jumaat 6 Februari Nizar dan semua ADUN pembangkang memboikot majlis angkat sumpah Dr Zambry sebagai Menteri Besar di istana berkenaan.

Majlis berkenaan telah dicemari dengan peristiwa tunjuk perasaan oleh penyokong pembangkang dekat pintu Istana Iskandariah.

Sementara itu, Exco Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Perak, Zainol Fadzi Paharuddin ketika dihubungi Agendadaily memberitahu, sebelum majlis bermula Nizar sempat bertanyakan khabar kepada beliau dan juga bertanya “dah masuk pejabat ke”.

Selain itu, Nizar turut mengucapkan tahniah kepada ADUN Pengkalan Bharu, Datuk Hamdi Abdu Bakar di atas perlantikannya sebagai Ketua Penerangan Negeri Perak yang diumumkan oleh Zambry, Rabu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, tiga ADUN bekas kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering, Osman Jailu dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong tidak menghadiri majlis santapan tersebut. – 14/2/2009

---------------------------------

Akhirnya Nizar 'angkat bendera putih'...

Setelah seminggu cuba 'berkubu dan beroperasi sebagai Menteri Besar' dari kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh sejak dititahkan melepaskan jawatan oleh Sultan Perak, Khamis lalu, akhirnya Datuk Seri Nizar Jamaluddin hari Khamis membuat keputusan untuk keluar daripada kediaman rasmi berkenaan.

Katanya, beliau akan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar dalam tempoh 10 hari mulai hari ini.

Katanya beliau telah diminta secara baik oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim untuk mengosongkan kediaman rasmi menteri besar itu melalui satu panggilan telefon hari ini.

Selain itu, beliau juga memaklumkan, semua 11 kereta rasmi yang digunakannya dan barisan exconya akan diserahkan kepada pentadbiran baru secara berperingkat mulai Sabtu.

"Secara rasmi saya akan keluar dengan cara terhormat dari residensi ini. Selepas ini saya akan tinggal di sini (Ipoh) di kawasan berhampiran tempat anak saya bersekolah. Kita akur kerana ia adalah peraturan," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi itu.

Nizar juga berkata kesemua 11 kenderaan rasmi jenis Toyota Camry yang digunakan barisan Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat sebelum ini akan diserahkan dengan menempatkan kenderaan itu di dalam kawasan kediaman rasmi menteri besar.

Bagaimanapun, beliau berkata tindakan untuk menyerahkan kenderaan dan kediaman rasmi itu tidak akan menjejaskan apa-apa ketetapan dan keputusan yang dibuat oleh barisan pembangkang sebelum ini termasuk menfailkan kes terhadap menteri besar yang baru Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan barisan Exconya.

Sebelum ini Nizar berkeras tidak mahu meninggalkan kediaman rasmi tersebut dan bertegas masih lagi menjadi Menteri Besar yang sah.

Malah, Selasa lalu belaiu masih mencuba untuk masuk ke pejabat Menteri Besar dan apabila dihalang beliau membuat kenyataan akan beroperasi seperti biasa dari kediaman rasmi. - 12/2/2009


sumber -Agendadaily

Tiada ulasan: