MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Jan 2009

Sikap Obama terhadap Palestin



Sikap Obama terhadap Palestin


OLEH FAISAL TEHRANI
(Suara Baru Januari 2009)

KETIKA masyarakat pendokong zionis seluruh dunia meraikan kemenangan Barack Obama, kumpulan yang paling terkesan dan menelan kesedihan secara diam ialah pendokong Kristian Evangelis di Amerika Syarikat.

Hakikat bahawa bakal presiden Barack Obama menerima 78 peratus dokongan Yahudi, berbanding 74 peratus undi Yahudi yang diterima John Kerry dalam tahun 2004 dapat memberi isyarat tertentu untuk pemerhati Muslim. Undi minoriti Yahudi di Florida dikatakan sangat menentukan kemenangan Obama pada 4 November lalu. Lazimnya bangsa Yahudi di Florida menyumbang 8 peratus kepada undi electoral Florida, di mana negeri ini merupakan negeri “must-win state” untuk calon-calon yang bertanding.

Memang ramalan awal menunjukkan Senator John McCain telah pun meraih 40 persen undi Yahudi Florida. Tetapi semuanya berubah pada 29 Ogos 2008, apabila Sarah Palin (gabenor Alaska), dipilih sebagai calon Naib Presiden Parti Republikan muncul.

Inilah hipotesis awal Profesor Jonathan Sarna, dari Brandeis University, seorang yang pakar mengenai sejarah Yahudi di Amerika Syarikat. Menurut beliau, niat McCain untuk mengaut kembali kepercayaan kumpulan konservatif dan Kristian Evangelis dengan memilih Palin yang dilihat menjadi simbol kepada nilai-nilai asas Parti Republikan kurang memikat kumpulan pelobi Yahudi. Palin dikaitkan dengan sikap anti-urban. Beliau juga menentang media East Coast dengan membuat pelbagai kenyataan pedas. Palin juga adalah seorang Pentecostal. Malah kegemaran Palin kepada ‘senjata’ dan ‘perburuan’ lebih menonjolkan nilai sayap kanan kumpulan Evangelical dalam parti Republican. Meskipun McCain sangat moderat dalam pelbagai isu sosial tetapi ucapan-ucapan Palin yang memihak kepada ‘right-wing domestic agenda’ menyebabkan masyarakat Yahudi menjadi bimbang.

Hal ini lekas disedari oleh kem Obama, dengan waspada hal ini dimanipulasi. Dokongan ahli kongres dari Boca Raton, Florida; penjilat zionis Rob Wexler yang diketahui sangat Yahudi, terlalu pro-Israel dan merupakan penyokong kuat Obama dari awal memberi keyakinan kepada masyarakat Yahudi di Amerika Syarikat terhadap calon Presiden dengan nama tengah Hussein itu. Untuk mereka jika Rob Wexler, OK dengan Obama, maka tentu sahaja Israel Zionis juga OK dengan calon Demokrat tersebut.

Sekiranya kita menilai kabinet transisi Obama, kita akan lekas menyedari bahawa reformasi atau “change” yang dicanang-canangkan oleh beliau hanyalah palsu belaka.

Antara pemuka lapuk yang dibawa masuk dalam kabinetnya ialah Carol Browner, mantan orang kanan bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeleine Albright (merupakan seorang Yahudi). Muka lama lain ialah William Daley, yang dikatakan tokoh bertanggungjawab mendokong bekas Presiden Bill Clinton menandatangani perjanjian NAFTA. Daley juga adalah bekas President SBC Communications dan pengerusi Midwest untuk bank JP Morgan yang diketahui umum merupakan instrumen finansial zionis.

Tentu, yang paling klasik ialah Rahm Emanuel, yang dilantik sebagai Ketua Staf Rumah Putih. Jawatan yang amat rapat dengan Presiden Obama dan merupakan ‘pintu masuk’ ke Rumah Putih. Beliau dikenali sebagai strategis dalam pentadbiran Bill Clinton. Malah beliau paling tersohor dikaitkan sebagai neoliberal dan ‘pro-Israeli hardliner’.

Sherman Skolnick, pengerusi Citizens Committee to Clean up the Courts, pernah menamakan Emanuel sebagai pemangku badan perisikan Israel, Mossad bagi cawangan Amerika. Bukan lagi rahsia Emanuel adalah anakanda Benjamin Emanuel yang mana leluhurnya Ezekiel (datuk Rahm Emanuel), penyeludup senjata untuk kumpulan Irgun (teroris zionis tahun-tahun 40 an di Timur Tengah). Peranan Rahm Emanuel, sang cucu pula bukan kecil, dalam tahun 1991, beliau menyertai Israeli Defense Forces (IDF) iaitu ketika Perang Teluk 1 dan dipercayai memegang dua kewarganegaraan.

Meskipun tidak dinafikan parti Republikan juga disokong sekian lama oleh masyarakat Yahudi di Amerika Syarikat seperti yang telah terbukti dalam pentadbiran Ronald Reagan dan George Bush tetapi kemenangan Obama, yang lebih memberikan kekuatan kepada kumpulan pelobi Yahudi dan zionis mengakibatkan kehibaan serba sedikit buat masyarakat Evangelis Kristian. Berbanding parti Demokrat yang menampung kelompok liberal, dan pejuang gay; parti Republikan yang dilihat mewakili nilai-nilai konservatif dan tradisional sudah tentu sedikit lebih baik. Tambahan pula kumpulan Kristian yang menjadi akar umbi parti Republikan memang diketahui secara senyap memusuhi Yahudi kerana sejarah pergeseran Katolik-Yahudi yang panjang.

Kemenangan Obama tidak sahaja menyedihkan kelompok teras Kristian. Obama merupakan simbol perjuangan liberalis yang utuh. Kerana itu kemenangan Obama turut disambut dengan begitu mesra oleh parti-parti pembangkang di negara ini yang dapat dikesani menghimpun kumpulan liberalis, reformis palsu dan segelintir ulama moderat. Namun begitu berhati-hatilah, slogan “change” atau harapan baharu yang dibawa oleh Obama ternyata meleset dengan teruk.

Menukar Bush (Republikan) kepada Obama (Demokrat) ibarat menukar baju tetapi tidak mengubah tuan badan. Dalam konteks tempatan, menukar satu muka maksiat ke satu muka maksiat yang lain tidak membawa apa-apa erti. Seperti kes yang terlihat di Amerika, perubahan yang terjadi hanyalah menukar seorang pengampu zionis, dan pemain kebatilan secara terang kepada seorang pembodek zionis, dan pemain jalan belakang.

sumber - Faisal Tehrani


1 ulasan:

Unknown berkata...

Bagaimana pula dengan slogan PKR ?

Kebetulan / membawa misi yang sama?

Lu fikirlah sendiri....