MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Jan 2009

Mengenal pemikiran Anwar Ibrahim, kenalilah pemikiran Khalid Jaafar



Mengenal pemikiran Anwar Ibrahim, kenalilah pemikiran Khalid Jaafar


Tahlil untuk Fagles

Kalau tidak kerana Robert Fagles saya tidak akan kemaruk Homer, baik Illiad atau Odyssey. Terjemahannya menjadikan gurindam dan puisi Homer seperti karya agung hari ini.Kenapa saya jatuh cinta kepada Penelope, dan tidak kepada Helen, meskipun Helen punya kecantikan yang melancarkan seribu kapal perang, hanya boleh dijelaskan oleh mending Fagles. Dua hari lalu Eekmal menghantar emel memberitahu pemergian penyair dan penterjemah agung ini. Dan saya menulis sms kepada Anwar Ibrahim memberitahu kematian Fagles kerana dia juga membaca Illiad melalui terjemahan Fagles. AlFatihah!


Membaca tulisan Khalid Jaafar, klik di sini


Khalid Jaafar Dihukum Dalam Episod Baru Perang Pas-Keadilan

Baru-baru ini Harakah bilangan 1266 melaporkan di muka surat dua, bahawa Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) merangkap Ketua Penerangan Parti KeADILan, Khalid Jaafar di dalam dialog, "Masa depan politik teologi di Malaysia" berkata, Negara Islam Madinah tidak sesuai menjadi panduan kita kerana ia sebuah negara yang kecil seumpama Bukit Beruntung sahaja.

Malah corak pemerintahan negara Islam pertama itu tidak relevan lagi untuk dijadikan ikutan di zaman kini kerana pemimpin Madinah (Rasulullah SAW) hanyalah setaraf dengan DO (pegawai daerah).

Katanya, politik adalah ciptaan manusia. Terserahlah kepada akal manusia untuk menentukan kehendak mereka. Justeru mereka tidak perlu merujuk kepada pandangan ulama silam dalam menentukan sesuatu keputusan kerana orang zaman sekarang adalah lebih memahami kehendak semasa.

"Misalnya, orang kampung saya di Melaka lebih memahami hak asasi manusia dan human right berbanding ulama-ulama besar," katanya.

Sebelum itu Khalid turut menyalahkan PAS yang kononnya menjadi punca kekalahan partinya di dalam pilihan raya umum lalu.

Bagi Khalid, hubungan baik PAS dengan KeADILan telah menyebabkan rakyat menolak KeADILan kerana kononnya, rakyat menolak PAS disebabkan PAS memperjuangkan Negara Islam.

"Parti saya tidak mendengar pandangan saya selama ini agar jangan terlalu dekat dengan PAS. Nampaknya DAP lebih smart," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berdialog dengan Astora Jabat dan Dr Dzulkifli Ahmad.

Kritikan Khalid terhadap sistem Islam dan para ulama' bukan perkara baru. Sebelum ini beliau dilaporkan pernah menulis artikel di dalam sebuah majalah dan disebarkan oleh pengikut-pengikutnya di dalam internet.

Artikel berkenaan mengkritik tokoh-tokoh ternama di dalam Islam seperti Dr Abdullah Azzam, Syed Qutub, Hasan Al Banna, Sultan Abd Hamid dan lain-lain yang disifatkannya sebagai tokoh yang menyebabkan umat Islam mundur dan terkebelakang.

Beliau turut mempertikaikan gelaran 'Syeikh' dan 'As Syahid' kepada sebahagian tokoh berkenaan.

Usul mengutuk kenyataan dan penghinaan Khalid Jaafar turut diluluskan sebulat suara di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Maran yang diadakan pada 26 Jun lalu.

Usul yang dibawa oleh wakil Dewan Pemuda PAS kawasan berkenaan turut menggesa Parti KeADILan supaya mengambil tindakan terhadap ahli dan pemimpin mereka yang cuba mengeruhkan suasana harmoni hubungan di antara PAS dan KeADILan.

"Kita percaya kenyataan biadab Khalid Jaafar adalah kenyataan peribadi beliau dan tidak menggambarkan pendirian sebenar parti berkenaan," demikian antara isi kandungan usul yang dibentangkan.

Bagaimanapun jawatan Ketua Penerangan yang disandangnya sekarang akan mengaitkannya dengan parti itu kerana 'Ketua Penerangan' adalah lidah rasmi bagi sesebuah parti.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Guru Haji Mohd Baki Othman ketika mengulas isu yang sama berkata, "Inilah usul yang terpenting dan terbesar sekali di kalangan usul-usul yang dibentangkan di dalam mesyuarat agung ini kerana ia melibatkan penghinaan kepada Rasulullah SAW."

"Bagaimana seseorang yang mengaku beragama Islam boleh merendah-rendahkan martabat baginda SAW sedangkan Allah menyatakan bahawa Dia tidak menciptakan bumi ini melainkan kerana Muhammad," ujar beliau. -zs

www.astorajabat.com

Klik di sini


Analisis Kumbang...


Tentu ramai yang mengenali sahabat baik Anwar ini yang berjawatan Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD). Beliau yang kita kenal sebagai berfahaman liberal ini memang selalu menimbulkan kontroversi.


Yang pertama adalah mengenai beliau merendah-rendahkan pentadbiran negara Islam Madinah oleh Nabi Muhammad pada tahun 2004 di dalam satu dialog yang beliau sertai. Sehinggakan mendapat tentangan meluas daripada kepimpinan PAS.


Seterusnya, pada 13 April 2008. Beliau mengeluarkan artikel 'Tahlil untuk Fagles' yang diakhiri dengan ayat 'Al-Fatihah!!' di blog beliau.

Persoalannya adakah Robert Fagles yang beliau 'sedekahkan' surah Al-Fatihah itu seorang Islam atau muslim?


Kumbang terus mencari di internet, untuk mencari jawapan adakah Robert Fagles ini seorang muslim. Sehinggakan Kumbang terjumpa artikel blog yang melaporkan acara peringatan kepada mendiang Fagles. Katanya di blog itu, majlis itu diakhiri oleh "reading of Kaddish" ataupun doa untuk orang yang beragama yahudi. Untuk link ke blog itu. Sila layari link ini.


Situasi ini jelas menunjukkan bahawa Robert Fagles bukan orang yang beragama Islam. Tetapi kenapa Khalid Jaafar ini ingin menyedekahkan Al-Fatihah kepada mendiang Robert Fagles ini?

Kumbang bertanya kepada rakan yang arif tentang agama. Bolehkah mennyedekahkan Al-Fatihah pada bukan Islam?

Beliau jawab secara spontan, "siapa yang ajar?" . Perkara ini langsung tidak pernah dibuat oleh orang Islam.

Persoalannya, adakah begitu liberalnya Khalid Jaafar ini sehingga disedekahkan 'Al-Fatihah' pada mendiang Robert Fagles?

Dengan melihat sifat yang liberal Khalid Jaafar ini, Kumbang melihat perkaitannya dengan Anwar yang berfahaman liberal. Sifat keterbukaan inilah yang amat Kumbang takuti akan meresap kepada masyarakat. Seperti menyamakan semua agama atau pluralisme.


Adakah akan dibudayakan menyedekahkan Al-Fatihah pada bukan Islam?

Adakah akan dibudayakan mengkritik nabi?

Adakah mahu dibudayakan Islam liberal?

Adakah ini Islam Liberal yang dibawa Anwar?

Apakah pendirian PAS?


Beri jawapan anda sendiri...


Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?

sumber - Analisisringan.blogsopot.com

3 ulasan:

Unknown berkata...

Khalid Jaafar ni dah jauh terpesong

Sebab tu boleh jadi think thank anwar...

bezanya anwar masih boleh 'berlakon' lagi..khalid jaafar straight forward..akhirnya menjerat diri sendiri

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Liberal betul dia, dia cakap dia cuma liberal tapi bukan Islam liberal.
http://www.khalidjaafar.org/2006/06/saya-orang-liberal-bukan-islam-liberal.html

Apa maksud dia?
Kalau dia beragama Islam dan berfahaman liberal. Bukan Islam liberal ke tu?

Ataupun ada bezanya?
Ataupun dia bermain bahasa sahaja?

Siapa tahu?
Boleh kongsi...

Tanpa Nama berkata...

PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL
· Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke 74 pada 25-27 Julai 2006 yang lalu telah memutuskan pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam.