MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Jan 2009

Anwar Ibrahim tandatangani Annapolis Summit, iktiraf negara Israel



Anwar Ibrahim tandatangani Annapolis Summit, iktiraf negara Israel


Oleh Steve Clemons

Sebelum menjelang Annapolis Summit, Bekas Ketua Tentera Darat A.S. Jeneral Staff Eric Shinseki telah meminta agar namanya dimasukkan ke dalam senarai sepucuk surat kepada Presiden dan Setiausaha Negara tentang syarat-syarat asas rundingan Palestin-Israel.

Bekas Gabenor New Jersey dan Pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar semasa Pentadbiran Bush, CHRISTINE TODD WHITMAN dan Pengarah Pusat Dasar Awam James A. Baker III, Rice University, EDWARD DJEREJIAN juga bersetuju untuk menandatangani surat tersebut.

The New America Foundation, International Crisis Group, dan US/Middle East Project telah menyediakan draf dan mengutus sepucuk surat kepada Presiden Bush dan Setiausaha Negara, Condoleezza Rice berkenaan sidang Keamanan Annapolis Summit beberapa minggu lepas.

Dalam draf pertama surat tersebut telah menggesa satu proses rundingan yang melibatkan semua pihak di dalam rantau tersebut, supaya memberi kesan ke atas kehidupan seharian penduduk Palestin dan Israel.

Terdapat ramai lagi yang menandatangani surat tersebut pada masa ini, termasuk BRENT SCOWCROFT, ZBIGNIEW BRZEZINSKI, CARLA HILLS, NANCY KASSEBAUM BAKER, LEE HAMILTON, THOMAS PICKERING, THEODORE SORENSEN, dan PAUL VOLCKER.

Mereka yang menandatangani dalam minggu berikutnya :

1. HARRIET "HATTIE" BABBITT, Timbalan Pentadbir USAID

2. JOSEPH DUFFEY, bekas Ketua USIA ,

3. GARY HART, Bekas Senator A.S. ,

4. LINCOLN CHAFEE, Bekas Senator A.S.

5. RITA HAUSER, Ahli Lembaga RAND Corporation dan New America Foundation/American Strategy Program Chair

6. JAMES DOBBINS, Bekas Penolong Setiausaha Negara

7. MORTON HALPERIN, Bekas Pengarah Perancangan Jabatan Dasar Negara

8. WILLIAM VAN DEN HEUVEL, Bekas Timbalan Duta ke PBB

9. SCHLOMO BEN-AMI, Bekas Menteri Luar Israel

10. BIRCH BAYH, Bekas Senator A.S.

11. AMO HOUGHTON Jr, Bekas Ahli Kongress dan CEO Corning

12. ROBERT HUTCHINGS, Bekas Pengerusi Majlis Perisikan Negara

13. STEPHEN BOSWORTH, Dekan Sekolah Fletcher dan Bekas Duta A.S.

14. LAWRENCE KORB, Bekas Penolong Setiausaha Pertahanan

15. ROBERT JERVIS, Bekas Presiden Persatuan Sains Politik Amerika dan Profesor Columbia University

16. ANATOL LIEVEN, Pengerusi Kings College Terrorism dan Felo Kanan Yayasan Amerika Baru

17. Lt. Jeneral WILLIAM ODOM, Bekas Pengarah Agensi Keselamatan Negara

18. WILLIAM NITZE, Jawatankuasa untuk Presiden Republik

19. DIANA VILLIERS NEGROPONTE, Felo Pelawat Kanan Brookings

20. JOHN McLAUGHLIN, Bekas Timbalan Pengarah CIA

21. JOHN MALOTT, Bekas Duta A.S

22. CHRISTOPHER PATTEN, Bekas Pesuruhjaya EU untuk Hubungan Luar

23. PAUL PILLAR, Bekas Pegawai Perisikan Negara untuk Near East Timur Tengah

24. LARRY PRESSLER, Bekas Senator A.S.

25. FELIX ROHATYN, Bekas Senator A.S.

26. RICHARD SAMUELS, Pengarah Pusat Pengajian Antarabangsa MIT

27. JOHN J. "JACK" SHEEHAN, Jeneral Kor Marin (Bersara)

28. ANNE-MARIE SLAUGHTER, Princeton University Dekan Sekolah Woodrow Wilson, Princeton University

29. STEPHEN SOLARZ, Bekas Ahli Kongres

30. RICHARD VAGUE, Bekas CEO First USA Bank CEO and CEO Adagio Partners

31. TIMOTHY WIRTH, Bekas Senator A.S. dan Presiden Yayasan PBB

32. FRANK WISNER, Bekas Duta A.S. dan Naib Presiden AIG

33. CHRISTINE TODD WHITMAN, Bekas Gabenor New Jersey dan Pentadbir Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) semasa Pentadbiran Bush,

34. DIMITRI SIMES, Presiden Pusat Nixon dan Penerbit National Interest

35. LEON FUERTH, Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Naib Presiden Al Gore

36. PHILIP GORDON, Felo Kanan Brookings

37. ROBERT HUNTER, Bekas Duta A.S. ke NATO

38. ANWAR IBRAHIM, Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia

39. JOHN McLAUGHLIN, Bekas Timbalan Pengarah CIA

40. LAWRENCE WILKERSON, Bekas Ketua Staf Jabatan Negara

41. THEODORE ROOSEVELT IV, Pengarah Urusan Lehman Brothers

42. JOSEPH WILSON, Bekas Duta A.S.

43. JOHN S. WOLF, Bekas Ketua Pemantau Middle East Roadmap di Jabatan Negara


Annapolis Summit sebenarnya merupakan satu mesyuarat luar biasa pemimpin global – termasuk menteri luar kesemua Negara P-5 – untuk disampaikan kepada Presiden A.S. supaya memperolehi natijah positif hasil daripada mesyuarat itu.

Apabila saya mendengar khabar angin bahawa rakyat Palestin tertekan apabila dipujuk umtuk menandatangani satu deklarasi bersama, mereka tidak beryakinan bahawa ucapan Bush pada hari Selasa, berjaya menawarkan penyelesaian terakhir bagi konflik antara Israel dan Israel.

Seperti yang diberitahu oleh seorang rakan saya yang dekat dengan proses ini, amat penting untuk White House memahami bahawa bukan hanya Ehud Ohlmert yang perlu memberikan ucapan kemenangan apabila pulang ke Israel – tetapi juga Presiden bagi Pihak Berkuasa Palestin iaitu Abbas.


Ehud Olmert (Israel), Bush dan Mahmod Abbas (Palestin)



Sekiranya penduduk Palestin di jalanan merasakan tidak senang dengan keputusan esok, Abbas akan dihancurkan secara politik oleh rakyat Palestin dan Hamas, yang tidak termasuk dalam proses rundingan ini, akan muncul sebagai pemenang.



AIDC menterjemah artikel tulisan Steve Clemons, The Washington Post. Artikel asal klik di sini


artikel berkaitan :


1. Anwar Ibrahim & Annapolis Summit 2007

2. Anwar Ibrahim : Hentikan sifat munafik, anda penyokong Israel !

3. Anwar Ibrahim : Ke mana haluan perjuangan Islam ?




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Antara kejayaan Annapolis summit ialah serangan Israel ke atas Palestine sekarang...

Kerana Hammas langsung tidak mengiktiraf dan memboikotnya...

Segala tuntutan Hammas dipandang sepi oleh Israel, walaupun mendapat sokongan majoriti rakyat.
Dimanakah konsep demokrasi dan ketuanan rakyat mereka?

Adakah Hammas patut dipersalahkan kerana mereka hanya berjuang untuk mendapatkan kembali tanah air mereka?

Maaf, kalau Kumbang katakan. Mengiktiraf negara Israel seumpama
menghalalkan babi dan arak yang telah sedia haram.

Apa-apa pun..
Syabas Anwar anda ada 'saham' terhadap semua tragedi ini!

alluqman berkata...

PAS ada saham juga...
Jangan lupa tu....

Kita jumpa di SANA.....
Usia kita bukan lama pun....

Tok sah duk sengeh beruk....

Panglima Perang Cyber berkata...

Tengok di blog Anwar dia tak mengaku isu annapolis di atas..

Takkan dah berak nak mengaku pulak.

Yang penting, kebenaran tidak dapat ditahan kemaraannya...

Kita akan dedahakan bersama sama dan artikel tuan blog sangat sesuai disebar bagi menyedarkan penyokong PAS bahawa parti PAS sudah tidak rasa bersalah bersama pro Israel dalam pakatan rakyat.

salam keamanan dan perjuangan.

Taminsari berkata...

Salam...

Pas Desak Usir Duta Amerika
Monday, 12 January 2009 15:05
PAS mendesak kerajaan Malaysia segera mengusir keluar Duta Amerika dari negara ini kerana negara tersebut bersekongkol dengan Israel menyerang Gaza.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar kerajaan Malaysia perlu mengambil langkah sedemikian sebagai tanda komitmen mereka dalam isu keganasan rejim Zionis terhadap penduduk Gaza.

"Jika kerajaan Malaysia serius membantah tindakan Israel dan apa yang dipersetujui Amerika, tindakan mengusir Duta Amerika perlu segera dilakukan.

"Jika enggan berbuat demikian bermakna mereka (kerajaan Malaysia) merestui apa yang diputuskan oleh Amerika iaitu membenarkan Israel terus menyerang Gaza," tegas beliau.

Jelas Mahfuz, tindakan sedemikian perlu dilakukan selain dari tindakan memboikot barangan dari Amerika.

Selain dari mengusir Duta Amerika, PAS juga kata Mahfuz mendesak agar kerajaan Malaysia memanggil Duta Mesir dan mendesak Mesir agar membuka sempadan di Rafah agar bantuan dapat disalurkan kepada Palestin.

"Jika Mesir enggan berbuat demikian, Malaysia boleh mendesak negara-negara OIC supaya memboikot Mesir," jelas Mahfuz.

Komen :

Mahfuz juga perlu mengesyorkan yang Anwar perlu diusir dari dari Malaysia berikutan dengan tindakan Anwar bersekongkol dengan Yahudi dan Amerika. Semua rakyat dah mengetahui latarbelakang pemimpin pembangkang PR. Mengapa Anwar dilihat begitu intim dengan pihak yahudi di Amerika sehingga Anwar dilantik menjadi sebahagian dari anggota pertubuhan yahudi/amerika?

Adakah kita sedia boikot ' politik Yahudi ' atas alasan Malaysia Baru? Iaitu pemimpinnya ialah Anwar Ibrahim? Kenapa Anwar seolah-olah tidak mempunyai kemaluan bila melihat rakyat Palestin ditindas dan dibunuh oleh askar Israel berbanding memperjuangkan nasib kaum HINDRAF kononnya ditindas oleh orang Melayu? Begitu juga dengan Ustaz Abdul Hadi apabila beliau pun dilihat cuba menjadi pejuang Hindraf?

Jikalau begitu kita sepatutnya juga perlu boikot parti yang bersahabat dengan Yahudi di Malaysia, iaitu PKR dan sahabat mujahid mereka seperti PAS dan DAP!!! Biarkan rakyat Terengganu mengajar barua-barua yahudi yang bertapak di Malaysia tetapi bertopengkan Melayu, Cina atau India.

Salam perjuangan

ladybird berkata...

Syabas Anwar!!!