MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Jan 2009

Adakah Anwar 'badut' Amerika di Malaysia?



Adakah Anwar 'badut' Amerika di Malaysia?


1. Nama beliau ialah Anwar bin Ibrahim

2. Dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

3. Ibrahim Bin Abd. Rahman(Ayah) ialah bekas Ahli Parlimen & Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Che Yan Hussein(Ibu) ialah ahli pidato Wanita United Malay National Organization (UMNO).


4. Anwar dapat pendidikan rendah di Sek. Keb. Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pada 1960 - 1966 beliau lanjut pelajaran menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

5. Pada 1967, beliau lanjut pelajaran di Universiti Malaya (UM) dalam jurusan Pengajian Melayu (Sastera).

6. Pada 1971, beliau telah tubuh ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) bersama kawan - kawan lamanya dari MCKK.

7. Pada 1982, Anwar telah tinggalkan ABIM untuk sertai UMNO.

8. Bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1982 di bawah tiket UMNO di kerusi Parlimen Permatang Pauh. Beliau menang dengan majoriti besar. Beliau kemudian dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

9. Pada 1982, Haji Suhaimi Kamaruddin(Penyandang Ketua PEMUDA UMNO) telah ditewaskan oleh Anwar bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Slogan digunakan olehnya ialah 'Pemuda Penggerak Zaman'.

10. Kemenangan tersebut telah menaikkan beliau menjadi Menteri penuh dan memegang portfolio Kebudayaan, Belia dan Sukan.

11. Tahun 1984, Anwar telah dipindahkan ke Kementerian Pertanian.

12. Tahun 1987, Anwar telah bertanding rebut kerusi Naib Presiden UMNO. Beliau telah memenangi salah satu kerusi tersebut. Beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Pendidikan.

13. Pada 1991, beliau telah bertukar kementerian dengan memegang Kementerian Kewangan.

14. Tahun 1993, Anwar telah bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang penyandang kerusi tersebut iaitu Ghafar Baba. Anwar telah berjaya memenangi kerusi tersebut setelah Ghafar Baba beri laluan kepada Anwar. Beliau kemudian dilantik Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

15. Tahun 1998, Anwar dipecat daripada jawatan dalam kerajaan dan parti kerana didakwa atas tuduhan liwat dan rasuah.

16. Anwar kemudian disabit kesalahan di atas 4 tuduhan rasuah dan salah guna kuasa dengan campur tangan dalam siasatan polis terhadap dakwaaan seksual beliau. Beliau menjalani hukuman 6 tahun penjara.

17. Pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan (Mahkamah Tertinggi Malaysia) membalikkan sabit kesalahan liwat dan Anwar dibebaskan atas sebab teknikal bukannya sebab beliau didapati tidak bersalah melakukan liwat.


ANWAR, KEM.KEWANGAN & TIMB. PERDANA MENTERI

1. Anwar telah menjadi Menteri Kewangan dari tahun (1991 - 1998). Selama 7 tahun beliau pegang 'tabung' negara. Berapa ramai saudara, kroni dan rakan - rakannya telah kaya?


2. Sepanjang menjadi penjaga ' tabung' negara. Apa sumbangan Anwar untuk menambah jumlah wang dalam 'tabung' tersebut? Adakah ini sumbangan beliau pada negara dan rakyat?


3. Pada 18 Ogos 2008, ketika berkempen sebagai calon PKR di Parlimen Permatang Pauh, Anwar telah cabar supaya menamakan kroni - kroni beliau.





4. Betulkah Anwar ini 'maksum' sehingga tidak lakukan sebarang salah guna kuasa ketika diamanahkan jaga 'tabung' negara? Jika betul beliau 'maksum', bagaimana Kamaruddin Jaafar boleh jadi hartawan dalam masa begitu singkat? Adakah beliau ahli perniagaan berjaya sebelum itu? Bagaimana pula dengan Ibrahim Abdul Rahman dan Nasaruddin Abdul Jalil? Klik untuk lihat senarai penuh nama - nama yang dapat projek & kemudahan dari kerajaan.

5. Bagaimana pula dengan Azmin Ali (Setiausaha Sulit Anwar). Beliau boleh bina rumah 5 juta? Kalau ikut logik akal Azmin Ali tidak mampu bina rumah semahal itu berdasarkan gaji Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri. Nak bayar maintenance rumah itu bukannya RM 100 atau RM200 sebulan. Itu belum masuk lagi nak bayar ansuran kereta, kad kredit dan hutang - piutang lain-lain.

6. Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar telah punyai 2 organisasi yang jadi perunding bagi beliau. Organisasi tersebut ialah Institut Kajian Dasar (IKD) dan Asia Pacific Policy Center (APPC). Anwar dilantik jadi penaung APPC.

7. Bagaimana Anwar boleh jadi penaung APPC? Sila klik sini.

8. APPC diketuai oleh seorang yang pernah berkhidmat dengan Dewan Keselamatan Negara Amerika. Beliau ialah Doughlas H. Paal.

9. Adakah Anwar seorang agen? Itu perkara pertama yang bermain di fikiran saya. Melihat pada latar belakang Doughlas H. Paal, beliau bukan calang - calang orang. Beliau mempunyai kedudukan dan pengaruh di Amerika!

Adakah Anwar 'badut' Amerika di Malaysia?


sumber - KL Rangers

Tiada ulasan: