MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Dis 2008

Tangan Anwar penentu calon di Kuala Terengganu ?



Tangan Anwar penentu calon di Kuala Terengganu ?


Menjelang pengumuman calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, angin politik kecang bertiup di dalam pakatan pembangkang berhubung dengan pemilihan calon.

Walaupun komponen pakatan berkenaan iaitu PKR dan DAP menyatakan, calon PAS yang akan bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan, tetapi ia turut disusuli dengan desakan dan tekanan agar calon yang dipilih ‘memenuhi selera’ pakatan terutama iaitu PKR.

Menurut sumber dalaman PAS, kepimpinan parti itu kini seolah-olah terbahagi dua dalam soal menentukan calon yang seharusnya diletakkan bagi menentang siapa sahaja calon UMNO yang bakal bertanding.

Ia dikatakan berpunca kerana adanya desakan daripada luar parti itu yang mahu mempengaruhi penentuan calon PAS yang bakal bertanding.

Difahamkan kata sumber berkenaan, ‘tangan’ ketua pakatan pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat turut aktif dalam mencaturkan calon yang sepatutnya di pilih oleh PAS.

Bermula dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa calon pilihan beliau ialah Naib Presiden parti itu, Mohamad Sabu, ia dikatakan strategi awal kumpulan Anwar dalam PAS atau lebih dikenali dengan nama Erdogan untuk memastikan ‘geng Erdogan’ terpilih menjadi calon.

Usaha ini dikatakan dilakukan oleh seorang lagi Naib Presiden PAS, Husam Musa yang merupakan ketua kumpulan Erdogan dalam PAS dan ‘anak kesayangan’ Nik Aziz.

Husam difahamkan telah mempengaruhi Nik Aziz membuat kenyataan agar Mohamad Sabu dipilih kerana mahu memastikan percaturan mereka agar kalangan kumpulan Erdogan lebih ramai berada di Parlimen bagi memudahkan agenda politik Anwar.

Namun, mereka sedar, orang PAS Terengganu sudah tentu akan menolak Mohamad Sabu kerana mahukan anak tempatan bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan. Antara nama yang disebut-sebut oleh orang PAS Terengganu ialah Pesuruhjaya PAS negeri itu, Datuk Mustafa Ali.

Bagi memenuhi kriteria anak tempatan, kumpulan Erdogan turut mempengaruhi jawatankuasa PAS Pusat bahawa calon lain yang perlu diberi pertimbangan serius ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Dr Syed Azman pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya tahun 1999.

Kata sumber itu, percaturan yang dibuat amat licik dan teratur kerana walaupun kumpulan Erdogan tahu Mohamad Sabu akan ditolak, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang menjadi salah seorang orang kuat Erdogan perlu diberikan pertimbangan.

Ini dikuatkan lagi apabila seorang pimpinan tertinggi PKR yang ditemui dan ditanya tentang calon PAS yang mempunyai peluang untuk menang pada pilinraya kecil tersebut secara terang terang berkata, jika PAS menamakan Mustafa Ali sebagai calon, ia akan memberi laluan mudah kepada UMNO.

Sebaliknya, pemimpin PKR itu berkata, jika Dr Syed Azman dipilih, ia merupakan pilihan yang tepat.

Keadaan ii mudah difahami kerana Mustafa Ali adalah antara pemimpin PAS yang jelas tidak sealiran dengan Anwar. Bukti jelas ialah apabila Mustafa Ali pernah menolak usaha Anwar untuk menubuhkan kerajaan 19 September lalu.

Mustafa dilaporkan berkata, penubuhan kerajaan baru oleh pakatan pembangkang pada 16 September ini seperti yang digembar-gemburkan oleh Penasihat PKR, Anwar Ibrahim tidak mungkin berlaku.

“Saya kata (perubahan) tidak akan berlaku. Bila tiba 16 September ini boleh tengok saya betul atau dia (Anwar) betul,” ujarnya.

Bukti ini jelas menyebabkan Anwar tidak senang dan PKR dikatakan tidak mahu PAS membuat keputusan memilih Mustafa menjadi calon pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Malah pemimpin PKR itu yang ditemui mendakwa, menjelang pengumuman calon PAS, Anwwar beberapa kali cuba menghubungi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi dikatakan Presiden PAS itu tidak menjawab panggilan berkenaan.

Berdasarkan senario tersebut, sumber itu berkata, kepimpinan PAS ini kini serba salah.

PAS katanya, tidak mahu dilihat hanya mengumumkan calon tetapi hakikatnya, semua orang tahu calon tersebut adalah calon yang dipaksakan kepada mereka oleh kumpulan Erdogan.

Apa yang jelas, jika PAS meletakkan Dr Syed Azman sebagai calon, walaupun beliau adalah ahli PAS tapi semua orang tahu beliau adalah calon yang dipaksakan kepada PAS oleh kumpulan Erdogan yang semakn menguasai kepimpinan PAS.

sumber-Agendadaily.com

1 ulasan:

mahacu berkata...

PRK Kuala TerengganuT:Mat Sabu Taruhan Erdogan PAS Lemahkan PAS Terengganu?


Semalam MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kepada Harakahdaily [www.harakahdaily.net] bahawa tidak wujud golongan Erdogan dan Pro-Mubahalah yang menjadikan pilihanraya kecil Kuala Terengganu sebagai medan berpencak silat.

Biasanya, telahan penganalisis politik pembangkang adalah apa sahaja yang pemimpin berkata benar, maksudnya tidak benar.Maka, jika kita aplikasikan kaedah penganalisis politik pembangkang terhadap kata-kata Nik Aziz itu, telahannya ialah benarlah bahawa PAS mempunyai percakaran dalaman yang hebat sekarang ini.

Dalam tidak berkata benar, MB Kelantan itu bercakap benar,PAS di Terengganu yang didominasi golongan Pro-Mubahalah memang tiada masalah.Sekarang yang bermasalah adalah PAS Pusat yang kutub Erdogan dan kutub Pro-Mubahalah saling tolak-menolak. Oleh itu, jika kita bijak membaca mesej si Tuan Guru maka sebenarnya, benarlah PAS menghadapi masalah, dan Datuk Nik Aziz suka tidak suka terpaksa bersenang hati dengan anak-anak buahnya yang sekarang bergocoh.

Mat Sabu tiba-tiba ditunjukkan oleh Datuk Nik Aziz sebagai calon.Penulis secara jujur beranggapan mungkin ia dan mungkin tidak keputusan ini hasil pengaruh hasutan Erdogan. Penulis tidak pasti.Jika benar barangkali,bisikan tuan penasihat 25% yang mempengaruhinya ataupun Nik Abduh yang pernah menghadiahkan kepada bapanya gelaran tokoh di Majlis Jamaah Islah Malaysia (JIM) punya angkara.Ataupun, jika andaikan tiada kong kali kong berlaku seperti anggapan pertama, ia mungkin berasal dari mimpi MB Kelantan itu berasaskan Mat Sabu pernah menjadi calon di Kuala Terengganu.

Tetapi, tudingan memilih calon ini peliknya menjadi "top to bottom".Bukankah apabila Kedah berhasrat hendak membela babi, Tuan Guru tidak mahu masuk campur.Tetapi apabila memilih calon kepada negeri seorang Tuan Guru yang lain, pantas pula komen Tuan Guru.Keputusan ini haruslah dibuat oleh Datuk Mustafa Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu.Namun, disebabkan Mustafa Ali faham konsep wala' yang menjadi dosa besar orang PAS menentang pimpinan yang lebih besar darinya walaupun dengan berkata "Ah",maka didiamkan sahaja keceluparan Mursyidul Am PAS tersebut.

Bagi penulis, Mat Sabu sebenarnya adalah penampan kepada Pro-Mubahalah.Mat Sabu bukan Erdogan. Tetapi, reaksi dan caranya ketika ini adalah pro-Erdogan.Mat Sabu dituduh sebagai Syiah dan menjadi payung Syiah dalam PAS.Sikap orang Syiah yang lurus bendul adalah merodok apa sahaja yang dinamakan "establishment". Padahal Dinasti Safawiyyah,Fatimiyyah dan Shah Iran yang Syiah itu adalah establishment.Jadi, jikalau apa sahaja yang dikatakan pro kepada UMNO maka dengan cepat sekali orang yang anti-establishment itu akan menyondol tanpa mengira siapa yang di belakang aksi sondolan itu.

Sebenarnya, jikalau Mat Sabu dipilih sebagai calon, ini akan memalukan Datuk Mustafa Ali yang Pro-Mubahalah.Golongan yang celupar ini menggelarkan Pro-Mubahalah sebagai Fraksi UMNO dalam PAS.Tuduhan ini tidak tepat, masakan Datuk Mustafa Ali yang mengarahkan PAS masuk campur ke dalam kampus selepas Anwar masuk UMNO itu adalah UMNO?Masakan Datuk Harun Taib yang marah kepada jemaah dalam jemaah itu dan menulis kitab khusus tentang hal itu adalah UMNO?Mereka ini jikalau dikelar urat sendi mereka tentulah darah hijau yang akan mengalir.

Golongan Erdogan PAS ini berharap benar agar Dr Syed Azman dicalonkan.Tetapi, ia mungkin disambut dengan upacara langkah mayat oleh Haji Hadi Awang dan Mustafa Ali dahulu.Namun, jika tiada rotan, akar pun jadi, oleh itu lebih afdhal bagi Mat Sabu untuk menjadi calon dari calon-calon Pro-Mubahalah.Antara nama yang dikatakan dari pihak Pro-Mubahalah adalah Datuk Mustaffa Ali sendiri dan Datuk Wan Mutalib Embong.

Jikalau puak Erdogan berjaya mencaturkan calon pilihanraya kali ini maka ini akan memalukan PAS Terengganu yang merupakan benteng kepada golongan PAS tulen.PAS Terengganu suka ataupun tidak terpaksa menyokong calon yang ditunjuk Pusat.Jika mereka memboikotnya maka kekalahan ini akan digunakan oleh puak Erdogan sebagai peluru untuk menembak golongan Pro-Mubahalah terutamanya PAS Terengganu.

Jika calon tunjukkan Erdogan ini menang, ia akan menambahkan pengaruh Erdogan di dalam PAS.Oleh itu, Mat Sabu merupakan calon terbaik Erdogan untuk mengalihkan mata Pro-Mubahalah dari memandang Dr Syed Azman. PAS Terengganu perlu melakukan sesuatu kerana agen propaganda PAS,Harakah dikuasai Erdogan dan Malaysiakini juga lebih mewatakhitamkan Pro-Mubahalah dari Erdogan.( Malaysiakini mewarwarkan Syed Azman sebagai calon PAS di KT [www.malaysiakini.com])

Justeru, PAS Terengganu perlu berani bersuara untuk memastikan tangan-tangan Erdogan yang diterajui JIM dalam PAS agar tidak menjadi seperti tidak lebih sudu dari kuah dalam pilihanraya kecil kali ini.

Oleh itu, penulis menyimpulkan, krisis dalaman PAS ini melemahkan nadi PAS untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan ini meletakkan PAS dalam keadaan yang berat dan sukar.

Maharaja Zhou Blogdrive