MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Dis 2008

‘Masyarakat convivencia’, Andalusia versi Anwar Ibrahim



‘Masyarakat convivencia’, Andalusia versi Anwar Ibrahim


Selamat menyambut Hari Natal kepada penganut agama Kristian.

Sempena Hari Natal.. sdr Anwar ada memberi perutusan sempena hari perayaan tersebut yang sinonim dengan Santa Claus dan rusa-rusanya. Hari yang ditunggu oleh kanak-kanak untuk mendapat hadiah dari mereka yang tersayang.

Dalam perutusan tersebut, sdr Anwar mengajak kita semua mencontohi peradaban Andalusia yang mempunyai ‘masyarakat convivencia’, di mana penganut agama Kristian, Yahudi dan Islam boleh hidup bersama secara harmoni. ‘Convivencia’ bermaksud ‘the Coexistence’ atau ‘terjadi secara bersama’ atau ‘majmuk’.

Saranan tersebut sewajarnya diikuti walaupun terdapat kisah yang memilukan untuk umat Islam ketika itu..

————————————————————————————————

Jika kita mengimbau sejarah lalu, ‘masyarakat convivencia’ ketika itu dibawah pemerintahan kerajaan Islam. Dari penguasaan pemerintahan Bani Umaiyah sehinggalah peralihan kepada Bani Abbasiyah seterusnya mewujudkan 20 puak yang saling bersengketa antara satu sama lain.

Pada zaman itu.. Islam mencapai zaman kegemilangannya dari segi peradaban budaya, ilmu dan teknologi. Bahasa Arab dipandang sebagai bahasa ilmu dan dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam kehidupan seharian.

Namun, akibat terlampau lama berkuasa (800 tahun lamanya), umat Islam sudah mula lalai dan bercakaran sesama sendiri. Pemerintah jadi bongkak dan rakyat memendam rasa sehingga bertindak untuk memberontak. Ini diburukkan lagi dengan permusuhan sesama puak yang ego untuk mempertahankan prinsip masing-masing.

Kerana tidak tahan dengan bantahan rakyat, si pemimpin mula berbaik-baik dengan kuasa asing dan ada diantara mereka tidak segan-silu memohon bantuan negara asing untuk memadamkan gelombang pemberontakan di wilayah mereka. Kerana kuasa.. maruah bangsa sudah tidak dihiraukan, asalkan mereka terus berkuasa.

Kerana persengketaan dalaman, kuasa asing mula mengambil kesempatan untuk menyerang Andalusia yang sememangnya sudah lemah. Akhirnya, Raja Abu Abdullah telah mementerai ‘Perjanjian Granada’ demi menjamin keselamatan orang Islam di bawah pemerintahan ‘tuan’ mereka yang baru, iaitu Raja Ferdinand dan Ratu Isabella, penguasa tentera Kristian Katholik.

Orang Islam dijanjikan keselamatan untuk keluar dari Andalusia atau menganut agama Kristian jika mahu kekal disitu. Sebuah kapal disediakan di pelabuhan untuk membawa keluar orang Islam secara beramai-ramai belayar keluar. Setelah yakin dengan jaminan dari Tentera Salib, mereka berkumpul beramai-ramai di pelabuhan.

Akhirnya, mereka ditipu hidup-hidup.. kapal tersebut dibakar dan rumah mereka juga digeledah, dimusnahkan dan dibakar. Kebanyakkan mereka yang sudah tidak bersenjata bersama-sama anak dan isteri mereka telah dibunuh, disembelih, diperkosa dan dibakar hidup-hidup secara beramai-ramai di pelabuhan itu. Bayangkan tubuh kanak-kanak yang tiada daya dihumban dan dibunuh seumpama sampah..

Sekiranya Yahudi meraih simpati masyarakat dunia dengan kisah ‘holocaust’ mereka akibat kekejaman Nazi pada abad ke 19, .. Andalusia merupakan kisah ‘holocaust’ umat Islam pada abad ke 14 hasil kekejaman Tentera Salib. Apa yang nyata.. pembunuhan secara beramai-ramai adalah sesuatu tindakan yang kejam dan terkutuk walau terhadap mana-mana bangsa di atas dunia ini.

———————————————————————————————

Ironinya.. penganut agama lain boleh hidup secara bersama-sama secara harmoni semasa pemerintahan penguasa Islam. Tetapi, penganut agama Islam hidup dalam ketakutan semasa penguasaan Tentera Kristian selama 300 tahun lamanya dan tiada satu pun simbol atau ikon Islam yang dikekalkan. Sekarang, Andalusia (Sepanyol) sudah jadi antara negara Kristian yang paling dominan di Eropah pada masa kini.

Secara peribadi.. saya berpendapat, masyarakat Malaysia sekarang ini sudah menepati ciri-ciri ‘masyarakat convivencia’ yang hidup secara harmoni dan bebas menganuti agama masing-masing sejak zaman pra-merdeka lagi. Dari satu sudut pandangan yang lain.. terdapat juga tanda-tanda keruntuhan ‘masyarakat convivencia’ Malaysia akibat percakaran sesama sendiri dan anasir-anasir tertentu yang cuba ‘menangguk di air keruh’.

Titik tolak kesejahteraan antara agama ialah sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Muslim tidak boleh memandang hina penganut agama lain manakala penganut agama lain harus juga menghormati kepercayaan orang Islam. Tiada guna mencari siapa yang betul atau salah dalam pegangan agama masing-masing.. malahan, tiada paksaan dalam beragama. Bukankah itu sabda Nabi?

Tetapi sdr Anwar masih tidak puas hati dengan ‘masyarakat convivencia’ yang ada sekarang dan menyalahkan dasar kerajaan yang menyebabkan jurang agama semakin melebar. Apa yang sdr Anwar mahu ialah ‘masyarakat convivencia’ yang sepatutnya memberi keutamaan kepada 20% penganut Kristian berbanding 60% penganut Islam. Adakah ini maksud ‘masyarakat convivencia’ versi Anwar Ibrahim?..

Satu kisah sejarah yang diceritakan semula untuk menyemai perpaduan antara kaum dan agama, tetapi tidak bercerita sehingga tamat bagaimana umat Islam dibelasah dan disembelih gara-gara segelintir manusia yang tamak, gara-gara segelintir manusia yang sanggup bersekongkol dengan anasir luar untuk mengekalkan (atau meraih) kuasa sehingga negara tergadai dan gara-gara segelintir manusia yang sanggup memakan daging saudara seagama demi kepuasan nafsu.

Kepada pemimpin-pemimpin Umno.. usahlah terus menerus bermain wayang memperjuangkan isu bangsa dan agama jika tindakan sendiri tidak mencerminkan apa yang dikata. Jangan jadi penguasa Andalusia yang takut kehilangan kuasa dan harta.. merendah diri dan dengarlah suara rakyat marhaen kerana mereka-mereka ini yang sebenarnya menjadi tiang dan tunjang kekuasaan anda semua.

Sejarah sentiasa berulang dengan jalan cerita yang sama tetapi melalui pelakon dan watak yang berbeza.

sumber - cekka

Artikel lain berkaitan :

1. Saranan RAND Corporation terpancar Perutusan Hari Natal, Anwar Ibrahim

2. Masyarakat Convivencia : Idea Anwar Ibrahim atau Yayasan Kristian ?

3. Anwar Ibrahim : Global Convivencia - John Esposito

4. Model Anwar Ibrahim : Masyarakat Madani dan Masyarakat Plural di Indonesia

Tiada ulasan: