MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Dis 2008

Erdogan bersubahat dengan IFC




Erdogan bersubahat dengan IFC..


Berikut adalah satu forum Inter Faith Dialouge On Poverty yang ingn dianjurkan oleh YB Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) pada 20 Disember 2008 di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Klang.

Namun pusat operasi untuk penganjuran forum ini adalah di pejabat YB Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam). Malah YB Khalid Samad turut sama mempromosikan penganjuran forum ini dalam blognya.

Pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya.

Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'. Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez.

Kali ini, selepas 9 bulan menang, YB Khalid Samad bersubahat sama untuk menganjurkan forum IFC? Apakah Zulkili Nordin (Ahli Parlimen Kulim) akan bertindak kali ini? Jika beginilah sikap Khalid Samad, maka tidak salah tindakan Hassan Ali meminggirkannya dalam PAS.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

sumber - Aginperubahan


Tiada ulasan: