MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Nov 2008

Pas mula mencantas puak 'Erdogan'



Pas mula mencantas puak 'Erdogan'


oleh : Zubaidah Abu Bakar

Pembersihan kumpulan "pro-Anwar" dalam Pas, yang secara popularnya dikenali sebagai puak Erdogan, telah bermula.

Ia tidak mengejutkan apabila Pas Selangor memulakannya pada Jumaat, menyingkirkan 2 pemimpin terkenal, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungip – daripada barisan jawatankuasa utamanya.

Seorang pemimpin bahagian yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa perhubungan di pejabat Pas Selangor di Shah Alam mendakwa bahawa keputusan tersebut adalah sebulat suara memandangkan ahli-ahli berasakan bahawa ketua Pas Selangor Datuk Dr Hassan Mohd Ali perlu mempunyai orang-orang yang mana boleh bekerja dengannya dalam jawatankuasa tersebut.

Penyingkiran mereka telah dibuat selepas satu perbincangan yang mengambil masa yang lama di Dewan Harian Pas negeri, atau mesyuarat jawatankuasa pengurusan, yang mana telah diadakan sebelum jawatankuasa perhubungan bertemu.

Kedua-dua Khalid dan Saari mengatakan mereka telah menjangka untuk dicantas.
Orang dalaman parti telah memberikan amaran bahawa ia menunggu masa sebelum lebih banyak malapetaka muncul dalam barisan kepimpinannya memandangkan ketegangan telah terbentuk sejak pilihan raya umum pada Mac di antara Erdogan, rujukan kepada presiden Muslim Turki yang liberal, Recep Tayyip Erdogan digunakan untuk melabelkan golongan moderat muda yang diketuai oleh timbalan presiden Husam Musa, dan kumpulan ulama yang pragmatik.

Terdapat cakap-cakap mengenai malapetaka di kalangan pemimpin nasional yang dilantik sebelum pemilihan parti, dijadualkan pertengahan tahun hadapan.
Seorang pegawai parti menyatakan bahawa terdapat cadangan kepada kepimpinan untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifly Ahmad sebagai pengarah kumpulan pemikir parti.

Perpecahan di antara puak yang sedang bertelagah, berpusat kepada obsesi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri, telah membawa kepada spekulasi terhadap pertandingan yang akan berlangsung tidak lama lagi untuk jawatan kanan dalam pemilihan parti akan datang. Yang paling menjadi sebut-sebutan adalah tentang Husam yang akan mengambil tempat Nasharuddin Mat Isa untuk jawatan timbalan presiden.

Penentangan secara sembunyi ini menjadi semakin kuat walaupun selepas muktamar parti pada Ogos (perhimpunan umum) di Ipoh yang mengesahkan komitmen Pas untuk bersama Pakatan Rakyat berikutan perdebatan hangat di kedua-dua perhimpunan utama dan belia.

Kali terakhir keretakan timbul adalah terhadap dakwaan Anwar – yang telah dibuktikan sebagai satu pembohongan – untuk membentuk kerajaan baru pada 16 Sept.

Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Mustaffa Ali diserang apabila dia memberikan sebab dalam satu artikel yang diterbitkan dalam Harakah, lidah Pas, kenapa Anwar tidak dapat merealisasikan tarikh 16 Sept.

Dia telah dipanggil oleh mursyidul am Pas Datuk Nik Abdul Nik Mat, yang secara lantang membela Husam dan rakan- rakannya dalam sokongan mereka merealisasikan mimpi Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Sumber dalaman Pas, bagaimanapun, bimbang bahawa konflik dalaman dapat memberikan kesan kepada masa depan pejuang Islam parti dalam Pakatan Rakyat, terutamanya dengan Anwar yang secara berterusan tidak mampu menunaikan janjinya untuk menumbangkan Barisan Nasional dari Kerajaan Persekutuan.

Khalid, yang mendapat pujian daripada bukan Muslim terhadap pendekatan yang “sangat terbuka” dalam bergaul dengan mereka, telah disingkirkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan digantikan dengan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat.

Lawatannya ke Catholic Church of the Divine Mercy dalam kawasan pengundiannya, yang telah berdepan dengan pergelutan panjang dengan kerajaan BN negeri sebelum mendapat kebenaran untuk dibina, telah memberikan kesan yang sangat besar terhadap masyarakat Kristian Malaysia.

Dia juga kritikal terhadap cara BN menangani isu yang melibatkan masyarakat India.

Ketua bahagian Kelana Jaya Roslan Shahir Mohd Sharir, yang juga setiausaha akhbar kepada presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, telah mengambil alih jawatan ketua penerangan daripada Saari.

Sekarang, adakah perkembangan terbaru ini akan mengganggu cubaan Pas untuk mendekati masyarakat melangkaui masyarakat Melayu/Muslim?

Ya, terdapat sokongan yang amat besar daripada pengundi Cina dan India dalam pilihan raya umum yang lepas yang mana melihat satu anjakan yang tidak dijangka terhadap Pas di pantai barat semenanjung dan perkembangan kelab penyokong bukan Muslim Pas, tetapi ramai bukan Muslim masih mempunyai rasa tidak percaya terhadap Pas.

Mereka tidak yakin bahawa Pas komited terhadap slogannya, “Pas Untuk Semua”, secara mudahnya disebabkan oleh pemimpin Pas telah mengeluarkan kenyataan kontroversi dan tindakan yang bercanggah dengan dakwahnya terhadap bukan Muslim.

Kemenangan Pas dalam pilihan raya pada Mac telah memberikan parti satu imej pelbagai kaum tetapi ini dan juga keterbukaan puak “Erdogan” telah berhadapan dengan tentangan daripada mereka yang konservatif dalam parti.

Peranan yang dimainkan oleh “kumpulan Terengganu”, secara meluas dilihat seolah-olah dipimpin oleh Hadi dan Mustaffa dan disokong oleh ulama muda untuk membersihkan parti daripada orang seperti Khalid, mungkin dilihat sebagai tindakan Pas yang akan kembali kepada kepompong yang lama.

AIDC menterjemah artikel NST online, bertajuk " Pas begins to axe 'Erdogan' faction". Artikel asal klik di sini

2 ulasan:

tiamia berkata...

Apabila terlalu taksub untuk memerintah kadang-kandang kita lupa akan nilai sebenar islam, halal haram dan implikasi perbuatan.

Tidakkah sejarah telah membuktikan, kehilangan ketuanan melayu adalah kerana pandir-pandir yang rakus hendak jadi tuan besar.

Apakah Islam boleh di moderatekan dan di ubah dan semua di bolehkan ???

Al-quran tidak boleh di ubah langsung. Ingat ini mukjizat Allah pada nabi junjungan kita.

Janganlah kita terpengaruh dengan Erdogan dan permoderate islam sekarang.

Islam ugama mudah dan tidak pernah ada yang seat sekiranya mengikuti cara sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

sila baca ulasan ini di http://medan-info-kita.blogspot.com