MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Nov 2008

Hati-hati dengan Anwar, pesan Dr Yusof Qardawi..

Anwar Ibrahim, Husam Musa dan Amin Rais, di Kuala Lumpur


Hati-hati dengan Anwar, pesan Dr Yusof Qardawi..


Pemecatan Saari Sungip (ADUN PAS) Hulu Kelang daripada jawatan Ketua Penerangan PAS & Khalid Samad (MP PAS Shah Alam) daripada jawatan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor membuktikan PAS kem ulama sedang berusaha habis-habisan membersihkan semua elemen Anwar dalam PAS yang digelar sebagai "Kumpulan Erdogan-Muslim Moderat"

Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor yang sebelum ini dilabel sebagai orang Anwar, mula beralih arah menyokong kem ulama pimpinan Ustaz Hadi apabila merasa kedudukannya tersisih oleh mainan Anwar & PKR di Selangor.


Sebagai membuktikan taat setia kepada kem ulama, dia telah memecat kedua aktivis yang dicop kem Erdogan di Selangor, Saari Sungip diganti dengan Roslan Shahrir Mohd Sharir (Setiausaha akhbar Ustaz Hadi) dan Khalid Samad diganti dengan seorang lagi aktivis pro-ulama, Dr Che Rosli Che Mat (MP PAS Hulu Langat)


Isu "erdogan-muslim moderat" yg menyusup ke dalam PAS ini mula ketara akibat Projek 16 September yang dicanang Anwar. Saat-saat akhir sebelum tibanya 16 September keretakan dua kumpulan dalam PAS semakin menyerlah apabila, Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS pusat mengadakan sidang media memprotes projek itu.


Ustaz Nik Aziz Nik Mat yang sering disebut telah diperdaya oleh kem Erdogan melalui Husam Musa telah mengeluarkan beremosi marahkan tindakan Mustafa Ali mensabotaj projek 16 Sept.


Ustaz Nik Aziz marah kerana Mustafa menggunakan akhbar tabloid Harakah (di muka depan) mengatakan projek 16 Sept gagal sehingga akar umbi PAS yang membaca akhbar PAS itu mempersoalkan kredibiliti Anwar.


Ustaz Nik Aziz sendiri telah diumpan oleh Anwar dengan anugerah pingat keberanian oleh sebuah NGO Kristian yang ditaja Amerika berpengkalan di Filipina, tetapi Utaz Nik Aziz membatalkan pada saat-saat akhir kehadirannya di Filipina disebabkan nasihat daripada beberapa orang ulama yang maklum agenda tersirat NGO itu.


Kemuncak peperangan kedua kem itu semakin ketara apabila seorang aktivis PAS melancarkan blog anti-husam menghentam kumpulan Erdogan yang diketuai Husam Musa dan Kamaruddin Jaafar. Banyak rahsia dalaman PAS didedahkan dalam blog itu.


Apabila projek 16 Sept Anwar gagal, perbalahan team Erdogan vs Ulama menjadi semakin tegang. Khalid Samad mengeluarkan kenyataan media agar Mustafa Ali dipecat daripada jawatan Pesuruhjaya Terengganu kerana sabotaj projek Anwar.


Akhirnya PAS pusat telah mengadakan reatreat di Langkawi untuk membincangkan masa depan parti itu. Keputusan dicapai mempersoaalkan sama ada PAS akan membendung anasir Anwar daripada menceroboh ke dalam parti serta membersihkan semua kumpulan Erdogan, terutama dalam Muktamar PAS awal tahun ini.


Selain daripada Dr Hassan Ali orang yang sebelum ini pernah sokong Anwar terutamanya Nasaruddin Mat Isa (Timbalan Presiden) dan Dr Haron Din juga telah beralih arah berpaling tadah daripada Anwar.


Peralihan sokongan Nasaruddin Mat Isa dan Dr Haron Din, disebabkan pesanan drp Dr Yusof Qardawi (ulamak Ikhawan Mesir) yang meminta agar Ustaz Hadi "berhati-hati dgn Anwar Ibrahim". Pesanan ini dibuat ketika Ustaz Hadi dan rombongannya meminta pandangan Ikhwan Muslimin ketika pertemuan di London, sebelum 16 Sept 2008.


Dr Yusof Qardawi menyebut penglibatan Anwar dengan Amerika amat mencurigakan terutamanya apabila RAND Corporation (US) mendedahkan penglibatan Anwar dalam buku bertajuk " Building Moderate Muslim Netwoks" terbitan yayasan itu dengan tajaan Smith Richardson Foundation.


Dalam buku itu didedahkan strategi Amerika merosakkan Islam dengan menaja kumpulan Muslim Moderat diseluruh dunia. Salah satu ciri Muslim Moderat adalah menolak Mahkamah Syariah, mengembangkan pluralisme agama & menggalakkan dailog antara agama

sumber - fifthcolumnista.blogspot.com


1 ulasan:

Samsol berkata...

Buat pertama kali saya teruja dengan catatan-catatan yang terdapat di dalam blog ini. Mungkin kurang popular tetapi saya dapat merasakan ada satu kelainan blog ini daripada yang lain. Tahniah dan syabas. Teruskan untuk membongkar siapakah Anwar Ibrahim.