MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Nov 2008

Hari ini, 7 November -Kes Liwat Anwar ditentukan di Mahkamah Sekyen atau Mahkamah Tinggi



Hari ini, 7 November -Kes Liwat Anwar ditentukan di Mahkamah Sekyen atau Mahkamah Tinggi


Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ditangguhkan 31 Okoteber lalu akan disambung semula hari ini, 7 November, di Mahkamah Sekyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Dijangkakan, Hakim S. Komathy Suppiah akan membuat keputusan sama ada untuk mengekalkan kes itu di Mahkamah Sekyen atau memindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini, permohonan Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi telah dibantah keras oleh ketua penguam bela Anwar, Sulaiman Abdullah.

Sulaiman Abdullah mengambil masa yang begitu lama untuk mengemukakan hujah-hujah kenapa kes itu perlu dikekalkan di Mahkamah Seksyen termasuk menggunakan alasan tandatangan Abdul Ghani Patail tidak boleh diambil kira kerana Peguam Negara itu masih dalam siasatan BPR ekoran kes mata lebam Anwar 10 tahun lepas.

Sebelum ini, selepas Saiful Bukhari membuat laporan polis mengatakan bekas majikannya, (Anwar Ibrahim) telah meliwatnya, orang yang dituduh itu (Anwar) pula telah membuat laporan polis dan BPR mendakwa kes mata lebamnya, 10 tahun lepas telah diselewengkan fakta oleh Abdul Ghani (Peguam Negara) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara).

Musa Hassan, Ketua Polis Negara telah memfailkan kes di mahkamah mengatakan tuduhan Anwar itu bersifat fitnah dan akan dibicarakan tidak lama lagi.

Sesetengah penganalisis politik melihat tindakan Anwar melaporkan kes 10 tahun lepas sebagai usaha untuk menghalang pihak polis dan badan kehakiman membicarakan kes liwat terbaru Anwar itu.

Turut dipersoalkan motif pendedahan Anwar ke BPR itu, kenapakah dilakukan selepas terdapat laporan polis mengenai aktiviti liwat Anwar pada Jun 2008, kenapakah tidak dilaporkan sejurus selepas beliau didakwa ditumbuk pada 1998 atau dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada 2004.

Motif ini semakin jelas, apabila Ketua Peguam Bela Anwar berkeras tidak mahu memindahkan kes ini dengan alasan tanda tangan Abdul Ghani Patail, Peguam Negara.

Sesetengah pihak berpendapat, pasukan peguam bela Anwar akan berusaha untuk menangguhkan kes ini selewat mungkin, termasuk menggunakan pelbagai alasan lain, kerana jika dibicarakan reputasi Anwar sebagai ahli politik akan terjejas.


Anwar, 61, kini Ketua Pembangkang di Parlimen mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Jika sabit kesalahan, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang juga memperuntukkan hukuman sebatan tetapi hanya terpakai kepada seseorang yang berumur bawah 50 tahun.

Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.

Hakim S.M.Komathy Suppiah berkata Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menentukan kesahihan sijil yang ditandatangani oleh Peguam Negara itu.




Tiada ulasan: