MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Nov 2008

Erdogan : sejarah panjang sebelum pemecatan



Erdogan : sejarah panjang sebelum pemecatan


Oleh: Roslan Bian

SAMA ada dia keluar atau saya yang keluar, itulah reaksi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad ketika ditanya mengenai tindakan pengguguran beliau sebagai Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Selangor oleh bosnya, Datuk Dr Hassan Ali.

Menurutnya, perbezaan besar antara beliau dan Hassan ialah daripada segi pendekatan untuk memastikan sokongan terus diberikan kepada pakatan pembangkang.

“Saya lebih melihat kepada perlunya diperkukuhkan Pakatan Rakyat bukannya hanya melihat sokongan dalam konteks parti semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pergeseran yang berlaku antara beliau dengan Hassan yang dikatakan melibatkan soal dasar.

Pergeseran antara Khalid dan Hassan dikatakan bermula sejak sebelum pilihan raya umum Mac lalu berhubung soal penentuan kerusi yang hendak ditandingi.

Setelah itu ia berlarutan sehinggalah kepada rasa tidak senang Hassan di atas layanan kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap PAS termasuklah beberapa keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang dikatakan menjejaskan kepentingan Melayu dan Islam.

Menurut Khalid, bagi beliau PAS tidak harus hanya bercakap tentang memperkukuhkan parti itu sahaja tetapi mestilah dalam ruang lingkup yang lebih besar melibatkan Pakatan Rakyat.

Katanya, buat masa ini pakatan pembangkang itu menguasai lima buah negeri dan tiga daripada negeri itu diketuai oleh PAS.

“Jika di tiga negeri yang kita kuasai mendapat sokongan daripada parti pakatan kenapa tidak PAS memberikan kerjasama dan menyokong kerajaan negeri yang diketuai oleh parti gabungan iaitu DAP dan PKR,” jelasnya.

Apa yang penting sekarang menurut Khalid, Hassan mestilah membuktikan bahawa dengan pasukan baru yang dibentuknya pada peringkat Perhubungan PAS negeri beliau dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Jika tidak beliau perlu bertanggungjawab,” jelasnya. – 26/5/2008

-----------------------



Khalid digugur sebab 'tikam belakang' Hassan Ali?


PASTI ada sebab mengapa Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali mengugurkan timbalan II beliau, Khalid Abdul Samad daripada saf kepimpinan parti itu di Selangor.

Memang benar, beliau mempunyai kuasa penuh melantik dan menggugur mana-mana pemimpin PAS negeri tetapi mengenepikan Khalid, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam perlu ada sebab lebih kuat.

Selain Khalid, turut digugurkan Ketua Penenrangan PAS Selangor, Shaari Sungib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang.

Tempat Khalid digantikan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat manakala Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir mengambil alih jawatan Ketua Penerangan PAS negeri.

Seorang pemimpin parti yang rapat dengan Dr Hassan memberitahu Agendadaily, Dr Hassan yang juga Naib Presiden PAS Pusat itu mempunyai alasan munasabah membuat perubahan drastik itu demi survival PAS Selangor dalam kerajaan campuran PKR dan DAP di negeri itu.

Beliau mengakui Khalid adalah seorang yang vokal dan sering bersuara dalam isu-isu tertentu di Selangor seperti pelantikan Low Siew Moi sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan RM10 juta untuk rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Katanya, Khalid boleh mempertahankan tindakannya itu dengan alasan tanggungjawab sebagai seorang ahli Parlimen untuk menjaga kepentingan semua rakyat walaupun kadangkala menyentuh isu agama serta kaum dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Namun disebalik itu, Khalid adalah pemimpin PAS negeri yang dilihat kerap mempertahankan tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta tidak bersetuju jika PAS Selangor mahu membantah tindak tanduk Menteri Besar itu.

“Beliau seolah-olah memandang sesuatu perkara itu tidak serius dan PAS negeri tak perlu berkeras terhadap Menteri Besar. Ini bertentangan dengan sikap Dr Hassan yang tidak bersetuju perkara berkaitan Islam dan Melayu di Selangor diperleceh,” ujarnya.

Sumber itu juga tidak menafikan tindakan terhadap Khalid ada kaitan dengan tindak tanduknya yang dilihat menyokong penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Agendadaily difahamkan, ada peristiwa selepas retreat PAS di Langkawi baru-baru ini menyebabkan Dr Hassan mengambil tindakan tersebut.

Ketika retreat itu, Dr Hassan banyak bercakap mengenai layanan tidak sepatutnya yang diterima PAS dalam kerajaan campuran di Selangor.

Khalid memang tidak menghadiri majlis itu tetapi seorang pemimpin muslimat PAS membocorkan apa yang berlaku dan menceritakan kepada beliau bagaimana Exco Agama, Adat Istiadat dan Infrastruktur Selangor itu mendedahkan layanan tidak patut PKR dan DAP kepada PAS Selangor.

Ahli Parlimen Shah Alam itu yang tidak berpuashati, kemudiannya seperti bertindak menikam Dr Hassan dari belakang dengan memanggil Adun serta ahli Parlimen PAS Selangor menghadiri perjumpaan PASCAD, yang di pengerusikannya.

Dalam perjumpaan itu, Khalid dilaporkan ‘menghentam’ Dr Hassan dan dikatakan mempertahankan bahawa PAS perlu menguatkan sokongan kepada usaha-usaha pakatan rakyat.

Tindakan Khalid ini juga sampai ke telinga Dr Hassan dan pastinya mengundang rasa tidak senang hati dan ekoran itu juga rombakan dalam kepimpinan PAS Selangor dilakukan.

Bagaimanapun, menurut Dr Hassan dalam satu kenyataan, Isnin, berkata pengguguran itu dibuat bagi membolehkan Khalid memberi tumpuan sepenuh masa dalam menjalankan amanah di peringkat pusat sebagai Ahli Parlimen Shah Alam, Ahli Lujnah Politik Pas Pusat dan Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas Negeri.

Kini hampir jelas PAS berdepan isu dalaman terutama di negeri yang ditadbir bersama oleh tiga parti pembangkang tersebut.

Malah, ada pemimpin PAS tidak senang hati melihat pemimpin DAP berhujah sesuka hati perkara-perkara yang boleh menyinggung orang Melayu dan agama Islam.

Sepatutnya sebagai parti yang sepakat mentadbir negeri dan bercita-cita mentadbir negara, DAP dan pemimpin bukan Melayu dalam PKR harus menjaga sensitiviti rakan-rakan mereka dalam pakatan tersebut.- 25/11/2008

sumber-Agendadaily.com






Tiada ulasan: