MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Okt 2008

Sah Anwar Pembohong!



Sah Anwar Pembohong!


Saya ingat Anwar dah berubah....rupa-rupanya tidak. Kalau dalam UMNO dulu, menipu dan mungkir janji dah jadi budaya. Ingatkan bila dah keluar UMNO dan bersama PKR dan PR beliau dah berubah lebih-lebih lagi bila selalu berdamping dengan para ulama di dalam PAS. Rupa-rupanya budaya tersebut telah menjadi darah daging beliau hingga sukar untuk dibuang.

Satu dunia tahu yang Anwar berjanji dengan rakyat Malaysia bahawa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat akan dibentuk pada 16 September, 2008. Anwar dah janji dengan DAP, Anwar dah janji dengan PKR, Anwar dah janji dengan PAS dan ahli-ahli mereka bahawa kerajaan akan bertukar pada 16 Sept. Habis semua orang gelabah lebih-lebih lagi UMNO. Habis semua orang mengharap lebih-lebih lagi pemimpin yang kemaruk pangkat dalam PAS. Dah ada dikalangan pemimpin PAS sendiri dah mula pasang angan-angan nak jadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Terlalu banyak masa dan tenaga dibuangkan untuk berbincang berkenaan pembentukan kerajaan baru sehingga PAS hampir atau dahpun berpecah. Hinggakan wala' dan taat kepada pemimpin sendiripun dah beralih arah. Hinggakan pandangan Presiden sendiripun dipertikaikan. Hinggakan matlamat menegakkan negara Islam pun dikesampingkan. Dan yang lebih parah....hinggakan ayat AlQuran pun sanggup di "tapi" kan.

Bila Dato' Mustafa Ali membuat kenyataan bahawa tidak akan terbentuk kerajaan PR pada 16 September, maka terloncat-loncatlah budak suruhan Anwar dan Husam menyerang Dato' Pa. Kununnya mungkin nak jadi hulubalang Anwar dengan harapan Anwar akan jadikan mereka sebagai kroni beliau agaknya. Yang paling sedih ialah bila Husam gunakan pengaruhnya untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz agar sama-sama menyerang Dato' Pa. Peristiwa ini tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.

Akhirnya, bila tiba 16 September, 2008 tidak ada apa-apa pun yang berlaku. Tidak terbentuk pun Kerajaan Pakatan Rakyat seperti yang dijanjikan oleh Anwar dan seperti yang diharapkan oleh jutaan rakyat Malaysia. Yang ada hanya beberapa siri sidang media Anwar yang sering dihadiri oleh kumpulan Erdogan PAS yang terhegeh-hegeh nak jadi menteri. Bila orang tanya pasal kerajaan PR dia hanya jawab... I have the numbers, I have the numbers! Bila orang tanya siapa dia yang nak lompat tak boleh jawab, kununnya strategi... takut kena kacau.

Seribu satu alasan dan dalih diberikan. Dan seperti selalu beliau masih berjaya meyakinkan sebahagian besar penyokong PR untuk percaya kepada alasan-alasannya... termasuk dua tiga kerat yang kempunan nak jadi menteri dalam PAS. Entah ilmu apa yang di pakai Anwar sampai orang boleh percaya kepada cakap dia walau ditipu berkali-kali.

Kemudian dengan muka tak malu terpaksa mengiakan pendapat Dato' Pa apabila Anwar terpaksa meminta Pak Lah buat sidang parlimen tergempar untuk nak bawa usul undi tak percaya terhadap Perdana Menteri. Satu tarikh baru diberikan iaitu 23 September untuk Paklah buat sidang parlimen tergempar, kalau tidak........

Akhirnya bila tiba 23 September... tidak ada apa-apa juga yang berlaku. Yang ada hanya "berlakun". Memang Anwar pandai berlakun. Kesalahan diletakkan kepada Paklah kerana tidak memanggil sidang parlimen tergempar. Sekali lagi rakyat Malaysia termasuk PAS kena tipu.

Satu persoalan disini....betulkah Anwar ada majoriti ahli parlimen yang dah melompat dan bersama PR? Siapa yang boleh confirm? Macam-macam versi yang Anwar berikan kepada PAS. Sekejap kata dah cukup kuota muslim. Sekejap kata dah cukup bilangan yang melompat tapi masih tak cukup bilangan ahli parlimen muslim. Yang pastinya beberapa nama yang Anwar berikan kepada PAS kununnya dah setuju nak melompat adalah ternyata TIPU. Tak perlulah saya dedahkan disini siapa nama-nama tersebut. Cukup jika saya katakan Anwar "don't have the numbers" atau hanya "hope to have the numbers".

Tetapi, apa yang menghairankan ialah macam mana Husam dan kumpulan erdogan dalam PAS yang kununnya pandai sangat berstrategi boleh percaya bulat-bulat kepada cakap Anwar dan masih memberi kepercayaan yang tinggi kepada Anwar walaupun dah ditipu berkali-kali.

Dan yang paling menyedihkan ialah bila mereka menyalahkan Tuan Guru Hj Hadi sebagai punca tidak boleh terbentuknya kerajaan baru PR. Kununnya disebabkan oleh syarat majoriti muslim yang diberikan oleh Tuan Guru Presiden dan keengganan Tuan Guru Presiden untuk menandatangani surat persetujuan lah yang menjadi punca kegagalan kerajaan PR.

Dalam mesyuarat Lujnah Politik PAS yang terakhir (sebelum sidang Parlimen) pun kumpulan erodogan ini masih yakin bahawa kerajaan baru pasti akan ditubuhkan sebaik sahaja sidang parlimen bermula. Hinggakan masing-masing sibuk berbincang tentang portfolio menteri yang PAS akan dapat (termasuklah Khalid Samad sehingga baru-baru ini melalut-lalut buat kenyataan dalam akhbar Sinar - siapa yang beri dia mandat untuk bercakap macam tu pun tak tau).

Yang hairannya DAP tidak pula sesibuk atau terlalu optimis membabi buta seperti (kump erdogan) PAS tentang penubuhan kerajaan baru tersebut. Dan bila Karpal Singh dan Lim Kit Siang buat kenyataan bahawa mereka tidak begitu selesa dengan adegan lompat melompat ni - tidak ada pulak golongan "erdogan" dalam DAP yang bangun menentang kenyataan pemimpin mereka. Nampaknya DAP lebih menghormati pemimpin dan lebih memahami konsep wala' kepada pemimpin berbanding PAS.

Walaubagaimanapun saya bersetuju bahawa jika sekiranya benar Anwar ada sokongan majoriti ahli parlimen, 13 Oktober adalah tarikh yang sepatutnya kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat terbentuk. Kalau dah lebih daripada separuh ahli-ahli Parlimen telah berpihak kepada Anwar dan Pakatan Rakyat pada masa itu dan kurang daripada separuh sahaja dimiliki oleh BN maka apa lagi dalih dan alasan untuk tidak membuat undi tak percaya terhadap Paklah dan membentuk kerajaan PR. Kalau dah sebelum ini bersungguh-sungguh nak minta Paklah buat sidang parlimen tergempar - sekarang bila parlimen dah bersidang buatlah dan buktikanlah yang Anwar "have the numbers"!!!

Namun, hampeh....pada tanggal 13 Oktober, 2008 bila sidang parlimen bermula, tidak ada apa-apa pun yang berlaku melainkan ucapan pembahasan bajet oleh Anwar yang meleret-leret sehingga kebanyakan ahli parlimen BN (yang sepatutnya dah jadi ahli parlimen PR) keluar dari Dewan sebab boring.

Kemudian Anwar buat kenyataan lain dalam ceramahnya di Kota Bharu bahawa kerajaan PR akan dibentuk sebelum Hari Raya Haji pulak.

Jadi, apakah kesimpulannya dan kesudahannya??? Apa lagi muslihat Anwar.
Secara nyata dan jelas Anwar telah berulang kali menipu dan berbohong kepada PAS, DAP dan seluruh rakyat Malaysia sehingga negara kita jadi tak keruan baik dari segi politik dan ekonomi. Berilah apapun terma dan nama.... strategi, taktik, perang psikologi, political game dll - yang jelasnya Anwar MENIPU dan BERBOHONG.

Dalam Islam, orang yang MENIPU dan BERBOHONG adalah tidak layak sama sekali diangkat menjadi pemimpin.

Kepada Husam dan kumpulan erdogannya... cukuplah tu. Janganlah anda pulak nanti yang terpalit dengan sifat menipu dan bohong Anwar. Sedarlah bahawa anda semua telah terpedaya dengan dakyah serong Anwar sehingga anda terlebih kagum dan taat kepada beliau berbanding dengan pemimpin sendiri. Sedarlah bahawa disebabkan temberang Anwar sudah banyak kerosakan yang telah berlaku di dalam jamaah kita.

Berilah kepatuhan yang tak berbelah bagi kepada kepimpinan Tuan Guru Presiden. Ikutlah cakapnya dan dengarlah pandangannya yang senantiasa dipimpin AlQuran dan AlHadis. Nescaya kita akan sampai kepada matlamat dan ghayah kita walaupun tidak terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat.

sumber - antihusam.blogspot.com

6 ulasan:

wokyoh berkata...

salam semua,

dulu saya melihat husam musa adalah sebutir bintang yang bakal bersinar..namun anwar lebih bijak membaca gerak musuh...lalu disambarnya husam ,terus dijadikan batu loncatan atau kambing hitam untuk menjayakan misi peribadinya...maka jadilah husam budak suruhan anwar yang begitu kemaruk untuk naik cepat kepuncak.

semoga husam terus sedar yang dia hanya diperbodohkan oleh anwar dengan janji janji manis dan angan angan mat jenin saja.

husam dan endogan perlu kembali kelandasan perjuangan asal untuk membela agama islam yang maha suci.
Tinggalkanlah anwar kerana anwar tidak boleh dijadikan pemimpin ,apa lagi sebagai kawan seagama kerana anwar sudah jauh hanyut dengan agenda agenda yang dibayangi oleh yahudi-zionis.Seperti yang prof dr chandra kata ...anwar amat bahaya...

ChelsyB berkata...

Out of topic:

Be careful of Quran made in America with the title of "The True Furqan"
http://www.islam-exposed.org/furqan/contents.html

with 77 surahs,including Al-Fatihah,Al-Jana and distributed in Kuwait by Omega 2001 and Wine Press publication,another one with the title of 'The 21st Century Quran'! with 366 pages in Arabic and English distributed to the youngsters and school children @The Englsih school there.

Another way on manipulating ummahs!! May God bless us and not to fall into this trap of kafirun!!

Zahar berkata...

Lagi aku tonton video si nuar ni, tambah kesian aku tengok dia. Kesian dan malu...pasal dia ni macam dok kemaruk sangat nak jadi PM, sampai macam2 dia boleh kata.

Aku rasa dia ni tak malu sebijik pun, tapi aku yang lagi malu tengok dia tak tahu malu.

Yang kesian jugak pada pengikut2 dia. Tapi tak kesian sangat macam kesian kat dia... pengikut2 dia tu semua kaki mencarut dan kaki gaduh... pasal tu kurang kesian kat depa.

beruang berkata...

Salam sejahtela,

Saudala zahar sama wokyoh selta aidc,

Wa talak kasiha sam iu Bapak Liwat sebab wa tau di memang kaki tembelang dali dulu sampai sikalang sebab wayar lalam kepala lia manyak sulah simpul, simpul, ala itu short circuit.

Wa ammmat kasian sama lia punya pengikut lorrr. sebab meleka ini alalah bapa dan ibu kepada genelasi malaysia akan datang. Kalau mak bapak kuat calut selta maki hamun, cuba lu olang fikir, dia punya anak akan jadi macamana nanti? Haiyya, belum sempat itu Bapak lliwat mau lasa keindahan jadi peldana menteli, semua anak2 dan keltulunan penyokong2 lia hali2 mencalut dan maki. Silap halibulan, mak bapak sendili akan kena calut selta maki. Ini kah Islam libelal yang dia mau semua lakyat malaysia ala? Haiyya, wa punya bapak, kalu dengar wa adik beladik cakap pelkataan 'cilaka' sula kena cili lorr. Wa manyak takut, tapi wa pelhatikan, semenjak Anwar punya gila sampai tahap maksimum, semua penyokong lia juga itu macam.

Wa kasian sama future peldana menteli malaysia yang kena kelja kelas untuk mempelbaiki akhlaq selta moral anak malaysia yang semakin losak.

Haiyyaaaaa

cucupakkasim berkata...

dalam perkara ini,bahawa ada mp akan lompat bukan lah cakap kosong(rujuk kenyataan saiful bukhari bahawa antara tugas beliau ialah mengaturkan pertemuan antara anwar dengan mp yang nak lompat)tetapi malangnya,mantan pm terlebih awal telah menghidu akan perancangan ini dan telah mengambil beberapa langkah beberapa untuk menghalang perlompatan ini..kalau tuan seorang penganalisis tentang politik tuan tentu tahu apa kah langkah-langkah yang telah tun mahathir buat..lu pikir lah sendiri.

MyIdea berkata...

Kena tanya kepada pemimpin PAS.. tak bau busuk ke kena kencing oleh anwar..