MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Okt 2008

Dua sebab saya ragui Anwar - cekka



Dua sebab saya ragui Anwar - cekka


Semasa krisis 1998 dahulu.. saya amat menyokong Anwar Ibrahim!!

Pada saya.. Anwar Ibrahim nampak ‘lebai’ dan membawakan perwatakkan seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam, hati jadi terpaut.. Malahan kami sekeluarga menyumpah-seranah kepada Mahathir kerana menzalimi Anwar.

Perasaan benci itu terbawa-bawa sehingga ke tahun 2008.. apa jua cerita mengenai keburukkan Anwar saya tidak percaya. Apa jua berita dari akhbar pro-kerajaan saya tolak mentah-mentah.. apa jua pemimpin BN katakan saya pekakkan telinga..

Malahan.. sehingga ke hari ini saya masih berhati-hati untuk menerima apa jua cerita negatif tentang Anwar..

Saya meragui Anwar Ibrahim hanya 2 perkara..

1. Kenapa Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah ??

2. Kenapa Amerika beria-ia menyokong Anwar Ibrahim ???


———————————————————————————–

Bercerita tentang sumpah.. tidak timbul samada ianya fitnah atau tidak. Kita boleh menerima ianya satu konspirasi BN.. itu saya boleh terima, ..Saiful diupah oleh Najb pun saya boleh terima..memang boleh diterima dari segi logik akal..

Saya cuba mengguna-pakai ilmu taksir.. menilai keadaan tersebut keatas diri kita sendiri, sepertimana yang diajar oleh orang tua-tua.

Dalam realiti kehidupan.. sekiranya saya dituduh oleh seseorang bahawa saya mencuri dan si penuduh pula bersumpah mengatakan saya pencuri.. sudah tentu saya akan menafikannya, dan saya juga akan turut bersumpah demi menegakkan kebenaran diri saya.

Kalau dia tidak bersumpah.. saya pun tidaklah mahu bersumpah juga. Hal itu sekiranya terjadi kepada diri saya, orang lain saya tidak tahu..

Soal orang mahu percaya kepada orang itu atau saya.. terpulanglah.. Yang penting saya mahu memberi mesej kepada orang sekeliling, saya tidak mencuri. Kalau masih tidak berpuas hati.. kita pergi balai polis, biarlah polis yang menyiasat siapa betul atau salah..

Tetapi, saya melihat Anwar sangat payah untuk bersumpah.. suka cakap itu-ini, alih isu sana-sini. Padahal, dia disokong pula TG Nik Aziz.. seorang ulama yang saya hormati. Payah sangatkah hendak bersumpah demi meyakinkan orang-orang Islam seperti saya ini?

Habis ulama dalam dan luar negeri dibawa masuk agar beliau wajar tidak bersumpah.. padahal tidak perlu jadi begitu bercelaru hanya kerana sumpah. Kalau tak buat, nak takut apa !! Mari.. kita sama-sama buat sumpah.. kita tengok sapa yang kena nanti. Maruah diri ini penting.. apatah lagi jika dituduh minat sama kaum sejenis.

Saya pasti.. sekiranya Anwar bersumpah bersaksikan TG Nik Aziz, saya akan meyokong Anwar habis-habisan.. Saya berharap dalam hati agar Anwar melakukan sumpah juga suatu hari nanti, tetapi hampa..

Sejak dari itu.. hati saya berdesis.. ada sesuatu yang tidak kena dengan Anwar ! Saya ketika itu.. sedikit pun tidak terpengaruh dengan dakyah BN.. itu lahir dari kata hati saya sendiri, tidak terpengaruh dengan sesiapa.

————————————————————————————

Kedua, pada tahun 1998.. Al-Gore menyokong reformasi Anwar. Kerana dilambung ombak kebencian yang teramat sangat kepada Mahathir, saya mengiyakannya.. tapi terlintas juga dalam hati, kenapa Amerika tiba-tiba mahu menyokong reformasi ini ?? Padahal.. sepatutnya, Amerika juga mesti menyokong PAS.. kerana PAS juga menentang BN.

Masa itu saya boleh terima.. Mahathir dicop anti-yahudi, patutlah Amerika marah.. Saya boleh terima dari segi logik akalnya. Tak kisahlah.. itu cerita dulu.

Tahun 2008.. Amerika sokong lagi, pelik?.. Pak Lah pun anti-Yahudi juga ke?? Saya perhatikan Malaysia dah banyak juga buat bisnes dengan Israel dan Yahudi, Khairy pun baik dengan Singapura.. ‘anak emas Amerika’ di Asia Tenggara. Amerika nak marah apa lagi..

Setahu saya.. Amerika sokong Sung-Kyi di Myammar.. itu negara komunis. AS sokong Saddam lawan Iran.. itu negara Islam, AS sokong golongan demokrasi di China.. itu juga negara komunis. Begitu juga di Indonesia.. Venezuala.. Pakistan.. Iran.. Rusia..

Pendek kata.. AS sokong golongan yang memperjuangkan demokrasi di negara-negara komunis dan Islam. Negara-negara yang tidak jadi ‘pak angguk’ kepada AS..

Dari segi logik akalnya.. tentulah AS ada kepentingan atau objektif tertentu disini kerana Malaysia ini negara Islam. Soal Anwar itu agen-yahudi atau tidak.. belakang kira !! Soalnya.. kenapa AS berminat dengan Malaysia??

Minat AS bermaksud ada udang sebalik batu.. Malaysia sudah 5 orang Perdana Menteri, satu pun AS tidak sokong.. tetapi Anwar ini belum lagi jadi PM.. sudah bertubi-tubi memberikan sokongan. Kenapa AS tidak sokong Tun Ghafar Baba dulu.. kenapa tidak sokong Tg Razaleigh Hamzah.. kenapa tidak sokong Tun Musa Hitam.. mereka itu semua bukankah lawan Mahathir??

Akal saya mengatakan.. ada sesuatu yang tidak kena dengan AS ini, samada Anwar bukan sekadar sahabat AS ataupun AS mahu mempergunakan Anwar.. hati saya mula gelisah. Bukan gelisah kerana baca berita Utusan Meloya.. Berita Hairan dan sebagainya, tetapi atas logik akal memerhatikan keadaan semasa.. Kalau saya taksub kepada Anwar, mungkin saya tidak terfikir pun hal ini..

Sekiranya AS tidak bersuara menyokong Anwar.. saya berprasangka baik kepada beliau.

Akal membenarkan, hati mengiyakan.. Ulama mengatakan ‘budi’. Saya sama sekali tidak menyokong Anwar Ibrahim.. Lantaklah apa orang nak kata !! orang lain saya tidak tahu apa dia fikir.. dan saya tidak suruh pun mereka berfikir seperti saya..

Ini undi aku.. ikut suka akulah nak undi siapa.

———————————————————————————–

Hendak sokong UMNO.. BN dah teruk ! Perjuangan Pakatan Rakyat lebih terbuka dan relevan.. tetapi hanya kerana Anwar ada disitu, saya jadi teragak-agak dan terbantut untuk menyokong perjuangan mereka.. Malahan saya melompat gembira Pakatan Rakyat menang dalam PRU 12.. ketika itu Anwar tiada pun..

Kalau saya orang Cina.. mesti saya dah masuk DAP. Tetapi saya sebagai orang Melayu, cuma ada 2 pilihan.. UMNO dan PAS.

Hendak sokong PAS.. mereka bersama Anwar. Lainlah kalau PAS tidak bersama Anwar.. sudah tentu saya berdiri teguh dibelakang PAS. Harap-harapnya UMNO boleh berubah.. senanglah saya hendak membuat keputusan nanti..

Kalau UMNO tidak berubah ??.. hmm.. baik aku undi orang yang korup tetapi tidak menggadaikan agama dan negara, dari orang berselindung di sebalik agama tapi penggadai bangsa dan agama.. seperti kata Raja Petra, orang yang berselindung disebalik agama untuk menjalankan kerja-kerja gelapnya.

Wallahualam.. mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayat-Nya kepada hamba-Mu ini yang lemah lagi tidak terdaya.

sumber - cekka

8 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau macam tu...susah sangat nak buat pilihan..

Pilihlah UMNO, Parti yang menjamin hak keistimewaan org Melayu..

Bukan macam PKR..Parti yg merosakkan org MelaYu...

sufya berkata...

US minat sgt dgn Malaysia? Hmm...this is new..setahu saye..US ada byk lagi isu kena pikir yg jauh lg penting dr Msia..mcm Obama..osama..kyoto..nuclear..mcm2 lah..msia ni sekali dua je kot yg kua dlm cnn tu.huhu.

wokyoh berkata...

salam AIDC...

buat cekka...jangan terpengaruh dengan anwar...anda kini berada dalam konflik..oleh itu...
jadilah umno tulin atau pas tulin..itu saja pilihan yang ada..

jangan jadi anwar silebai malang udah lerr...

Long Man berkata...

samalah macam imam had hari kita...

acap berkata...

pesal korang x suka sangat kat anuar nih?. x paham ak. ak ni sebenarnya dok atas pagar, x sokong mn mn pon. pd segi logik akal dan pandangan ak, anwar ni berjiwa rakyat, sanggup masuk debate nak lwn kerajaan ntuk turun harga minyak, dan katanya betol jgak, harga minyak akn turun dalam masa terdekat,tgk skrang dah turun mendadak. korang dok kata dia ni kaki liwat, ak heran sebab dulu mahkamah dah free kan dia sebab x de bukti kukuh dia liwat. skarang pon dgn saiful pon masih samar-samar lg betul ke tidak crita tu. satu lg yg ak heran ap fungsi bersumpah kalau ad mahkamah? adakah dengan bersumpah kes ini akan selesai? ak rasa anwar x nak bersumpah sebab malaysia ni ada sistem mahkamah, jd ap relevennya bersumpah? kita tunggu dan lihat sajalah. satu lg kenapa kata anwar anti islam? ak tgk anak bini dia semua pakai tudung berlitup berbanding pemimpin lain bini pon berambut merah, cukur kening plak tu? lg satu ap fungsi pas dalam PKR? pas cukup konsisten dalam menegakkan islam dan lantang menyuarakan pendapat tntang islam. kalau anwar anti islam dalam perjuangannya, ak rasa sudah lama pas keluar pakatan rakyat..lg satu kata anwar pro yahudi, amerika. adakah dgn pertemuan dgn pemimpin tersebut terus mengatakn anwar pro amerika. ak tgk skarang pon malaysia sudah pro yahudi dan amerika. lihat sajalah jenama yahudi seperti ,Mc Donald's, KFC, Coca-cola,Maybelline, Ambi Pur,Johnson & Johnson, StarbucksCoffee berlambak kat malaysia.mengkayakan yahudi samalah seperti pro mereka. x de plak sekatan sikit pon barangan mereka sperti negara islam lain? ak mahu penjelasan yg releven dari sesiapa..

Truth prevails berkata...

...jenama yahudi seperti ,Mc Donald's, KFC, Coca-cola,Maybelline, Ambi Pur,Johnson & Johnson, StarbucksCoffee berlambak kat malaysia.mengkayakan yahudi samalah seperti pro mereka. x de plak sekatan sikit pon barangan mereka sperti negara islam lain? ak mahu penjelasan yg releven dari sesiapa.."

-----------------------------------
Hallooooo....sah sah ni katak bawah tempurung!! Negara Islam mana yg u nak jadikan contoh xde benda2 jenama yg u sebutkan diatas tuh???

Sedangkan KIngdom of Saudi Arabia pun ada semua tuh dan apalagi yang lain2 ..maybe Palestine,tapi AFghanistan tak tau plak....malah kebanyakan Middle Eastern countries adalah pro-US...

Bourne berkata...

pasal sokong anwar nie senang ja. depa depa tu sama laa macam orang umno yg tak kena pilih untuk bertanding. ada sekor lagi nak masuk kem anwar nama dia zaid. lagi satu depa depa ni ada sikit short la kat otak tu. dah terang lagi bersuluh. macam la kenal anwar tu baguih sangat samapi seluaq dalam dia ... hangpa tau jenama apa dia pakai? toksah spenda la..... baju dia brand apa? kalu tu pun xleh jawab hangpa tak kenai la anwar ni lagi.

ni semua orang yg tak diterima di umno la. yang umno ni pun ada juga problem dia.... banyak jugak la pemimpin dia yg taksub dan ego. tapi tu tengah dok buat cleansing la tu. manalah tau kot kot kehadap nu esok jadi bersih sikit kalau pun tak banyak mana sangat. kurang kurang nya ada la jugak effort kan. takkan la najib dgn muhyiddin nak buat kerja bodo lagi. najib tu pun bukan lama sangat kot jadi PM. kot la..... takuit jugak la ni macam macam dok terbit. mcm mcm depa kata.

pas tu pula jangan la hangpa dok agung sangat. banyak banyak pemimpin dia orang pun gila juga. kalu hangpa perati pi ada ja la hadis dan fatwa yang keluar untuk kepentingan parti depa. hadi dengan fatwa bodo dia, nik aziz berselindung keterangan ayat dengan alasan dan olahan hadis. tak betul la sangat kan. ugama ugama la yang dok politik dengan ugama tu buat apa. bukan nak kata depa ni bodo tapi agak agak la......sampai la fatwa makan diri. la ni apahai......dah tu dok racun melayu sama melayu bertelagah konsep ni la yg depa jadi sepakat dengan PKR tu .... ikut rentak DAP.

nampak nya UMNO la walau pun ada sedikit korup boleh la jugak tulong org melayu. bagi subsidi, biasiswa bantuan macam macam ... peluang bisness (walau pun la ni sema kena kebaih dgn tiga abdul ni) tapi dulu ada la jugak.

hangpa tak suka mahatir ... tp masa dia ada jugak kita rasa mewah, kreta dua tiga bijik untuk kelas pertengahan ni kira ok gak laa.... mai la ni sebijik pun aku tengok ramai menggeliat nak bayaq. pasai korup tu ahli dan orang macam hangpa jugak yg dok mintak. kalu tak takkan orang nak bagi.

orang mintak ada la org bagi.... tak bagi kata kedekuit, tak reti jaga pengundi dan penyokong...la kami sokong hang rumah sapa nak jaga laa....

wooiii melayu bangkit laaa.....jangan dok tidoq skali dengan dollah sleeping beuty tu.

Naman berkata...

Salaam,

Tidak menghairankan sekiranya ada yg mengadu dia tidak faham kenapa ada pihak yg menuduh Anwar sebagai agen yahudi, pengkhianat, anti-Islam dll yg negatif. Sebab apa yg diperhatikannya Anwar itu baik belaka pada zahirnya.

Walaupun blog ini dah berpuluh2 artikel yg membuktikan hubungan Anwar dgn Yahudi tapi tak semua peringkat akal dapat memahaminya. Ada orang, baginya tuduhan agen yahudi itu nak dibuktikan sejelas-jelasnya seperti adanya clip video yang majlis akad yang menunjukkan seorang yahudi bersalam dengan Anwar seraya berkata “aku lantik dikau menjadi agen yahudi” dan anwar pun dilihat berkata “ aku terima perlantikan menjadi agen yahudi tersebut”. Clip itu pula tersebar di Youtube dan internet merata2, barulah orang2 peringkat akal sebegini akan memahaminya.

Tun M sendiri pun tidak menyalahkan pengikut2 PKR yg taksub dengan Anwar sebab segenius Tun M itu sendiripun mengambil masa bertahun2 untuk memahami bahayanya seorang Anwar Ibrahim.

Saya sendiri pun tak terkecuali. Sebagai sebagian daripada gerakan Islam, saya atau kami menganggap Anwar adalah produk gerakan Islam. Semua persatuan gerakan Islam dulu pun mengiktirafnya sebegitu. Sebab itu kejadian 1998, kami semua memberontak. Satu produk gerakan Islam telah dizalimi dan kesemua persatuan tak kira ideology bersikap radikal ketika itu. Kami memang menolong dan sokong Anwar dulu sewaktu dia susah.

Tapi tolong dan sokong itu bersebab. Sebab dia produk gerakan Islam. Bukan sebab dia tu Anwar Ibrahim. Mungkin org lain begitu terpesona dengan tampilan Anwar yg seolah2 dewa turun dari kayangan tetapi Alhamdulillah saya tidak sampai begitu. Saya dapat melihat keadaan secara objektif dan saksama. Perjuangan itu hakikatnya melebihi rasa kagum kepada individu dan bukanlah perjuangan itu berdasarkan kepada individu.

Hakikatnya Anwar sudah menyimpang dan tidak ada lagi title produk gerakan Islam!!

Alhamdulillah, saya hanya memerlukan beberapa bukti sahaja untuk memahaminya. (piawaian pembuktian saya adalah ketat dan sukar dipenuhi, tetapi taklah sama macam org yg melihat bukti2 yg berkualiti tapi tak faham2).

Yang lain memerlukan bukti2 yang lebih. Bukti2 itu pula perlu difahami. Yg tak faham bertanyalah kepada orang yg memahami.

Bagi mereka yg di atas pagar dan tak faham tetapi bersedia untuk menganalisa, tahniah!! Anda mengikut kaedah dan landasan yang betul. Anda sedar anda perlu memahami dan tak ingin diri anda menjadi haru-biru disebabkan penyakit taksub. Kajilah dan minta petunjuk dari Tuhan.

Zahir seseorang itu mungkin nampak baik, pakaiannya dan tingkah lakunya. Bacalah tindakannya dan fahamilah kesan tindakan tersebut. Memahami kesan tindakan itu berbeza pula mengikut taraf akal dan kekuatan kefahaman masing2. Tapi berusahalah, semoga anda mendapat petunjuk.

Wallahua’lam.