MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

16 Okt 2008

Agenda 'Muslim Moderate' Anwar dan kesannya kepada PAS

Anwar Ibrahim menerima anugerah Muslim Moderate 2005, di Washington.


Agenda 'Muslim Moderate' Anwar dan kesannya kepada PAS


oleh Abdar Rahman Koya

Sejak pembebasannya tahun lepas (2004) sebaik sahaja menghabiskan masa 6 tahun di penjara Malaysia, Anwar Ibrahim telah menjadi kesayangan barat disebabkan oleh promosinya dalam Islam yang dirujuk sebagai ‘sederhana’ dan bersahabat baik dengan Barat. ABDAR RAHMAN KOYA (Mei 2005) melaporkan dari Kuala Lumpur.


Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dibebaskan September tahun lepas, amat sinonim dengan politik semasa Malaysia. Beliau pernah menjadi pemimpin pelajar, amat dikenali dalam kelompok Islam di seluruh dunia ; kegemilangan dan kejatuhannya diikuti rapat oleh rakannya dan aktivis.

Apabila beliau dibuang, ditahan, dipenjarakan dan dituduh dengan tuduhan yang berjaya dibuktikan, ramai Muslim di Malaysia dan mereka yang mengambil berat dengan gerakan Islam telah melihat proses ini adalah satu sifat politik sekular. Tambahan pula, ramai di dalam gerakan Islam global tidak terkejut dengan drama yang telah menyelubungi keadaan politik Malaysia bermula September 1998, apabila beliau dipecat, kepada pembebasannya 6 tahun kemudian.

Dalam keadaan huru-hara ini, Anwar Ibrahim telah muncul sebagai satu ikon yang latar belakang peribadinya dan pengalaman politik telah membawa bersama pelbagai jenis latar belakang rakyat – penganut Islam, yang 'moderate' (sederhana) serta sesetengah parti yang agenda anti-Islam amat sukar untuk disembunyikan.

Satu fakta yang perlu diakui : Secara politiknya Anwar adalah seorang yang mempunyai kemahiran, dan mempunyai keupayaan untuk kembali semula sebagai pemimpin yang popular. Sama ada ini disebabkan oleh karismanya atau kepimpinannya, kepintaran politiknya, atau disebabkan oleh kemahiran pidatonya yang menarik perhatian.

Sekarang beliau semakin dilaungkan sebagai ‘moderate’ di sesetengah kelompok barat; diarinya dipenuhi dengan temu janji ceramah di institusi akademik dan politik sama ada di Barat atau ditaja oleh Barat.

Tidak mengejutkan, “dialog antara peradaban”, tajuk yang tidak mempunyai risiko untuk ahli politik mendapat imej yang baik di kalangan pemimpin Barat, adalah salah satu temanya ke mana sahaja beliau berceramah.

Mungkin disebabkan hasil kemajuan ini, ramai yang berada di dalam gerakan Islam sangsi terhadap kejujuran Anwar kepada gerakan (dialog antara peradaban) ini, walaupun latar belakangnya sebagai seorang pemimpin pelajar Islam ‘radikal’ yang telah beri kesan besar ke atas keadaan politik Malaysia pada masa lalu.

Keraguan ini sah, dan kenyataan dan tindakannya yang terbaru dan telah menambahkan lagi keraguan ini.

Pengambilannya oleh Mahathir pada 1981 untuk “dasar Islamisasi” telah menghasilkan ramai kawan dan musuh kepadanya : ramai melihatnya sebagai seorang yang menguasai kemahiran politik, dalam kata lain lelaki sepanjang zaman, tahu menyesuaikan diri dengan keadaan.

Dengan mempertimbangkan bahawa beliau dilihat sebagai seorang pemimpin “Muslim radikal” pada tahun 70-an, dan penyokongnya pernah sekali menggempur kedutaan AS, Anwar Ibrahim terjun ke acuan Islam yang berlainan telah dilihat sebagai dramatik seperti kemunculannya dalam kabinet Mahathir.

Dengan sejarah seperti ini, sukar untuk gerakan Islam mengabaikannya, dan lebih sukar untuk gerakan Islam dalam bahasa lainnya - untuk tidak mengenalinya.

Agen perubahan Amerika ke dunia Islam

Sejak kebelakangan ini, Anwar Ibrahim berkunjung ke seluruh dunia, dengan kebanyakan rakannya berada pada kedudukan tertinggi mengalu-alukannya, walaupun pada hakikatnya beliau tidak memegang apa-apa jawatan rasmi dalam kerajaan Malaysia.

Di Amerika, beliau telah menyampaikan banyak syarahan dalam tugasnya sebagai jurucakap untuk “dialog antara peradaban”.


Foto di atas, pertemuan bersejarah Paul Wolfowitz melawat Anwar di Munich, 2004. Pertemuan ini dianggap detik penting untuk mempakejkan Anwar dari label 'Islam Radikal' kepada 'Islam Moderate'. Foto bawah, pertemuan susulan Anwar melawat Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Amerika di Pentagon, Washington. Selepas pertemuan susulan ini, Anwar dicaturkan menjadi 'agen perubahan' ke dunia Islam bersandarkan jawatan pensyarah pelawat Universiti John Hopkins dan Georgetown, Amerika.



Sejurus selepas pembebasannya beliau telah disambut di Munich, Jerman, tempat beliau dirawat kecederaan tulang belakang, yang tidak lain tidak bukan adalah Paul Wolfowitz, arkitek perang AS ke atas Iraq.

Proses mempakejkan Anwar dari Islam Radikal ke Islam Liberal

Oleh yang demikian bermula satu usaha ‘mempakejkan’ semula Anwar Ibrahim : beliau berhenti daripada menjadi 'pemimpin kebangkitan' sehingga 1998, dan beliau telah menjadi seseorang yang bersahabat dengan 'mentor' (Paul Wolfowitz) dari Barat -mereka ini dijadikan penghubung masa depan politik oleh 'bakal pemimpin Asia Tenggara – adalah sesuatu yang tidak ternilai kepada Barat dalam pencarian terdesak mereka untuk “agen perubahan” dalam dunia Muslim.

Sekurang-kurangnya dari pembinaan imejnya, dari cara berpakaian kepada kenyataan berhati-hati yang dibuatnya tentang hegemoni (dominasi Amerika sebagai kuasa tunggal)AS dan Barat, beliau telah memperoleh status sebagai “kesayangan Barat”.


Foto atas : Anwar menerima gelaran tokoh “Muslim Moderate of the Year Award 2005" anjuran CSID dan ditaja dana Amerika NED. Foto ini menunjukkan anggota-anggota CSID, Amerika, dari kiri, Antony Sullivan, (Vice-Chair CSID), Radwan Masmoudi (President CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Chair CSID).Foto bawah, Carl Gershman (Presiden NED) turut serta dalam perbincangan Islam dan Demokrasi yang dibentangkan Anwar. CSID atau Center for the Study of Islam and Democracy, Amerika pun boleh ditaja oleh dana yang didalangi Yahudi iaitu NED, NDI, IRI dan USAID, bermakna pengaruh Zionis mula menyusup ke dalam pertubuhan berlabel "Islam" tetapi disuntik dengan "Demokrasi".



Dalam stail yang sama, pelbagai perkataan telah digunakan oleh kelompok Barat untuk menggambarkannya : Anwar adalah seorang yang 'moderate', seorang pemikir, seorang reformis : Beliau seorang 'Muslim liberal', seorang 'Muslim demokrat' ; istilah yang Anwar sendiri mungkin tidak selesa, tetapi kepada sesiapa yang menggunakannya untuk Anwar, mereka tiada apa yang perlu dipersalahkan kecuali kepada diri Anwar sendiri.

Anwar : Sahabat atau musuh Islam ?

Siapa kawan sebenar Anwar menjadi soalan yang sentiasa diajukan sejak pembebasannya : soalan seperti ini boleh diabaikan dalam semangat realiti diplomatik antarabangsa apabila beliau berada dalam kedudukan teratas dalam kerajaan. Tetapi sekarang beliau tidak mempunyai jawatan politik, ramai yang tertanya-tanya kenapa beliau bertemu dengan orang seperti Wolfowitz, dan dialu-alukan di Pentagon.

Secara jelasnya, beliau dipersiapkan oleh Washington dan wartawan Barat sebagai “suara Islam yang sederhana”.

Pada 11 April, pada satu persidangan di Qatar, dianjurkan oleh Forum Dunia Al-Islam (sebuah badan yang ditaja oleh beberapa kepentingan Amerika) Anwar Ibrahim mengatakan bahawa beliau “mengakui” bahawa serangan AS ke atas Iraq telah menandakan permulaan baru untuk “suara kebebasan”, dan tidak bersetuju bahawa ianya satu perang menentang rakyat Iraq atau Muslim.

Anwar dilantik sebagai AJK Pusat NED. NED mempunyai 4 cabang iaitu ACILS, CIPE, NDI dan IRI : Keterangan foto Anwar Ibrahim satu - satunya Melayu Islam dari Asia berada di tengah - tengah kaum Yahudi Zionist Amerika . Lorne Craner (no 5 dari kiri), Presiden IRI ; Ellie Larson (no 9 dari kiri), Pengarah Eksekutif Solidarity Center/ACILS ; Carl Gershman (no 7 dari kanan), Presiden NED; Kenneth Wollack (no 3 dari kanan), Presiden NDI; John D Sullivan (no 2 dari kanan), Pengarah Eksekutif CIPE. Kebanyakan Zionist pemegang jawatan dalam NED ini turut memegang jawatan dalam USAID dan CIA.



Memandangkan kenyatan itu tidak dapat membangkitkan perasaan gembira dan rasa puas hati Uncle Sam (Presiden Bush), Anwar mengumumkan sokongan untuk pencalonan Paul Wolfowitz untuk mengetuai Bank Dunia, bertentangan dengan protes sekutu AS Eropah.

Kepelbagaian kenyataan ‘kritikan yang dibuatnya sendiri’, sekarang mengikut stail di kalangan Muslim ‘moderate’, di samping teguran lembut terhadap dasar Amerika, memberikan kepercayaan kepada anggapan bahawa inilah lelaki yang dipersiapkan oleh Barat untuk mengetuai salah sebuah kerajaan Muslim yang hebat di dunia.

Dr Muzaffar Iqbal menjelaskan fenomena ini : ‘Muslim Moderate’ adalah “jenis yang kritikal terhadap diri sendiri”, seperti yang ditulisnya, “mengulangi mantera kesukaan mereka : kita mesti berhenti menyalahkan orang lain terhadap nasib malang kita, masalahnya berada dalam kita”.

Ini sebenarnya jenis ‘keterbukaan’ dan ‘pendekatan yang memandang ke dalam’ yang dimahukan oleh Amerika. ‘Intelektual Muslim’ ini merupakan kesayangan Washington kerana Amerika mahu kita percaya bahawa kita kembali ke zaman batu disebabkan kesilapan kita sendiri.” (lihat “The West’s intellectual agents in the Muslim world”, Crescent International, Oktober 2004). Klik di sini

Sekarang Anwar Ibrahim muncul untuk menjadi “agen perubahan ”, selagi dibenarkan oleh Barat ; beliau bercakap tentang demokrasi dalam dunia Muslim tetapi tidak sampai kepada mengkritik rakannya dalam dunia Arab, terutamanya keluarga pemerintah Saudi, (kerana) beliau telah menikmati hubungan yang mesra semenjak Kerajaan Saudi berkempen dalam dunia Muslim menentang Revolusi “Shi’ite” di Iran.

Anwar mampu tambah undi, tetapi liabiliti kepada PAS ?

Kepada pembangkang di Malaysia, khususnya Parti Islam (PAS), yang berhubungan rapat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), dipimpin oleh isteri Anwar, pendirian ini dipilih oleh lelaki yang mereka sahkan secara terbuka sebagai masalah yang disebabkan lagak atau gaya kepimpinan laksana seorang Perdana Menteri, tetapi ramai pemimpin pembangkang (dan juga isteri Anwar) memilih untuk tidak mengendahkannya dengan menyatakan ia merupakan “pandangan peribadi” Anwar.

Pembangkang berada di satu persimpangan yang bukan benar-benar persimpangan : Anwar merupakan satu aset kerana kebolehannya untuk membawa tambahan undi, tetapi boleh menjadi liabiliti kerana hubungannya dengan kepentingan politik Barat, bersama dengan pandangannya yang pro-AS.

Untuk PAS, yang telah lama dilihat sebagai simbol gerakan Islam Malaysia, Anwar tidak berbeza dengan ramai pemimpin parti memerintah yang berkempen untuk menentang PAS dengan memperkenalkan secara meluas “Islam Hadhari” – tema politik Perdana Menteri Abdullah Badawi. Anwar pula sibuk mempromosikan “demokrasi dan perubahan” di kalangan Muslim.

Bentuk gerakan Islam di Malaysia pada hari ini merupakan hasil daripada kisah 1998. Pengalaman pahit Anwar menghasilkan perkongsian pelik dalam pembangkang Malaysia, dengan kedua-dua elemen Islamik dan anti-Islamik bergabung tenaga untuk membentuk satu pakatan bagi memenangi pilihan raya.

PAS merasakan beliau tidak mempunyai pilihan kecuali untuk menyertai pihak yang disokong oleh ramai pihak, supaya ia tidak disalahkan kerana tidak merebut peluang apabila ramai bukan Islam telah beralih kepada mereka untuk beberapa bentuk kepimpinan menentang Mahathir.

Begitu juga, di luar Malaysia, organisasi hak asasi manusia, tokoh-tokoh agama, pemimpin Eropah dan personaliti Amerika yang menyokong teguh dasar perang membela Anwar, sesetengahnya disebabkan oleh tindakannya mewujudkan rangkaian penyokong yang luas.

Sekarang, dengan pengalaman pahit penghakimannya di Malaysia pudar ditelan masa, begitu juga dengan kritikan Barat terhadap Malaysia, sebuah negara yang ekonominya menawarkan prospek yang cerah untuk keuntungan pelaburan barat.

Sebahagiannya disebabkan oleh Kerajaan Malaysia yang melibatkan pakar perhubungan awam bukan sahaja untuk tujuan pelaburan luar, tetapi juga untuk memperlihatkan dirinya sebagai sebuah negara Muslim sederhana.

Sokongannya untuk ‘perang ke atas keganasan’, menawarkan sokongan logistik dan moral kepada Washington walaupun lantang menyuarakan suara anti-Amerika, juga telah membawa kepimpinan Malaysia kembali kepada imej yang baik untuk pelobi Amerika, yang sebaliknya akan mempengaruhi dasar-dasar di Capitol Hill.

Anwar : Lelaki Islam pro - Barat

Anwar Ibrahim, lelaki yang jelas disukai oleh Washington untuk memimpin negara Muslim Asia tenggara ini, sekarang berada dalam pembangkang walaupun beliau enggan untuk memegang apa-apa jawatan parti.

Tetapi Amerika dan kumpulan pemikir Baratnya tidak berada dalam keadaan terdesak : kepimpinan yang ada sekarang mampu memberikan kerjasama, tetapi untuk ‘perang ke atas keganasan’ memberikan hasil yang ketara, Amerika memerlukan seorang lelaki dengan kombinasi kualiti yang perlu : Islam yang masih pro-barat, dan oleh yang demikian senang untuk berunding - bagi mencapai kejayaan secara berperingkat dalam kedudukan peringkat tertinggi kerajaan.

Kesan kesemua ini ke atas Muslim di Malaysia telah kelihatan : kumpulan pemikir Barat dan NGO yang ditaja oleh kepentingan Barat sudah terlibat dengan pembangkang, khususnya PAS , dalam pelbagai isu yang tidak berkaitan Muslim biasa secara terus.

Ini termasuk perkara-perkara seperti “kebebasan peribadi” ; sesetengah kelas sekular elit telah meminta kuasa pegawai penguat kuasa Islam di Malaysia dihapuskan.

Perkara ini timbul apabila kanak-kanak dan saudara-mara beberapa ahli politik baru-baru ini ditahan kerana mengambil minuman keras dan lain-lain kelakuan tidak Islamik di sebuah disko di Kuala Lumpur.

Kumpulan ini juga cuba untuk mempengaruhi kerajaan untuk mewujudkan satu “Suruhanjaya Antara Agama” kononnya supaya semua agama dipertimbangkan mengikut dasar kebangsaan.

Kemunculan secara tiba-tiba tuntutan ‘liberal’ ini ada kena mengena dengan timbulnya golongan elit yang sekular di kalangan Melayu Muslim, yang kebanyakannya mempunyai hubungan dengan ‘kerabat diraja’ dan ahli politik yang berpengaruh di negara lain, banyak persamaan dengan generasi disko Pakistan dan golongan elit sekular Turki yang cuba untuk memperlihatkan kehidupan mereka yang tidak Islamik, sementara pada masa sama menghadkan kebebasan Muslim untuk memilih masa depan mereka.

Anwar bersama salah satu penajanya FNF (Friedrich Naumann Foundation). Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF pusat, di Jerman. Hubertus Von Welck adalah Pengarah FNF Kawasan Timur dan Asia Tenggara .



Satu kumpulan pemikir, Friedrich Naumann Foundation , yang berpangkalan di Jerman, telah menaja program-program politik pembangkang, juga telah menyediakan platform untuk PAS, di sebelah pihak, dan beberapa wakil NGO, di sebelah pihak yang lain, untuk mendebatkan isu yang dibangkitkan oleh kumpulan ini.

Seminar ala pemasaran seperti ini dan forum untuk ‘terlibat’, ‘menjinakkan’ dan 'menyusup masuk' ke dalam gerakan Islam biasa berlaku di negara Muslim yang lain, dan merupakan satu tindakan untuk mengalihkan perhatian gerakan Islam, untuk menghalang perhatian aktivis menumpukan perhatian terhadap isu yang lebih penting.

Ramai mempertikaikan bahawa dalam kes Malaysia, PAS perlu ‘dijinakkan’ kerana ianya merupakan satu bahagian yang amat penting untuk melengkapkan pembangkang dan tidak boleh dipinggirkan, dalam persediaan untuk Anwar kembali memegang kerajaan.

Lawatan Anwar ke beberapa institusi di Barat, seperti ke Universiti Oxford dan Universiti John Hopkins, juga boleh dibaca dengan cara yang sama : satu amalan perhubungan awam untuk menarik perhatian Washington bahawa pembangkang Malaysia “bersahabat dengan semua”.

Bercakap di John Hopkins di Washington awal bulan lepas, Anwar memberikan petunjuk bahawa beberapa bentuk tekanan Barat perlu dikenakan untuk meringankan beban pembangkang (ingat bahawa tekanan seperti ini telah kelihatan di Lubnan dan Venezuela).

Anwar menyuarakan kekesalan kerana pujian terbaru Washington terhadap kerajaan Malaysia : “Ia merupakan satu sindiran apabila Washington, sebagai contoh, mengiktiraf amalan seperti ini [‘amalan tidak demokratik’] kerana ia hanya benar-benar menunjukkan sikap tidak peduli dan tidak konsisten anda dalam berurusan dengan negara seperti ini,” katanya kepada hadirin.

Anwar juga sukar untuk meyakinkan hadirin Amerika bahawa PAS, sekutu utamanya dalam pembangkang, akan mengkaji semula aspirasi negara Islam, menambah bahawa agenda PAS tidak dapat dipertahankan dalam masyarakat pelbagai agama seperti Malaysia.

“Mereka telah bersetuju untuk mengkaji perkara ini dan saya telah memberitahu yang lain bahawa saya boleh diyakinkan. Tetapi ramai bukan Muslim, ramai Muslim Liberal mungkin tidak dapat diyakinkan kerana mereka memikirkan bahawa apabila anda bercakap demikian sekarang, anda mungkin merampas agenda tersebut selepas pilihan raya... Anda tidak boleh menyamakan Parti Islam atau menghukum mereka sepenuhnya di atas propaganda parti memerintah. Mereka bukan Taliban. Mereka mempunyai pandangan yang lebih liberal.”

Walaupun tidak sepenuhnya benar bahawa PAS mengkaji semula pendiriannya terhadap Negara Islam, hakikatnya ia gagal untuk menyebarkannya secara meluas dengan bijak.

Semenjak Mahathir membina semula imejnya selepas 1998, pengaruh PAS secara perlahan-lahan merosot. Ini menjadi semakin buruk dengan ketiadaan ustaz Fadzil Noor, di mana kepimpinan PAS telah memastikan bahawa parti masih menjaga kerjasama secara ideal dengan yang lain untuk membawa perubahan.

Ramai pemimpin lain yang tidak berpuas hati sehingga kini terlibat dengan golongan elit pemerintah telah menyertai PAS. Sesetengah daripada mereka bangkit di dalam parti mengisi jawatan penting. Mereka ini merupakan ahli perniagaan dan profesional yang amat dikenali di kalangan kakitangan kerajaan.

Namun sumbangan mereka dalam menyebarkan Islam – untuk meletakkan asas sebuah Negara Islam atau berdakwah dalam masyarakat pelbagai agama di Malaysia- telah menjadi minimum. Kebanyakan sumber parti digunakan untuk memenangi pilihan raya, yang tidak dapat diuruskan dengan baik disebabkan oleh peraturan kempen dan pilihan raya yang ketat.

Ketiadaan kepimpinan PAS yang berkebolehan mungkin salah satu sebab kenapa hala tuju PAS dikuasai oleh Anwar. Sekarang PAS lebih suka menjadi pemerhati dalam perdebatan yang menyentuh mengenai Negara Islam, dan sambutan pemimpinnya kepada cabaran-cabaran telah dibawa bersama oleh kem yang kononnya ‘liberal’ semakin suram.

Kebanyakan perdebatannya berada dalam ruang rangka politik nasional, seperti jawapan yang diberikan apabila soalan berkaitan ‘liberal’ diajukan dalam menguatkuasakan perlakuan moral di kalangan Muslim. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hanya memberi amaran kepada mereka yang melanggar perlembagaan persekutuan dan kuasa sultan.

Nafas PAS sebagai gerakan Islam untuk menyuarakan semangat Islam di Malaysia mungkin dalam pertaruhan, memandangkan dirinya terperangkap di dalam sistem yang dipilihnya, dan cuba untuk ‘menjenamakan semula’.

Nampaknya sekarang PAS mahu bernafas sebagai satu parti politik yang ‘mesra pasaran’, dan dengan melibatkan dirinya dengan Anwar, yang telah dijangka sebagai Perdana Menteri.

Ini mungkin akan menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada gerakan Islam, dan risiko mengubah satu-satunya gerakan Islam dalam negara kepada satu parti politik ‘Islam’ ala Turki yang muncul kebanyakannya untuk undi dan beberapa perkara kecil yang lain.

Nota : AIDC menterjemah tulisan Abdar Rahman Koya, bertajuk "Implications of Anwar Ibrahim’s promotion of a moderate and west-friendly Islam" dari Muslimedia.com, Mei 2005

Artikel lain yang berkaitan :

1. Masih berbisakah tangan Anwar dalam PAS ?

2. Anwar model Islam Amerika Asia Tenggara

3. Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia





Tiada ulasan: