MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Sep 2008

Usaha terakhir menutup malu Anwar


Usaha terakhir menutup malu Anwar

KEGILAAN apa lagi yang Anwar Ibrahim mahu cetuskan. Tidak cukup menjadikan Negara dan rakyat mangsa, telah berjaya menjadikan PAS kucar kacir sehingga turut terpedaya dengan segala janji-janji dustanya, kerana Anwar, PAS juga nampaknya mula belajar untuk jadi pendusta nombor wahid dan terbaru Anwar mahu mengheret DYMM Yang Dipertuan Agong bagi melaksanakan cita-cita gilanya itu. PAS pula turut mengiyakan cerita-cerita bohong Anwar ini dengan memperalatkan imej Islam parti itu. PAS dan Anwar sama sahaja. tidak berbeda.

Tidak cukup para penyokongnya, sebahagian rakyat, yang buta hati dan buta perut serta rakan-rakan pembangkang diperdaya ataupun ditipu bulat-bulat melalui janji 16 September, Anwar cuba pula mengalih perhatian untuk mengheret DYMM Yang Dipertuan Agong supaya turut terpedaya seperti beliau berjaya memperdayakan semua orang yang mempercayai bahawa beliau mampu menukar kerajaan walaupun dengan cara yang tidak demokratik.

Sikap Anwar ini tidak ubah seperti mahu menutup malu, mahu mengembalikan maruahnya yang telah sekian lama tercemar, mahu menutup siri-siri cerita bohong dan sandiwaranya, maka jalan terakhir adalah mengheret DYMM Yang Dipertuan Agong dalam gelanggang pembohongannya dengan harapan rakyat serta penyokongnya akan sekali lagi percaya dengan pembohongannya yang terbaru ini.

Ramai orang melihat dalam usaha beliau mahu menjadi Perdana Menteri, beliau akan berusaha dan sanggup untuk melakukan apa sahaja setelah pelan 16 Septembernya gagal dan plot rampasan kuasa beliau ini masuk ke fasa pembohongan terbaru serta canggih,mangsa seterusnya adalah DYMM Yang Dipertuan Agong.



Tindakan ini boleh dianggap sebagai satu lagi tindakan yang semakin hilang pertimbangan daripada Anwar Ibrahim malah ramai yang beranggapan tindakan Anwar mengheret Agong adalah tindakan biadab serta dilakukan oleh seseorang yang tidak ada maruah. Ini adalah usaha berterusan Anwar yang gagal merealisasikan bentuk rampasan kuasa tidak bermoral.

Agong mempunyai institusi dan maruah yang tersendiri. Mengheret Agong untuk mencampuri urusan politik adalah satu tindakan yang tidak bijak dan tidak bermoral, apatah lagi sekiranya Agung juga dituntut untuk menerima rampasan kuasa seperti ini.

Institusi Agung harus dihormati dan kuasa tiga badan juga harus dijunjung tinggi. Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen harus dipertahankan sepanjang masa malah sebarang usaha untuk membabitkan kemuliaan Agung harus ditentang oleh semua pihak.

Kebejatan sikap serta moral Anwar ini membuktikan bahawa pemimpin yang bercita-cita besar ini sebagai seorang yang bersedia untuk menggunakan apa sahaja cara bagi menghalalkan matlamatnya walaupun tindakannya ini menghina DYMM Yang Dipertuan Agong.Sikap kemaruk Anwar ini boleh memberikan pelbagai tafsiran, apakah niat sebenar beliau.

Kegilaan Anwar ini harus dihentikan dari sekarang bagi menjamin pengukuhan ekonomi negara, bagi memberi peluang kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat melaksana agenda pembaharuan serta pembangunan ekonomi secara menyeluruh. Anwar tidak seharusnya dibenarkan menjadi Raja dalam sistem pentadbiran dan perundangan negara kita. Rakyat dan negara lebih mustahak untuk dibincangkan daripada membincangkan segala angan-angan kosong Anwar Ibrahim.

Anwar tidaklagi menghormati institusi parlimen dan nafsu buasnya begitu memuncak apabila memaksa parlimen bersidang segera hanya kerana beliau yakin, beliau akan mendapat mandat untuk jadi Perdana Menteri. Siapa Anwar Ibrahim ini? Penting sangatkan beliau? Dan kenapa semua orang harus tunduk kepada pendekatan yang tidak masuk dek akal ini?


Dan paling memalukan apabila beliau tidak lagi menghormati DYMM Yang Dipertuan Agung dan berkemungkinan besar senarai Ahli Parlimen yang ada dalam tangan Anwar adalah senarai palsu yang sengaja Anwar ada-adakan untuk mengaburi mata rakyat dan mungkin juga mata DYMM Tuanku. Senarai dan nama-nama itu perlu diwujudkan demi mengelaknya digelar sebagai penipu besar di abad ini.

Kenyataan Anwar ini merupakan satu penipuan terancang apatah lagi apabila semua ahli-ahli parlimen daripada BN telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan sama sekali menyertai kerajaan palsu Anwar. Tapi ini pun ada rakyat yang percaya, diperbodohkan oleh pemimpin poliiik bernama Anwar Ibrahim.


Anwar telah menipu banyak kali dan tidak mustahil untuk Agung ataupun sesiapa sahaja Anwar akan sanggup menipu lagi dan kita faham kalau Anwar menipu kali ini pun, rakyat dan penyokongnya akan percaya tetapi mustahil Anwar berjaya menghina tahap pemikiran Tuanku seperti mana beliau menghina semua orang. Anwar juga semkain dilihat menjadi tidak beriman hanya kerana tergila-gilakan kerusi Perdana Menteri.


Walaupun ada yang mengatakan sesiapa sahaja yang berdepan dengan Anwar, maruah mereka akan jadi lebih rendah daripada maruah Anwar kerana Anwar mempunyai kelebihan untuk menyakinkan ramai tetapi kita yakin Tunku lebih arif untuk mengenali Anwar yang boleh di umpamakan seperti buluh, pepat di luar namun rancung di dalam.Tuanku ada penasihat yang lebih bijak untuk mentafsir siapa Anwar sebenarnya. Anwar adalah Cameleon baru dunia politik tempatan.


Implikasi kepada permintaan Anwar untuk menghadap Agong ini menunjukkan Anwar adalah seorang yang tidak menghormati institusi kerajaan Malaysia dan cuba mewujudkan konflik antara Agong dan badan eksekutif malah lebih kurang ajar lagi, Anwar cuba mengheret Agong dalam perkara yang tidak wujud ataupun sengaja diada-adakan. Inilah juga kelebihan Anwar, beliau seakan mampu menukar bintang menjadi bulan dan orang seperti Nik Aziz, Husam Musa, Kamaruddin Jaafar serta Hatta Ramli tetap yakin Anwar mampu berbuiat apa sahaja dan perlu disokong. Kaldai pun lebih berguna daripada ahli parlimen yang bermulut busuk.

Bagaimana agaknya tindakan Anwar sekiranya Tuanku titahkan Anwar dedahkan secara terbuka senarai nama 30 lebih Ahli Parlimen BN dan beliau mahu mendengar sendiri pengakuan daripada orang dikatakan Anwar telah setuju menyertai kabinet `belakangnya itu. Ketika itu apakah rekaan terbaru Anwar? Skrip mana pula yang beliau akan gunakan?

Ataupun mungkin Anwar mahu memerangkap Agong seperti apa yang berlaku di Thailand di mana sistem politik nya telah kucar kacir dengan berbagai-bagai peristiwa. Kalau ini lah agenda Anwar maka kita anggap Anwar adalah ahli politik yang berkelas Haiti dan Siera Leon.

Kita juga semakin keliru dan setelah sebahagian rakyat menjadi gila, tiba-tiba muncul pula Mujahid Yusof Rawa yang beria-ia benar menjadi jurucakap PR sehingga mendahului pimpinan lain melaporkan semuanya ini. Jika perbuatan Anwar ini menyebabkan kutukan dari rakyat maka dengan sendiri PAS turut terpalit dan akan dikutuk sanggup meninggalkan pegangan poitik Islam untuk bersekongkol dengan kelompok Anwar Ibrahim. Tidak sia-sialah Anwar serapkan Kamaruddin Jaffar ke dalam PAS.

Mujahid sudah jadi lebih kuah dari isudu dan nampaknya sudah terdapat semakin ramai pemimpin peringkat pertengahan PAS yang tidak menghormati protokol dan adab berjemaah mereka. Semua sudah jadi syok sendiri dan mungkin Mujahid juga mengharapkan jawatan Menteri daripada Anwar. Lihat saja kenyataan Mujahid di bawah :

"Pakatan bergantung kepada Seri Paduka untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh Pakatan. Sambil melahirkan keyakinannya bahawa Seri Paduka akan campur tangan untuk menangani krisis politik sekarang"

Mujahid juga berkata, "pihak pembangkang dirangsang oleh campur tangan istana dalam menyelesaikan isu pelantikan menteri besar di Perak, Perlis dan Terengganu selepas pilihan raya umum Mac lalu"..

Apakah tidak cukup semua pemimpin PAS kecuali Hadi Awang dan Mustaffa Ali menjadi gila sehinggakan anak bekas Presiden PAS ini juga turut terkena badi gila kuasa daripada pemimpin pembangkang yang semakin kemaruk menggilai kuasa.

Sampai bila pemimpin seperti Saifuddin Nasution, Johari Abdul dan beberapa orang lagi mahu membohongi rakyat. Berkata benarlah kerana anda dilahirkan dalam keluarga baik-baik. Tidak perlu lagi bersekongkol dengan kerja gila sehingga sanggup bersama untuk mempermainkan Agung dan menipu rakyat serta menghuru-harakan Negara sekali lagi. Berpijaklah di bumi nyata. Untuk kali ini, jadilah pembangkang yang baik daripada ingin menjadi kerajaan yang jahat serta boleh mencelakakan kepada semua orang.

Anwar tidak perlu jadi PM untuk tutup kes liwatnya dan Anwar tidak perlu malu untuk mengaku bahawa selama ini beliau berbohong dan hanya mahu kerajaan jadi kucar-kacir dan penyokong Anwar terutama Saifuddin, budak yang dulu baik kerana dididik dengan kesempurnaan agama, cukup-cukuplah jadi munafik. Kembalilah ke jalan benar dengan meninggalkan segala yang syirik, bertaubatlah kerana kita tidak boleh menipu Allah S.W.T.

sumber - Malaysia hariini




Tiada ulasan: