MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Sep 2008

Mana suara Demokrasi dan Hak Asasi Amerika ?


Majlis Peguam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pengendali blog diselar kerana mengambil sikap membisu terhadap tindakan tidak demokratik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba menarik Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pakatan pembangkang.

Sebaliknya tegas Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan, pihak yang mendakwa sebagai pembela hak rakyat itu seperti diperalatkan Anwar kerana hanya mampu mendabik dada meskipun tindakan Anwar nyata tidak demokratik serta merampas undi rakyat.

“Saya nak tanya mana dia suara masyarakat madani (NGO) dan mana suara Majlis Peguam yang kata suarakan kebebasan hak asasi? Kenapa mereka tidak keluar untuk mengkritik Anwar yang terang-terang melanggar hak asasi dengan menipu undi rakyat.

“Mana pengendali blog yang kata sokong demokrasi selama ini dan sokong hak asasi manusia? Kenapa mereka tidak bersatu untuk menentang pencabulan undi rakyat,” katanya di sini hari ini.

Selain itu beliau juga berasa hairan dengan sikap Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa sebagai suara demokrasi dunia tetapi terus berdiam diri terhadap tindakan Anwar itu.

Katanya, tindakan AS yang hanya mengkritik kerajaan dan membela Anwar seolah-olah mempunyai agenda tertentu.

“Kenapa waktu kononnya Anwar dianiayai mereka buat kenyataan itu ini mengkritik kerajaan dan kata kena ada demokrasi dan jaga hak asasi, tetapi masa Anwar nak menjatuhkan kerajaan tidak pula kedengaran pun suara AS,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud seterusnya berkata tindakan Anwar yang cuba memainkan politik jalanan dan menipu undi rakyat itu juga akan menyebabkan rakyat membelakangkan pakatan pembangkang

sumber - Pembela Melayu

2 ulasan:

Unknown berkata...

Apalah teruknya Anwar ini, disebabkan terlalu gila kuasa nak jadi PM.....
Sanggup guna jalan belakang....ini bukan demokrasi namanya..ini dah kira main politik kotor......

zek berkata...

Anwar Ibrahim berpendapat bahawa program pendemokrasian yang mengiktiraf serta memfokuskan gerakannya kepada prinsip-prinsip sejagat (universal principles) yang diterima oleh keseluruhan manusia adalah merupakan satu-satunya jalan kepada lahirnya kebebasan yang benar-benar hakiki yang kemudiannya menyelamatkan Dunia Islam dari kekacauan. Di antara prinsip-prinsip sejagat yang dapat dikutip melalui idea-idea Wacana Kebebasan yang sering diutarakan oleh Anwar Ibrahim adalah penglibatan secara aktif dalam masyarakat dalam menyuarakan pendapat (engagement), kewujudan institusi-institusi madani yang bersifat demokratik (civil society), sifat kebebasan pluralistik (majmuk) dan kepelbagaian (diversity) perlu wujud. Prinsip-prinsip seperti yang digariskan ini pada kebiasaannya dapat dilihat melalui satu Dokumen Liberal yang bertulis yang dipanggil sebagai Perlembagaan Persekutuan yang muncul sebagai pengganti kepada raja yang zalim yang memerintah.

Berhubung hak individu pula, ada ruang yang tidak boleh disentuh oleh pemerintah seperti ruang peribadi, ada yang terdapat dalam minda seseorang dan apa yang dipercayai oleh seseorang. Ini bermakna bahawa prinsip kewujudan serta kehidupan bersama dan kehormatan secara mutual perlu ditegakkan. Idea asas kepada perlembagaan adalah konstitunalisma atau keperlembagaan, iaitu dengan membataskan kuasa pemerintah maka kebebasan rakyat akan terjamin, dan rakyat terpelihara dari kezaliman yang datangnya dari pemerintah. Kebebasan beragama, kebebasan bersuara, bergerak dan berhimpun adalah idea-idea yang terhasil dari perjuangan liberal, dan semua unsur-unsur ini terdapat dalam perlembagaan kesemua negara-negara moden.

Khalid Jaafar, Ketua Institut Kajian Dasar; salah seorang pendukung dan pengembang pendapat Anwar Ibrahim ada menyatakan berhubung peranan Islam dalam negara seperti Malaysia. Beliau berkata bahawa, "Dalam mengurus sebuah negara majmuk dan kosmopolitan dimana Islam adalah agama persekutuan maka kita memerlukan tafsiran Islam yang tinggi dan mendalam, tafsiran yang merujuk kepada sejarah dan pengalaman kerohanian yang kaya dan intelektual yang segar, Islam yang majmuk, luas, kosmopolitan, rasional dan toleran. Tafsiran ahli-ahli falsafah seperti Ibn Rushd yang menegaskan keharmonian antara wahyu dengan akal dan tafsiran mistik seperti Jalaluddin Rumi dan Muhyiddin Ibn Arabi sungguh relevan hari ini dalam berdepan dengan masyarat kepelbagaian agama dan kaum."

Dapatlah disimpulkan dari sumber di atas bahawa Anwar Ibrahim dan pendukung-pendukung beliau memiliki aspirasi serta membawa idea-idea Wacana Kebebasan yang dipelupuri oleh John Locke (1632M-1704M) yang juga digelar sebagai Bapa Falsafah Kebebasan (Liberation) dan Pencerahan (Enlightenment) Eropah Moden di akhir-akhir Zaman Pertengahan Eropah. Ini adalah berpandu kepada rujukan-rujukan yang kerap dibuat oleh Anwar Ibrahim kepada John Locke apabila berbicara tentang kebebasan dan pandangan beliau adalah selari dengan pemikiran falsafah yang dibawa oleh Ahli Falsafah tersebut. John Locke ini adalah dianggap sebagai di antara ahli falsafah emperisis British yang paling berpengaruh. Falsafah Emperisis menekankan kepada peranan pengalaman dan bukti, terutamanya persepsi-persepsi yang ditanggap oleh deria manusia ketika melalui pengalaman hidupnya dalam membentuk idea-idea atau pandangan hidup mereka.