MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Ogo 2008

There were no Anwar cronies?


There were no Anwar cronies?


Not even one crony? The Star online's report, Anwar: Name my 'cronies' (excerpts below) is intriguing. The question that came to my mind was, Did Anwar really say that?

When Anwar Ibrahim was DPM and Finance Minister, many businessmen were linked to him. There were, or course, many, many more who claimed that they were linked to him.

The joke among us disillusioned reporters then was: "Mahathir has Ting, Anwar has Tong". Sure, people said Ting Pek Khiing and Tong Kooi Ong were fairly big corporate names even before they were labelled Dr M and Anwar's cronies, but the fact remained that they were seen to be extra close to the two.

I also remember the list of so-called cronies put up by Dr M at the PWTC in 1998. It was said that there were many Anwar's cronies on that list. Can't recall their names, though.

BUTTERWORTH: Datuk Seri Anwar Ibrahim has challenged his detractors to name the people who allegedly benefited from his position when he was deputy prime minister and finance minister.

“There was no such thing. If you know of the people who benefited, you should identify them. Do not just make claims,” he said.

The PKR leader, who is contesting the Permatang Pauh by-election, was asked to comment on his involvement in bumiputra policies when he was in the Federal Government and the award of projects without tenders.


baca artikel asal di rockybru.blogspot.com

4 ulasan:

anwarcelaka berkata...

Semasa Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan, BERJUTA-JUTA saham didapati oleh ayah dan adik-beradiknya! Saham-saham ini diperuntukkan oleh kerajaan untuk bumiputera....

Ayah Anwar, Ibrahim (2 Mei 1998):
memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad
memiliki 3,790500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated

Adik-beradik Anwar (2 Mei 1998):
Farizon- Memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad
Marzukhi- Memiliki 2,800,000 saham Penas Corporation


Dan jangan kita lupa dengan adik-beradiknya Rani Ibrahim, Marzukhi Ibrahim, dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan!

http://eforum6.cari.com.my/viewthread.php?tid=371296&extra=page%3D1

anwarcelaka berkata...

SENARAI KRONI ANWAR

Kroni Anwar dapat berbilion-billion ringgit projek, saham

KUALA LUMPUR 19 Jun - Bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Kamaruddin Jaafar, mengetuai senarai kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat habuan projek dan saham yang bernilai berpuluh bilion ringgit.

Mengikut senarai itu, syarikat milik Kamaruddin merupakan pemegang saham utama dalam tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.

Beliau memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.

Nama Kamaruddin terkandung dalam senarai saham dan pemberian projek kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini - satu tindakan yang bertujuan mendedahkan bagaimana Anwar membahagi-bahagikan kekayaan negara kepada rakan-rakannya.

Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.

Dr. Rahim Ghouse, seorang lagi penyokong kuat Anwar turut mendapat projek Express Rail Link bernilai RM2.4 bilion.

Penulis dan bekas pensyarah universiti, Rustam Sani, yang hebat mengecam kerajaan selepas Anwar dipecat daripada kerajaan sejak sembilan bulan lalu juga mendapat projek iaitu pembinaan Kompleks Jabatan Imigresen Shah Alam yang kini pada peringkat kelulusan prinsip.

Rustam, 55, adalah pemegang saham utama syarikat yang mendapat kontrak itu, Pasca Baru (M) Sdn. Bhd.

Salah satu dokumen yang dikeluarkan dalam senarai itu bertajuk Pemberian Projek Penswastaan Kepada Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) (Perjanjian Telah Ditandatangani).

Projek pembangunan kerajaan yang diluluskan kepada kroni Anwar adalah pelbagai daripada penswastaan pembetungan najis, penswastaan perkhidmatan ambulans hinggalah kepada pembangunan hartanah di kawasan Brickfields di Kuala lumpur.

Kementerian Kewangan mengeluarkan lapan dokumen pada Perhimpunan Agung UMNO, dan daripada senarai itu terdapat dua senarai yang mengandungi maklumat berhubung 27 buah projek yang diberikan kepada penyokong-penyokong Anwar.

Hanya 14 daripada 27 projek itu dicatatkan kosnya. Nilai terkumpul 14 projek itu ialah RM33.92 bilion. Dijangkakan, jika kos projek-projek lain diperoleh, nilai keseluruhan akan jauh lebih tinggi.

Selain Kamaruddin, nama -nama lain yang mendapat faedah ialah Datuk Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Datuk Anuar Othman, Datuk Ahmad Fuad Ali, Mohd. Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Datuk Khalid Ahmad, Bahrim Ayob dan Datuk Ghazi Ramli.

Nama penyokong Anwar lain juga disebut dan mereka kebanyakan adalah bekas para pemimpin ABIM dan pemimpin UMNO yang rapat dengan Anwar.

Mereka ialah Datuk Ahmad Ismail, Datuk Iqbal Mohd., Kuppa Pitchai Rawther, Datuk Nasruddin Jalil dan Datuk Ahmad Saad.

Kamaruddin, Ketua UMNO bahagian Tumpat, juga tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta).

Kamaruddin Mohd. Nor, yang juga bekas Setiausaha Agung ABIM pula memegang saham sebanyak 250,000 unit dalam syarikat Eastern dan Oriental.

Bapa Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon dan Marzukhi yang memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.
Syarikat itu ialah Pengkalen Holdings Berhad (Ibrahim dan Farizon) masing-masing 250,000 saham pada 2 Mei 1998; Nissan Industrial Oxygen Incorporated (Ibrahim) sebanyak 3,790.500 dan Penas Corporation (Marzukhi) sebanyak 2,800,000.

Senarai pertama melibatkan pemberian 18 projek penswastaan menerusi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang perjanjiannya telah ditandatangani sehingga 15 Jun lalu.

Para penyokong Anwar yang paling kerap tertera daripada 18 projek itu ialah Mohd Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nadzri Abdullah dan Datuk Khalid Ahmad yang memiliki saham utama dalam sembilan projek.

Projek-projek itu ialah projek Kuala Lumpur Central menerusi syarikat Freeway Properties dan bernilai RM713 juta; Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3); perkhidmatan telekomunikasi Satelite Network; projek Lebuh Raya Ipoh-Lumut bernilai RM1,000 juta dan projek perkhidmatan sokongan hospital Redicare Sdn. Bhd bersama Azmi Jaafar.

-Utusan

anwarcelaka berkata...

Ezam also claimed that Anwar handed out projects worth RM1 billion each to 15 bumiputera companies when he was still deputy prime minister and finance minister, before ex-premier Dr Mahathir Mohamad sacked him from the BN-led government in 1998. "These projects were given out under direct negotiations with the finance minister's (Anwar) instruction. Now he talks about open tenders, but when he was in the finance ministry, he gave (these projects) to cronies," claimed Ezam, who was also Anwar's former political secretary. The projects were awarded under the Skim kontraktor wibawa', which exempted these 15 firms from having to go through open tender, he said.

http://tunkuaisha.blogspot.com/2008/08/ezam-to-anwar-show-us-corruption.html

cubitsikit berkata...

Apa yang keluar dari mulut dia, orang2 awam mesti berhati2, dia banyak berdusta dengan lidahnya.
Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah pernah berkata, "TIga ciri2 orang munafik adalah apabila berkata, dia berdusta, apabila berjanji, tidak ditepati dan apabila diberi amanah, dia khianat."(Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)