MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Ogo 2008

Saiful dedah kunjungan ke luar negara


Saiful dedah kunjungan ke luar negara

Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa dia telah menemani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tiga kunjungan ke luar negeri tahun ini.

Menurut blognya semalam, bekas pembantu mantan timbalan perdana menteri itu berkata, dia menemani Anwar ke Hong Kong awal bulan Mei lalu, Bangkok pada hujung bulan yang sama, dan ke Singapura pada 16 hingga 18 Jun.

Ini adalah kali pertama Saiful mendedahkan butiran terperinci tentang kunjungannya ke luar negara selepas membuat aduan polis mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

Saiful membuat laporan polis itu pada 28 Jun lalu, mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara.

Anwar kemudiannya ditahan, disoalsiasat semalaman sebelum dibebaskan keesokannya, 17 Julai dengan ikatjamin.

Dalam blognya Saiful menyenaraikan tugasnya, termasuk membantu ketua kakitangan PKR, Ibrahim Yaacob mengatur jadual Anwar.

Saiful juga berkata, beliau telah ditugaskan untuk mengatur perjumpaan sulit, contohnya dengan ahli-ahli Parlimen yang mahu melompat menyertai PKR dan ia diadakan di kondominium Desa Damansara.

baca artikel asal di malaysiakini.com

3 ulasan:

Unknown berkata...

Wah best jugak Saiful pergi makan angin dengan Anwar
Ye lah sambil menyelam minum airrrr...

sheena berkata...

Wow "bestnya" Anwar ajak pergi overseas walaupun Anwar sendiri mengaku bahawa Saiful tu budak baru keje, part-time/ temporary pulak tu. Tak ke lain macam bunyi nya tu.

Kenapa Anwar ajak dia pulak. Kan ahli-ahli PKR yang setia dan keje bertungkus-lumus di peringkat akar-umbi ramai sekali? Sampaikan ahli2 yang berkempen keluar duit sendiri pun ada.

Sehinggakan ex-PKR yang masuk ISA kerana Anwar, pun tak dilayan oleh Anwar.. (baca Utusan Malaysia 5/8/2008)).

Stan berkata...

HAIYO...LIWAT...GELI LAH...KENAPA TAK ADA TOPIK LAIN...SENTIASA LIWAT..BUDAK INI??? MACAM MANA DIA SANGGUP JADI SUKARELAWAN? ADAKAH KONSPIRASI? KALAU SAYA ANWAR, BETTER SAYA CARI GADIS-GADIS YANG CANTIK DARI HK, THAILAND DAN SINGAPURA...MALUKAH KITA SBG M SENTIASA LIWAT? ORANG LAIN PANDAI CARI MODEL..TIDAK MASUK AKAL