MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Ogo 2008

Peranan Anwar di Amerika melaga-laga umat Islam ?

Ehud Olmert, Bush dan Mahmoud Abbas. Apakah Mahmoud Abbas hanya dijadikan pemimpin boneka Bush untuk melaga lagakan Hamas dan Fatah di Palestin. Anwar pula menandatangani persetujuan Annapolis Summit yang diusahakan Presiden Bush, sedangkan majoriti rakyat Palestin (HAMAS),Syria dan Iran menolak deklarasi itu.

Peranan Anwar di Amerika melaga-laga umat Islam ?


Steve Clemons (Director, New America American Strategy Program) menyatakan dalam Washington Note bahawa Anwar Ibrahim turut sama menandatandangi deklarasi “Annapolis Summit” yang menyatakan sokongan kepada Presiden Bush untuk membentuk sebuah kerajaan boneka di Palestin.

Ini salah satu contoh mengapa Anwar dikatakan mengikut kehendak Amerika. Selain campurtangan Condoleeza Rice, Al Gore, Madeline Albright, Tom Casey dan Sean McCormack dalam urusan perundangan negara pada 1998 dan 2008, persetujuan Anwar dalam Annapolis Summit menyerlahkan lagi hubungan rapat tersebut.

Annapolis Summit dihantar kepada Bush pada 10 Oktober 2007 sebagai tanda persetujuan langkah Amerika Syarikat mengadakan Deklarasi Annapolis Summit antara Palestin dan Israel.

The New America Foundation, International Crisis Group (ICG) dan US/Middle East Project telah memulakan usaha untuk menyiapkan draf dan surat awal kepada Presiden Bush berkaitan dengan Deklarasi Annapolis Summit beberapa minggu sebelum Oktober 2007. Anwar adalah antara ahli dalam ICG.

Deklarasi yang diluluskan oleh Presiden Bush dan Ehud Olmert (Perdana Menteri Israel) ini bersetuju untuk melantik Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin yang sah dan diiktiraf oleh Israel.

Siapa Amerika untuk lantik Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin? Inilah punca sebenar pertelagahan antara Hamas dan Fatah. Apakah cara lantikan Presiden mengikut telunjuk dan cakap Bush ini satu cara demokrasi yang suci?

Gambar: Anwar diapit oleh William Cohen, Bekas Menteri Pertahanan Amerika dan Wolfowitz, Bekas Presiden World Bank. Kedua duanya adalah berbangsa Yahudi dan antara strategis dalam neo konservatif.


Annapolis Summit ditentang oleh majoriti rakyat Palestin, Syria dan Iran tetapi ianya disokong oleh Anwar Ibrahim bersama sama dengan beberapa tokoh neo konservatif dari Amerika Syarikat.

Benarkah selepas Mahmoud Abbas mengiktiraf Israel, maka Zionis tidak akan lagi menceroboh Baitul Muqaddis? Jika berlaku lagi pencerobohan, apakah Amerika akan melarang atau menegur Israel agar jangan melakukannya?

Kenapa Anwar cepat sangat setuju untuk tandatangan Deklarasi Annapolis Summit ini?

Apakah kerana jawatan Pengerusi Yayasan Masa Depan dan Ahli Lembaga Pengarah ICG, Anwar sanggup untuk bersetuju sama dengan kehendak Bush dan Ehud Olmert?

Siapa Anwar di mata Bush sebenarnya? Jika Anwar dipilih menjadi orang nombor 1 di Malaysia, adakah itu yang dimahukan sebenarnya oleh pihak di luar sana?


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

baca artikel asal anginperubahan.blogspot.com




3 ulasan:

Jong berkata...

Bukan hanya di tengah kehangatan kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh kedengaran perkataan “liwat” dan “konspirasi”, satu persembahan teater satira politik buah tangan sasterawan kritis Faisal Tehrani juga berdengung dengan ungkapan seumpamanya.

Persembahan di Universiti Malaya mulai malam ini berselang-seli dengan dialog menyindir peristiwa politik semasa seperti "correct, correct, correct", "anak ikan umur 23 tahun", "Mongolia" dan "model".

Sementara seorang pelakon lelaki bernama "Rosma" membawa watak seorang pereka kostum yang seumpama "pemuda lembut." (foto, kanan)

Sementara dalam beberapa babak, seorang watak membawa papan tanda "mubahalah" dan "konspirasi" ke atas pentas.

Bagaimanapun teater yang dipentaskan selama lima malam itu bukanlah tentang penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lawan politiknya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Persembahan Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun di auditorium Akademi Pengajian Islam itu sebaliknya menceritakan pergolakan politik era kegemilangan kesultanan Melayu di Melaka.

Pratonton persembahan itu selama 90 minit untuk wartawan diadakan Sabtu lalu di tempat yang sama.

Pengarang prolifik ini memberitahu Malaysiakini hari ini, skrip teater yang dihasilkannya mengisahkan pergolakan dalam istana Melaka antara seorang sultan yang adil, telus dan ingin melaksanakan undang-undang Islam dengan kelompok "liberal-pragmatik" yang diwakili isteri keempatnya Tun Senaja (foto), bangsawan istana dan golongan saudagar yang berkepentingan.

Ia dipersembahkan melalui lima watak, semuanya lelaki termasuk Tun Senaja, bergelut dalam tempoh dua jam sebelum mementaskan sebuah produksi teater purbawara tentang Sultan Melaka itu.

Faisal atau nama sebenarnya Mohd Faisal Musa menambah, beliau ingin menyampaikan suara rakyat bawahan yang "tidak lagi percaya dengan semua kepimpinan politik" pada masa ini.

Teater itu diadaptasi daripada novel kanak-kanak Nama Beta Sultan Alauddin yang dihasilkannya pada tahun lepas.

Penerbitan Akademi Sinema Amatur Malaysia ini diarahkan oleh pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Dr
Abu Hassan Hasbullah.

Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun dibintangi oleh atlet olahraga acara lompat berpagar, Robani Hassan dan bintang Jonny Bikin Filem, Zack Idris.

Tiket berharga RM50, RM30 dan RM20 untuk awam dan RM15 untuk pelajar boleh dibeli di auditorium Akademi Pengajian Islam sebelum persembahan bermula.

Unknown berkata...

anwar ibrahim ialah gampang!!!
kaki jubo!!! puki babi!!! haramjadah!!!

mencarut dibenarkan oleh islam PAS.
jgn marahlah encik nik ajis ye...

mintak komen sikit encik adi

Cheguman berkata...

Kedudukan sekarang:
PAS: 28
PKR (Muslim): 20
Jumlah Muslim: 48

DAP: 31
PKR (non muslim): 11
Lompat (non muslim) : 31
Jumlah non muslim: 73

Keputusan akhir:
Salah seorang YB non muslim akan jadi PM, ATAU Anwar jadi PM boneka!!!

Anwar pulak bukan selalu ada kat Malaysia. Maka TPM akan maharajalela.