MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Ogo 2008

Khidmat Dr. Mohd Osman ditamatkan di Pusrawi


Khidmat Dr. Mohd Osman ditamatkan di Pusrawi

14-08-2008 02:10:13 PM

PETALING JAYA: Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid- doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu, yang mendakwa dia diliwat, telah ditamatkan perkhidmatannya.

Demikian komen Pengurus Besar Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob ketika ditanya mengenai tindakan ke atas doktor terbabit setelah beliau tidak kembali bertugas sejak 1 Ogos lalu.

“Mengikut undang-undang buruh jika seorang pegawai yang diambil kerja ikut kontrak, gagal kembali bertugas selama 5 hari berturut-turut perkhidmatannya akan ditamatkan secara automatik tanpa perlu memberi sebarang notis,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Tambah beliau, gaji doktor tersebut juga tidak akan dibayar kerana beliau gagal menghubungi Pusrawi selepas tempoh cutinya tamat iaitu pada 1 Ogos.

Difahamkan beliau sepatutnya kembali bertugas pada 1 Ogos lalu setelah mengambil cuti selama kira-kira 3 minggu selepas memeriksa Saiful pada 26 Jun lalu.

Namun beliau terus menghilangkan diri dan usaha pihak Pusrawi menjejakinya juga gagal.

“Kita telah cuba menghubunginya namun usaha tersebut tidak membuahkan hasil,” katanya.

Kini telah hampir sebulan Dr. Mohamed Osman bercuti dan tiada siapa tahu ke mana beliau pergi.

Jelas Wan Mahmood, mengikut undang-undang buruh pekerja yang tidak hadir tanpa mengemukakan sebarang notis akan diberhentikan secara automatik.

Baru-baru ini Dr. Mohamed Osman, menggemparkan negara apabila mengeluarkan satu akuan bersumpah yang disiarkan di portal berita Malaysia Today.

Dalam akuan bersumpah berkenaan Dr Mohamed Osman mempertahankan hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful yang dibuat di Hospital Pusrawi, beberapa jam sebelum Mohd Saiful membuat laporan polis dia diliwat.

Jumaat lalu pihak polis mengesahkan mereka telah memulakan siasatan bagi mengesahkan kesahihan akuan bersumpah yang disiarkan di portal berita, Malaysia Today, kononnya dibuat oleh Dr Mohamed Osman.

baca artikel asal di mstar online





Tiada ulasan: