MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Ogo 2008

Anwar Menang Di Gelanggang Sendiri


Anwar Menang Di Gelanggang Sendiri


Pada jam 10.02 malam, 26 Ogos diumumkan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Anwar mendapat 31,195 undi. Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 15,524 undi dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat mendapat 92 undi.

Pak Sheikh menang di gelanggang sendiri. Tahniah untuk Pak Sheikh. Faktor utama menang ialah kerana ramai pengikut tegar Pak Sheikh di sana. Kata apa pun mereka akan ikut.

Anwar khabarnya telah mengetuai Pakatan Rakyat secara tidak rasminya setelah memenangi kerusi P44 di Permatang Pauh. Apakah selepas ini Anwar akan menjanjikan sesuatu yang lebih manis kepada DAP sebagai balasan kejayaan di Permatang Pauh?

Anwar pernah berjanji akan memberi kerusi Timbalan Perdana Menteri 1 dan Timbalan Perdana Menteri 2 kepada orang Cina dan India, apakah perkara ini akan ditunaikan nanti? Dalam pada itu, ahli ahli UMNO sendiri harus bermuhasabah dengan apa yang telah berlaku di Permatang Pauh.

Signal jelas menunjukan jika berlaku perpecahan yang besar dalam UMNO, maka rakyat akan mulai lari dari parti. Pemilihan atau pemulihan parti yang perlu diutamakan oleh ahli ahli UMNO di pelbagai peringkat?

>"Anwar says that if he wins power he will sweep away economic and social privileges for ethnic Malays in education and the civil service, policies that he endorsed when in power, but which he now says have damaged the economy and the people they were supposed to help." by Jalil Hamid, Washington Post, 26 Ogos, 11.26 am.

Berikut adalah kenyataan Anwar yang dipetik dalam Washington Post berkaitan dengan cita citanya jika mendapat kuasa yang lebih besar iaitu menjadi orang nombor satu Malaysia. Washington Post pernah meramalkan Anwar akan jadi Perdana Menteri Malaysia selepas keputusan pilihan raya umum yang lepas.

Kini selepas sejam keputusan diumumkan, Washington Post sekali lagi memberikan highlight kemenangan Anwar.

Perhatikan baik baik satu persatu ayat-ayat Anwar terbabit. Social privileges adakah merujuk kepada DEB dan hak istimewa orang Melayu?

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)


sumber : anginperubahan.blogspot.com

10 ulasan:

Stan berkata...

Wahai Si Khairy..Macam mana lah kamu boleh kuburkan Anwar..Jaga-jaga sendiri pun kena..haha..seperti janji jika Anwar dah menang, bila kamu akan letak jawatan??? haha

kl leman berkata...

Juak2 UMNO mesti kembali ke landasan asal. Perjuangan mengutamakan kejayaan kekayaan peribadi dan menganggap politik sebagai satu kerjaya peribadi menjadikan pemimpin tidak disenangi. Utamakan mereka yang dipimpin. UMNO mesti berubah sekarang, PakLah mesti sedar diri dan bertanggungjawab!! Kalau tak mampu memulihkan keyakinan rakyat jelata PakLah takkan tatau lagi apa yang dia perlu lakukan, step down lah PakLah ye....

Nizam Sabereen berkata...

Ok la...apa2 pun kita simpati dgn BN...balik lah ke landasan sebenar..semua perkara ni kita boleh elak kalau BN betul2 berjuang utk rakyat...sebab kita bukan buta dan pekak...ada baik kalo BN belajar mcm mana PAS Kelantan jaga negeri dia...wakil2 rakyat diaorang memang duduk betul2 di tgh2 rakyat....dan satu lagi.serangan peribadi yg melampau hanya membangkitkan kemarahan....sekian...

Unknown berkata...

OK lah kalau DSAI jadi PM pun.. Penat dah sokong BN.. Pak Lah atau Najib naik pun akan sama saja.. kegemilangan BN zaman Tun sudah pudar, malap dan terpadam.. under DSAAB dan DSNTR bukan semua nasib melayu terbela.. nasib melayu kroni depa saja yg terbela.. nasib melayu bisnes yg rapat dengan depa.. melayu makan gaji macam aku ni sapa jadi PM pun sama tak dak apa2 nikmat atas hak2 istimewa org melayu.. harap2 kalau PM baru sok ekonomi melonjak naik dan gaji naik.. tak kisah kawan ngan US ka sapa ka.. biag hidup sama rata melayu india cina.. baru padan muka kita yang manja dan suka meminta2.. cemuih dah politik malaysia la nii..

Unknown berkata...

Sekarang ni kamu semua tak kisah la anuwar jadi PM,tapi bila dah terjadi sesuatu ke atas Malaysia,masa itulah baru kamu menyesal 1000000001 penyesalan pun tak guna.

Kalau tak ada motivasi diri nak tingkatkan mutu kerja,jangan salahkan kerajaan kalau gaji tak naik.Inilah sikap orang Melayu,silap sendiri tak nampak, tapi asyik nak tuding jari kepada pihak lain.Sampai bila2 pun takkan berubah.

kl leman berkata...

aduhai cik kiah.. aku tgk mentaliti u ni mentality pemimpin umno/paklah. Asyik nak salahkan rakyat dan pengundi jer bila kita berpecah atau apabila idealogi kita ditolak. Tapi tugas menyatu dan menggembeling perpaduan ni bukan kat tangan pengikut, tapi kat tgn pemimpin. Tu sbb amanah pemimpin ni berat..dulu tak ramai yg sanggup memimpin...sbb tak sanggup pikul tanggungjawab..tapi la ni ramai yg berebut jawatan dalam umno sbb apa? sbb habuan laa tu..cuba tanya depa tu..apa sbb depa loby sana sini untuk dapat jawatan? apa visi dan wawasan untuk rakyat..mesti ko dapat jawaban kelabunya..semacam paklah yg jawab tak tau... kita malu punya PM yg boleh jawab tak tau..
Kita kalau gi interview jika jawab tatau...susahlah nak dpt kerja tu.. sbb jawaban paling nagatif dan menunjukkan ketidakperihatinan dan sikap xamik tau.... paklah selamba jer jawab camtu..kat TV lagi tu masa kene interview dulu ...apalah punya ketua negara camtu

Unknown berkata...

kl leman >> Kalau mentality ko luas & tinggi kenapa tak ngaji tingi-tinggi pastu jadi pemimpin

Memanglah menyatukan rakyat di tangan pemimpin.Tapi ko sedar tak,yang pilih pemimpin tu bukankah rakyat juga?Jadi, kalau aku nak salahkan rakyat pun ikut suka hati akulah sebab kalau yang terima padah pemimpin tak betul rakyat juga.

Pemimpin boleh blah bila2 masa bila rakyat nak gulingkan dia.Tapi yang nak terus hidup ni bukankah rakyat?

Inilah mentaliti pengikut anuwar bapak putar alam.Aku ada sebab sokong pak lah.Walaupun pak lah dikata sekalian orang lembap & lembik,tapi aku tetap suka satu sifat dia yang tak ada pada anuwar bapak putar alam iaitu merendah diri & tidak hipokrit.Baguslah kalau dia jawab tak tahu,dah benda dia tak tahu betul,takkan dia nak tipu macam anuwar bapak putar alam yang sememangnya diketahui umum pandai menipu & berlakon.

Sekurang-kurangnya dia jujur.anuwar tu jujur ke?Kalau jujur kenapa tak nak bersumpah???

Dalam PKR pun sama gak.Kenapa anuwar bapak putar alam bersungguh2 nak jadi ahli parlimen?bukankah itu jugak mahukann habuan? Ko jangan nak kata orang umno/pas/pkr/dap nak jadi pemimpin kerana nak berjasa kepada rakyat.matlamat utama nak hidup senang.

Aku nak tanya ko,kalau ko buat kerja tak ada habuan, ko nak buat ke? Bagi tenaga free je...ko kerja pun mesti nak duit gaji kan!!!

Tak pernah lagi cheq jumpa dalam dunia ni orang buat kerja tak nak habuan,kecuali encik kl leman sorang je le. Kalau gitu boleh lah encik kl leman jadik tukang kebun rumah saya,tender masih terbuka lagi ni.Untung cheq dapat pekerja tak nak habuan.....

kl leman berkata...

JOHOR BAHRU 27 Ogos - Kekuatan Barisan Nasional (BN) di semua peringkat tidak sekali-kali terjejas ekoran kemenangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. (huhuhuhuhuhu......utusan online hari ini..inilah paklah sanjungan cik kiah tetap jujur)

habuan dalam bentuk chairman, projek/tender..tanah..ladang..dan lain2 habuan yang bukan berbentuk gaji/pencen..kat bakal tukang kebun ko ni ko boleh bagi ke? cik kiah? 3 thn ke 5 thn jadi tkg kebun ko..aku boleh dapat ke semua tu?

AnwarIridza berkata...

betul tu kl leman... cik kiah ni mentaliti dia umno... orang2 macam ni susah nak berubah... imam syafie cakap dia takkan menang kalau dia berdebat dengan orang2 jahil, tapi dia akan menang jika dia berdebat dengan orang2 yang berilmu... cik kiah ni salah satu orang2 jahil, yang masih dikaburi dengan propaganda dan dakyah2 yang dibuat oleh orang umno... nak suruh anwar bersumpah bawak la ke mahkamah syariah... ada berani? piiirrraaahhhh

AnwarIridza berkata...

pak lah saya akui memang satu2nya insan yang jujur... tapi jujur dalam menipu, jujur dalam menghabiskan wang rakyat, jujur dalam memfitnah orang... macam2 jujur ada...